You are currently viewing Menyelesaikan Masalah Pokok Durian Belanda Tidak Berbuah

Menyelesaikan Masalah Pokok Durian Belanda Tidak Berbuah


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my

Pokok durian belanda (Annona muricata) biasanya mula mengeluarkan buah apabila 3 – 4 tahun selepas ditanam. Bahan tanaman daripada cantuman mengeluarkan buah lebih awal jika berbanding bahan tanaman dari biji yang mungkin mengambil masa 5 – 6 tahun. Selain itu, pokok cantuman lebih digemari kerana memiliki sifat pokok induk yang sama dari segi seperti kualiti buah, hasil buah dan morfologi pokok.

Pengeluaran hasil durian belanda akan menjadi rendah jika aspek pendebungaan tidak diberikan perhatian. Bunga durian belanda tidak mengeluarkan manisan serta warnanya tidak menarik menyebabkan kurang serangga yang berminat untuk hinggap di situ. Keadaan ini akan merendahkan proses pendebungaan seterusnya merendahkan hasil buah. Menurut sumber, hasil buah yang terbentuk di atas pokok biasanya tidak melebihi 5%.

Oleh yang demikian, terdapat penanam yang merungut dan tidak faham kenapa pokoknya yang sudah capai kematangan tetapi tidak berbuah. Inilah antara sebabnya. Lagipun, bunga durian belanda memiliki bunga betina dan bunga jantan pada kuntum bunga yang sama tetapi bunga betina berkembang lebih awal iaitu sebelum 4.00 petang dan keadaan ini menyebabkan stigma sudah menjadi kering apabila bunga jantan mula mengeluarkan debunganya lebih lewat kira-kira jam 4.00 petang.

Untuk meningkatkan proses pendebungaan, maka pendebungaan manual atau berbantu dengan menggunakan tangan adalah disyorkan. Pendebungaan berbantu bermula dengan mengumpul debunga daripada pokok iaitu menggoncang bunga jantan supaya debunga jatuh ke dalam bekas yang disediakan. Bunga betina untuk penerimaan debunga pada ketika ini berada dalam keadaan kekuningan serta kelopak bunga telah buka sedikit. Dengan menggunakan berus halus, debunga disapukan pada stigma tersebut. Pada keadaan cuaca yang baik serta kelembapan optimum, hampir 30 – 40%n bunga akan terbentuk menjadi putik buah. Pendebungaan berbantu ini akan menghasilkan bentuk buah yang simitri dan seragam iaitu berbentuk bujur.


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com

Oleh kerana bunga durian belanda didapati sepanjang tahun, maka pendebungaan berbantu boleh dijalankan pada bila-bila sahaja apabila buah dikehendaki. Buah durian belanda akan matang dalam tempoh 12 minggu atau lebih sepeas pembentukan buah. Melalui kaedah ini dijangka hasil buah dapat dipertingkatkan dengan ketara.

 

Sumber maklumat :

M.Z. Mohd Khalid, M.L. Raziah dan A. Salasiah (Penyunting), Penanaman Durian Belanda, MARDI, 1993.


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com