Serangga perosak menggorek buah, menggorek batang pokok serta psilid durian yang menghisap cecair pucuk dan daun muda merupakan beberapa jenis serangan yang umum berlaku di kebun tanaman durian. Jika serangan tidak dikawal, pokok mungkin akan mati akibat serangan tersebut.
Penggorek Buah
Serangga ini sudah dikenal pasti sebagai Mudaria magniplaga Walker. Ia bergantung kepada buah durian sebagai sumber makanan utama. Serangga dewasa ini berupa kupu, akan bertelur di kulit buah, larva kemudian menggorek masuk ke dalam buah. Kehadiran larva ini di dalam buah dapat dikenal pasti melalui bahan buangan basah di kulit buah. Jika bahan buangan sudah kering, kemungkinan besar larva sudah dewasa dan berpindah ke tempat lain. Kerosakan yang disebabkan oleh perosak ini amnya terhad pada satu dua ulas isi buah, ulas isi yang lain tetap normal seperti biasa.
Langkah kawalan terhadap serangan serangga ini paling baik dijalankan melalui membalut buah di peringkat umur 6 minggu. Langkah ini akan memberi kawalan 100%. Jika putik buah itu lambat dibalut 2 minggu, kadar serangan adalah di sekitar 2.9%. Namun ia tetap lebih baik berbanding buah tidak dibalut langsung yang akan mengalami kadar serangan 17.4%. Membalut buah juga dapat mengelak buah daripada penyakit kanker. Serangga ini aktif pada waktu malam, oleh itu perangkap berbentuk cahaya boleh dipasang untuk memerangkapnya tetapi langkah ini juga sama-sama memerangkap serangga bermanfaat. Inilah kelemahan perangkap ini.
Kawalan dengan racun serangga kelihatan langkah terbaik. Namun, pemilihan racun hendaklah berhati-hati supaya racun berspektrum luas hendaklah dielakkan supaya tidak bunuh sama sekali serangga bermanfaat. Racun kimia seumpama ini termasuklah deltamethrin (contoh Delton 250, 10-22ml/10 liter air), methidathion (contoh Ultracide 4030 EC, 10 ml/4.5 liter air), cypermethrin (contoh Garrison 5.5 EC, 12 · 18 ml/9 liter air), chlorpyrifos + cypermethrin (contoh Pazelo 505 EC, 5 – 12 ml/10 liter air) dan dimethoate (contoh Dimet 40, 7 15 ml/10 liter air), disembur secara bergilir-gilir pada setiap 10 – 14 hari, bermula dari peringkat buah 3 minggu sehingga dua minggu sebelum buah dikutip baru berhenti.
Penggorek Batang Pokok Durian
Sesetengah baka durian mempunyai tabiat merekah pada batang pokok dan memberi peluang kepada serangga perosak memasuki ke dalam batang. Serangga seumpama ini kepunyaan golongan Synanthedon sp. Di luar lubang tersebut biasanya ada bahan buangan berwarna perang kehitaman merembes keluar. Jika menemui kesan-kesan ini, penanam boleh menyapu selapisan ubat seperti dimethoate (contoh Dimet 40) untuk mendapat kesan kawalan yang baik.

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Sehubungan itu, serangga perosak seperti Xyleborus sp. akan masuk ke dalam batang pokok melalui bahagian serangan kanker. Lorong kemasukan serangga ini amnya berbentuk jarum. Untuk mengawal serangannya, patut menangani serangan kanker dahulu. Sesetengah serangga penggorek batang pokok durian ini mampu hidup sehingga 2 tahun justeru merupakan perosak yang agak merbahaya kepada pokok. Racun serangga sistemik seperti acetamiprid, imidacloprid atau thiamethoxam boleh disembur ke bahagian diserang sehingga larutan racun meleleh keluar dapat memberi kawalan yang baik. Di luar musim pula, jika terdapat serangan serangga ini, maka suntikan racun seperti dimethoate ke dalam lubang kemudian dirawat dengan racun carbofuran jugalah cadangan kawalan. Pokok yang sudah serius diserang akan mengalami guguran daun. Sekiranya mendapati pokok sudah tidak dapat dirawat dengan sebarang racun serangga, maka pokok tersebut hendaklah ditebang dan dibersihkan agar mengurangkan kadar serangan di masa hadapan.
Serangan Psilid Durian
Kupu berwarna putih ini sering menyerang pucuk dan daun baru pokok. Larva dan serangga dewasa psilid sama-sama menghisap cecair pucuk dan daun muda pokok menyebabkan daun menggugur. Serangga ini akan menghasilkan bahan buangan yang manis. Bahan ini pula akan menggalak kejadian tompokan hitam di bahagian serangan. Serangan yang serius menyebabkan daun luruh dengan banyak. Musim kering biasanya menampakkan kehadiran serangga ini.
Kawalan serangga psilid durian juga mengutamakan racun serangga seperti dimethoate (contoh Dimet 40, 7 15 ml/10 liter air), malathion (contoh Hextar Malathion 840, 8 ml/4.5 liter air) atau chlorpyrifos + cypermethrin (contoh Pazelo 505 EC, 5 – 12 ml/10 liter air), disembur secara bergilir-gilir pada setiap 7 – 10 hari bagi mengawal serangan.
Sumber maklumat :
1. Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008.
2. Saichol Ketsa et al., The Durian: Botany, Horticulture and Utilizatiin, Editor lan Warrington, Joh Wiley & Sons, Inc, 2020.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com