You are currently viewing Pengorek Lubang Jarum Membawa Maut kepada Tanaman Durian

Pengorek Lubang Jarum Membawa Maut kepada Tanaman Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kalau ada terdapat fras putih kering di sekeliling batang serta di pangkal pokok durian, maka boleh dikatakan pokok itu mungkin sudah diserangi pengorek lubang jarum iaitu sejenis kumbang dikenali ambrosia berukuran 1 mm x 0.5 mm yang akan membuat lubang jarum bergaris pusat 0.5mm di permukaan batang pokok. Kumbang ini akan memilih pokok yang telah diserangi penyakit cerana batang yang mungkin tertarik dengan baunya tetapi serangan dibuat pula pada bahagian batang dan dahan yang sihat.


Serangan yang serius akan membawa maut kepada pokok durian dengan kadar yang pantas iaitu 2 minggu selepas serangan. Pokok yang diserang akan menunjukkan kelayuan daun di atas batang dan dahan pokok sehingga akhirnya keseluruhan daun menjadi kering dan layu. Fenomena ini juga digelar kematian segera pokok durian. Walaupun kejadian serangan adalah rendah di kebun durian, namun ia mendatangkan kerugian besar sekiranya pokok durian yang mati itu berasal daripada klon yang bermutu dan juga produktif.

 

Hanya kumbang dewasa ambrosia yang akan membuat serangan dan apabila pokok yang diserangi sudah mati, mereka akan berpindah ke pokok lain. Oleh kerana pokok yang diserang oleh kumbang ini akan mati dengan cepat, maka semasa terdapat serangan ini di atas pokok durian, lazimnya pokok sudah tidak sempat diselamatkan. Pokok yang mati hendaklah ditebang dan dimusnahkan secara membakar agar koloni perosak dapat dihapuskan.

Bagi mengawal serangan kumbang ambrosia, cara paling baik ialah mengawal terlebih dahulu serangan penyakit cerana batang. Penyakit cerana batang dapat dikawal dengan semburan racun kulat ke kanopi dan buah, mengikis dan menyapu racun kulat pada dahan dan batang yang dijangkiti serta suntikan racun kulat ke pangkal batang dan siraman kulat yang disyorkan seperti fosetyl-aluminium (contoh: Aliette, 2.5 g/ 1 liter air), metalaxyl (contoh: Ridomil 25 WP, 50 g/4.5 liter air) dan asid posforus ke pangkal pokok dan akar.

Penyakit cerana batang adalah sejenis penyakit yang diakibatkan oleh kulat Phytopphthora palmivora yang menyerang akar, batang, dahan dan buah. Permukaan batang atau dahan yang dijangkiti akan menjadi reput, lembut, berair serta mengeluarkan banyak tunas air dan dahan mengalami kematian rosot.

Sumber maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, hal. 54-55.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :