Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Awal tahun 2010, nangka J33 (Tekam Yellow), juga dikenali nangka madu, melaporkan gejala berkarat dalam isi buah. Gejala ini berupa bintikan atau jalur berwana perang pada isi, empulur dan jerami buah yang merosotkan nilai komestik buah di samping juga menurunkan kualiti isi. Menurut laporan, isi berkarat juga menyebabkan rasa kelat, kurang manis serta sedikit keras. Beberapa pihak termasuk MARDI dan Jabatan Pertanian telah menjalankan kajian ke atas masalah ini di peringkat awal pada masa itu.
Gejala berkarat di bahagian isi berlaku juga ke atas varieti nangka lain, namun dikatakan gejala lebih lumrah pada nangka J33. Jabatan Pertanian dalam kajian awalnya menyatakan serangan kulat Rhizopus sp. adalah punca masalah manakala MARDI menyatakan penemuan bakteria Pantoea sp. sebagai punca.
Ada pendapat yang mengatakan gejala berkarat berpunca dari kekerapan hujan menyebabkan air bertakung di bahagian pangkal tangkai yang amnya mempunyai satu lekukan pada nangka J33. Patogen masuk ke dalam isi buah melalui takungan air di situ.
Segolongan petani pula berkata, gejala berkarat ini tidak berlaku sepanjang masa tetapi hanya di musim lembap serta lebih biasa menyerang pokok berumur 2 – 5 tahun. Fenomena ini juga berlaku di Filipina. Laporan saintifik telah dikeluarkan oleh negara itu dan mengesahkan sejenis bakteria yang dikenali Pantoea stewartii adalah punca masalah. Apabila buah sihat dijangkiti secara manual ke atas buah, fenomena berkarat wujud di dalam selanjutnya mengukuhkan penemuan di Filipina ini. Para penyelidik MARDI dan Jabatan Pertanian akhirnya juga menemui bakteria ini dalam isi buah nangka yang berfenomena isi berkarat.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Kajian selanjutnya mengenai gejala isi berkarat ini masih berterusan terutama untuk menentukan bagaimanakah bakteria itu boleh masuk ke dalam isi nangka. Mengikut pandangan peribadi, kehadiran bakteria tersebut tidak dapat diduga.
Kehadirannya kadang-kadang berlaku di suatu kawasan tertentu manakala di kawasan lain tidak wujud sama sekali. Sebab itu, amalan sanitasi ladang adalah kaedah terbaik untuk mencegah kewujudan bakteria ini kerana ladang yang kurang bersih mempunyai risiko lebih tinggi diserangi bakteria ini. Selain itu, pengurusan racun ke atas pokok dan buah juga harus kena pada masa dan tempat. Masa rawatan yang kurang bertepatan akan mengurangkan kesan kawalan patogen ke atas buah.
Bahan rujukan :
Nur Sulastri Jaffar et al., “Fenomena Karat Isi Nangka”, AGROMEDIA, MARDI, 2018.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com