Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Kelapa dianggap sebagai tanaman mempunyai nilai ekonomi tinggi kerana setiap bahagiannya ada kegunaan tertentu, menjadi punca rezeki kebanyakan penduduk di sini, berikutan kesesuaian tanahnya.
Sejak beberapa dekad lalu hingga kini, Bagan Datuk terkenal sebagai kawasan penanaman kelapa, malah menjadi antara pengeluar utama bagi pasaran negara.
Komitmen kerajaan menjadikan daerah kecil ini terus meneraju persada industri agro berasaskan tanaman kelapa negara terserlah, apabila dibangunkan varieti kelapa hibrid baharu berhasil tinggi dari semasa ke semasa.
Bermula dengan penghasilan lapan hibrid kelapa berhasil tinggi yang dibangunkan sejak 2005 lagi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada Ogos lalu melancarkan pula empat varieti kelapa hibrid baharu di Bagan Datuk untuk meningkatkan hasil dan pendapatan petani serta pengusaha kelapa di negara ini.
Empat varieti hibrid terbaharu dinamakan Mylag, Marleca, Carena dan Careni, itu mampu menjana hasil tinggi dengan kapasiti pengeluaran melebihi 25,000 biji per hektar setahun serta mempunyai ciri-ciri yang sangat baik, rendah, mudah dipetik dan tahan terhadap penyakit.
Penasihat Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia, Ramlee Hussin, 70, berkata tanaman kelapa bagaimanapun tidak dapat dikembangkan dengan baik disebabkan tiada agensi khusus dalam membantunya, selain kawal selia daripada Jabatan Pertanian; sebagaimana wujudnya agensi khas yang mengawal selia aktiviti penanaman, pengeluaran, serta hasil yang dinikmati pengusaha tanaman tembakau, koko, kelapa sawit dan getah.
Ramlee berkata, kesusahan ‘mencari’ atau mendapatkan varieti kelapa hibrid baharu juga membelenggu pengusaha tanaman itu yang mana ia kebiasaannya dijual dengan harga tinggi hingga boleh mencapai kadar dua kali ganda harga pokok kelapa yang lazim ditanam seperti kelapa pandan dan matag.
“Kadangkala benih kelapa hibrid ini payah hendak dicari dan kalau ada pun harganya mencecah sehingga RM30 sepokok, dan ia di luar kemampuan orang kampung (pengusaha). Malah Jabatan Pertanian juga tidak dapat menyediakan benih hibrid ini.
“Faktor tiada badan atau agensi khas kerajaan yang mengawal selia industri kelapa di negara ini juga menjadi penyebab pengusahanya beralih kepada tanaman lain seperti sawit.
“Jadi, kita sarankan supaya kerajaan mewujudkan satu agensi yang boleh mengawal selia aktiviti penanaman, pengeluaran serta hasil kelapa,” katanya kepada BH.
Ramlee berkata, justeru kerajaan diharap memberikan subsidi kepada penanam kelapa hibrid berkenaan melalui Jabatan Pertanian yang ketika ini dianggap pihaknya sebagai berperanan aktif membantu pengusaha tanaman kelapa.
Selain berdepan ancaman persaingan dengan kelapa import dari Indonesia yang dijual jauh lebih murah, industri kelapa di Bagan Datuk turut berdepan ancaman kurang minat daripada kalangan generasi muda.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor berkata, tiada keperluan bagi cadangan penubuhan Lembaga Kelapa Malaysia untuk menggalakkan penanaman kelapa lebih meluas dan bagi mengurangkan import buah terbabit.
Ahmad Zahid sebaliknya, dilapor mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar pemberian permit import atau AP kelapa supaya dihentikan segera bagi menjaga harga dan penghasilan kelapa tempatan.
MARDI diletakkan sebagai antara agensi peneraju bagi flagship Lembah Bakul Makanan Malaysia (Sekuriti Makanan) dalam pelan pembangunan negeri Perak Sejahtera 2030 cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Sumber maklumat :
BH Online, 1/12/2023
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com