Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Kerugian yang diakibatkan oleh serangan nyamuk tombak padi sehingga 50% di Thailand dan India pernah dilaporkan. Begitu juga di Sri Langka, jumlah kerugian seumpama juga mencapai 44%. Catatan ini biarpun telah berdekad-dekad lamanya, tetapi ia menyatakan nyamuk tombak sebagai satu perosak yang mampu menggugat pertumbuhan dan penghasilan padi.
Nyamuk tombak padi (Orseolia oryzae) atau nama bahasa Inggerisnya Rice gall midge merupakan salah satu jenis perosak utama padi di negara-negara Asia. Di Malaysia, ia tidak membangkitkan masalah besar kepada petani padi tetapi kemiripan tersebut perlu diawasi agar tidak menjadi kes yang serius kelak. Serangan nyamuk tombak buat pertama kali berlaku di Negeri Kedah dan Negeri Perak pada tahun 2000.
â– Serangan Oleh Larva
Serangan nyamuk tombak akan mengakibatkan tangkai pokok padi tidak terbentuk dan pertumbuhan daun terbantut. Daun terbabit juga akan menjadi kering dan cacat malah bergulung. Larva nyamuk tombak setelah menetas daripada peringkat telur serta melalui 4 peringkat larva yang mengambil masa selama 15 – 20 hari akan memakan tisu batang anak padi baru serta merembeskan sejenis bahan kimia. Sebagai akibatnya, reaksi anak padi terhadap bahan kimia tersebut akan membentuk puru atau gall.
Apabila pokok padi mencapai peringkat beranak maksimum, serangan larva akan berhenti kerana tiada lagi pucuk baru yang boleh disasarkan pada ketika itu. Pada amnya, nyamuk tombak mudah merebak di suasana yang lembap serta berikutan tahap musuh semula jadi yang rendah. Tanaman padi basah atau kering, selagi ada pengairan, akan menjadi habitat pembiakannya.
Menurut kajian yang pernah dijalankan di Alor Senibung, Pendang, Kedah didapati sawah yang ditanami dengan varieti MR219 telah menghadapi serangan nyamuk tombak ke atas 93.5% rumpun padi dan 53% anak padi pada musim 2/2003.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
â– Kawalan Racun Serangga Tidak Digalakkan
Kawalan nyamuk tombak dengan menggunakan racun serangga kelihatan kurang berkesan dan adalah penting supaya tidak menggunakan racun serangga untuk semburan sebelum 40 hari penuaian padi kerana perbuatan ini akan menghapuskan musuh semula jadi dan meningkatkan kejadian serangan benang perang pula.
Walaupun strategi kawalan nyamuk tombak menerapkan juga kaedah pembiakbakaan varieti padi yang lebih merintangnya tetapi konon tidak begitu berjaya sebagaimana pernah dijalankan oleh Negara India. Amalan kawalan termasuk penggunaan lampu bagi memerangkap nyamuk tombak kerana serangga ini tertarik pada cahaya. Di samping itu, agen kawalan biologi seperti parasit larva jenis platygasterid, eupelmid dan pteromalid didapati boleh mengawalnya dengan berkesan. Amalan pertanian baik juga antara langkah yang dapat mengurangkan serangannya.
Rujukan :
Nik Mohd Noor Nik Salleh, “Nyamuk Tombak Padi, Perosak Baru Bagi Padi Di Malaysia”, Buletin Teknologi Tanaman, Bil. 6 (2009).
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350