You are currently viewing Amalan Asas Dalam Kawalan Serangan Kumbang Badak

Amalan Asas Dalam Kawalan Serangan Kumbang Badak

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kumbang badak, sejenis serangga perosak utama kepada tanaman sawit, akan menyerang dan merosakkan anak benih sawit atau yang belum matang jika tidak dikawal. Di Kawasan yang menanam semula tanpa mengikut SOP yang betul, populasi perosak ini akan meningkat mendadak ekoran kadar pembiakannya yang cepat. Teknik penanaman bawahan (underplanting) tidak digalakkan kerana sisa pokok tua yang masih menegak di ladang selepas diracun akan menggalak pembiakan kumbang badak di situ. Selain itu, teknik pengurusan biojisim sawit semasa menanam semula di bawah pembakaran sifar jika menindih terlalu tebal juga akan menjadi tempat pembiakan serangga ini.

Pada hakikat, jika sesebuah ladang tidak menanam semula sekalipun tetapi ladang jiran menjalankannya, serangan kumbang badak juga akan berlaku akibat penghijrahan kumbang dari ladang jiran. Memandangkan keluasan penanaman semula dalam negara mencapai berpuluh-puluh ribu hektar setahun, kawalan serangan serangga ini hendaklah diawasi melalui teknik kawalan yang terbukti berkesan. Serangan kumbang badak ke atas tanaman sawit belum matang khasnya, akan membantutkan tumbesaran pokok malahan menyebabkan pokok mati jika serangan tidak ditangani.

Sebagai permulaan, 6 bulan sebelum penanaman semula bermula, pemasangan perangkap feromon di pinggir ladang adalah wajib. Langkah ini berupaya mengawal populasi kumbang badak sama ada yang muncul di ladang atau yang berhijrah dari ladang jiran. Caranya ialah memasang satu perangkap feromon pada setiap 15 pokok di pinggir ladang kemudian melakukan perkara sama dalam barisan pokok bersebelahan dengan pokok di pinggiran itu. Perangkap feromon yang siap boleh dibeli daripada pengeluar tempatan ataupun membuatnya dengan sendiri. Perangkap ini kemudian dipasang di atas pancang kayu berketinggian antara 1.5 – 4.5 meter. Perangkap feromon mengandungi isyarat seks kumbang betina yang akan menarik kedatangan kumbang jantan kemudian memerangkap dan menghapuskannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Teknik penanaman bawahan sudah terbukti menjana paling banyak kumbang badak di ladang. Menurut kajian, teknik ini menghasilkan 18,000 ekor kumbang badak sehektar di dalam batang pokok tua yang masih menegak sesudah diracunkan. Pokok tua yang sudah ditumbangkan pula mengandungi 4,000 ekor/ha manakala batang pokok tua yang sudah diracik hanya ada 500 ekor sahaja. Daripada sini, jelas kelihatan tindakan mengekalkan batang pokok tua secara menegak adalah faktor utama berlakunya serangan kumbang ini.

Sehubungan itu, penyusunan biojisim pokok tua semasa penanaman semula hendaklah secara satu lapisan yang nipis serta sekata bagi mengelakkan pengumpulan kelembapan yang mampu menggalak kegiatan pembiakan kumbang badak. Biojisim tersebut disusun berdekatan dengan anak benih sawit supaya nutriennya dikitar semula untuk kegunaannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :