You are currently viewing Baja Foliar Meningkatkan Hasil Dan Kualiti Buah Durian

Baja Foliar Meningkatkan Hasil Dan Kualiti Buah Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Dr. B. H. Tukey dan pasukannya dari Universiti Michigan State mendapati tumbuhan bukan sahaja boleh menyerap nutrien daripada sistem akar, malah boleh memperolehi nutrien melalui daun, buah, batang dan dahan pokok. Jika dilihat dari perpsektif banyak tanaman sudah tumbuh subur melalui semburan baja foliar, maka boleh mengesahkan bahawa pandangan ini adalah sahih. Umpamanya tomato, jagung, epal, citrus, strawberi dan lain-lain sering mandapat manfaat besar daripada semburan baja foliar. Kini pokok durian juga digolongkan dalam kategori ini kerana kesan positif terhadap penggunaan jenis baja ini.

Di Malaysia, penggunaan dan poplauriti baja foliar bermula lebih lewat daripada Thailand yang sudah menggunakan dengan jayanya pada akhir tahun 80-an dan awal 90-an. Baja foliar dan baja cecair masing-masing disampaikan kepada tanaman melalui semburan dan pengairan titisan. Umumnya baja foliar dirumus mengikut nisbah NPK 1:1:1 dan disembur pada pokok durian semasa musim pembungaan kemudian nisbahnya ditukar kepada NPK 2:1:2 dan disampaikan kepada pokok dalam musim pembuahan. 4 bulan selepas kutipan hasil, nisbah NPK 1:1:1 digunakan semula.

Punnachit et al., (1992) pernah melaporkan bahawa baja foliar potassium nitrate yang disemburi pada daun pokok durian semasa musim pembuahan telah memupuk pembesaran buah serta meningkatkan kualiti buah. Loquias et al., (1996) dari Filipina juga melaporkan bahawa penggunaan 20% N, 5% P2O5 dan 30% K2O baja foliar serta ditambah 5kg NPK 14/14/14 baja butiran dan juga baja surih berjaya meningkatkan hasil durian dan kualiti buah, hasil didapati meningkat dari 41 biji buah/pokok kepada 158 biji buah/pokok. Jika hanya menggunakan baja butiran 14/14/14, pokok durian hanya memberi hasil 41 biji buah/pokok. Kualiti buah juga telah meningkat melalui pengunaan baja foliar N 4% dan K2O 48%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sumber maklumat :

Durian Info, informasi laman web.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Sila kongsi kepada kawan :