Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Satu kitaran tanaman sawit merangkumi 25 tahun. Selepas itu, pokok tua boleh ditebang dan ditanam semula. Oleh kerana tanah telah lama digunakan malah mungkin telah melalui kitaran penanaman kedua atau ketiga, maka tidak dinafikan kualiti tanah mungkin telah merosot serta berpenyakit. Oleh yang demikian, sebelum tanam semula, penyediaan tanah hendaklah berhati-hati supaya langkah untuk membuangkan segala risiko musibah kelak dijalankan serentak manakala bahan bermanfaat seperti biojisim pokok tua terus dikekalkan selepas diracik dan dicincang menjadi serpihan kecil. Langkah ini bukankah lebih baik daripada menangani masalah yang wujud selepas penanaman? Langkah-langkah penyediaan tanah yang baik adalah seperti berikut :
1. Kitaran Nutrien Dalam Biojisim Sawit
Di jadual 1, dapat dilihat kandungan nutrien yang masih ada di dalam pokok sawit tua yang sudah ditebang. Semua bahagian ini diracik dan dicincang kemudian disusun di perantaraan barisan sawit untuk direput. Nutrien terkandung di dalam akan dikitar semula ke dalam tanah untuk memanfaatkan tanaman sawit yang ditanam kemudian.
Menurut jadual tersebut, jika kesemua nutrien di dalam biojisim itu ditukarkan kepada baja, maka ia bersamaan urea 737.9kg/ha (sumber N), CIRP 204.8kg/ha (sumber P), KCI 848.4kg/ha (sumber K) dan kieserite 487.5kg/ha (sumber Mg). Biojisim ini akan reput sepenuhnya dalam masa 12-18 bulan dan langkah ini menjimat penaburan baja oleh penanam. Tetapi ada juga yang menyarankan penambahan 0.25kg/pokok/tahun CIRP dan 1kg/pokok/tahun ammonium sulphate untuk kesuburan tanaman.
2. Kawalan Kumbang Badak Dan Penyakit Ganoderma
Semasa penyediaan tanah, penanam juga hendak mengawasi risiko kemunculan kumbang badak dan penyakit Ganoderma di tanah tersebut. Oleh itu, penyemburan racun biopestisid ORY-X keluaran FELDA dijangka akan memberi kesan kawalan yang baik terhadap kumbang badak.
Bagi penyakit Ganoderma, risiko kejangkitan telah merebak pada pokok sawit muda yang sebelumnya hanya berjangkit pada pokok matang. Di Sumatera Utara, ada sebuah ladang membiarkan sahaja bijoisim sawit tua di sebelah anak sawit tanpa membersihkan lubang tanaman menyebabkan anak pokok sawit yang ditanami sudah dijangkiti penyakit ini pada tahun kedua penanaman.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Kulat Ganoderma mampu merebak dengan kadar yang cepat, setakat beberapa bulan sahaja ia akan menjangkiti anak pokok yang ditanam. Demikian keadaannya, maka penanam dikehendaki membersihkan segala sisa biojisim sawit tua dan lubang tanaman sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan. Kawasan yang dibersihkan jika dapat dikosongkan seketika waktu atau ditanami dengan tanaman pendek yang lain dijangka akan membantu meminimumkan risiko jangkitan.
3. Kepingan Biojisim Tidak Harus Dikambus Di Dalam Tanah
Kadar penyakit Ganoderma bukan wujud di semua kawasan penanaman semula, sebaliknya kadar jangkitan hanya sebanyak 0.25% sahaja. Namun begitu, langkah kawalan hendak juga dijalankan. Sekiranya pokok sawit tua didapati sudah dijangkiti, maka pembersihan tunggul pokok serta keluasan 1m lebar dan mendalam kawasan sekitaran tunggul hendaklah dijalankan sepenuhnya. Perhatian juga perlu diberikan supaya biojisim yang telah dinaikkan ke permukaan tanah tidak pula dikambus semula ke dalam tanah.
Ada juga pokok sawit tua yang hanya menunjukkan kesan jangkitan selepas ditumbangkan. Pokok seumpama ini juga hendak diracik dan dicincang sama sekali termasuk pembersihan lubang tanaman. Pokok tua tersebut boleh dimatikan dengan menyuntik paraquat atau racun setimpal ke dalam batang pokok sehingga pokok tua mati dan cara ini dijangka akan mendatangkan kesan kawalan. Biojisim sawit tua yang telah reput untuk seketika waktu didapati kurang mendatangkan kadar jangkitan penyakit Ganoderma setelah ia telah dilitupi oleh tumbuhan kekacang penutup bumi.
Bagi biojisim sawit yang biasa, ia dilonggokkan di perantaraan barisan sawit untuk reput. Tumbuhan kekacang penutup bumi ditanam segera untuk menutupi longgokan tersebut. Langkah ini akan mengelakkan timbunan itu menjadi tapak pembiakan kumbang badak. Secara keseluruhan, kepingan biojisim sawit tua tidak harus dikambus di dalam tanah kerana khuatir ia akan menjadi tapak pembiakan penyakit Ganoderma.
Sumber maklumat :
P.D. Turner and R.A. Gillbanks, Oil Palm Cultivation and Management, ISP, 2003, hal. 150-155.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com