You are currently viewing Boron Merawat Bentuk Buah Nangka Cacat

Boron Merawat Bentuk Buah Nangka Cacat

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Bentuk buah yang berliku-liku tidak digemari oleh pengguna. Ini kerana susah untuk dipotong selain juga memberi implikasi buah adalah cacat. Harga pasaran akan menurun berikutan gejala tersebut. Didapati buah nangka dan cempedak juga menghadapi masalah sedemikian. Keadaan ini kemungkinan besar disebabkan oleh kekurangan nutrien boron. Dos boron dalam penggunaan pada tanaman amnya sangat sedikit, justeru itu jika gejala ini disebabkan oleh nutrien ini tidak mencukupi, maka ia adalah satu kerugian kepada penanam.

Kandungan boron amnya hanya antara 2-100mg dalam tanaman. Apabila kandungan tersebut kurang daripada 10mg, tanaman tersebut akan menunjukkan gejala kekurangan nutrien tersebut. Dalam analisis tanah, kandungan boron sekiranya kurang daripada 0.5mg/1,000g tanah, maka keadaan ini disifatkan sebagai kekurangan boron yang serius. Boron diperlukan oleh tanaman tetapi tidak pula oleh kehidupan dan mikroorganisme. Boron mudah bercantum dengan glukos dan melangkahi dinding sel kemudian masuk ke dalam sel tanaman justeru meningkatkan kadar pengangkutan nutrien ini ke seluruh bahagian tanaman. Dalam semua organ tanaman, boron dimiliki dengan kadar paling tinggi di bahagian bunga terutama stigma dan rahim. Boron justeru itu mempunyai kaitan yang penting dengan organ reproduktif tanaman dalam aspek pembentukan debunga, tiub percambahan dan proses persyenyawaan.

Menurut sumber, jika kekurangan boron berlaku, maka percambahan debunga akan terbantut dan hal ini akan turut merencatkan proses persyenyawaan. Jika dalam masa 3-6 hari bunga betina nangka tidak dapat disenyawakan, maka bunga itu akan layu. Pendek kata, boron akan memperkasakan kebernasan debunga serta memastikan fungsi organ reproduktif wujud dalam keadaan yang baik demi menjayakan proses persyenyawaan. Ini juga termasuk kadar penerimaan stigma yang lebih tinggi terhadap debunga yang melekit di situ melalui pengeluaran lendir bagi memerangkap debunga.

Di Bangladesh, satu kajian telah menunjukkan setiap pokok nangka berumur 20 tahun jika ditaburi 15g boron serta NPK-S-Zn (920:200:250:85:20g/tahun) ditambah lagi tinja lembu 10kg, ia akan meningkatkan pengeluaran buah nangka ke tahap maksimum serta mengurangkan gejala buah cacat ke tahap paling minimum.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

 

Sumber maklumat :

Dr. Amrik Singh Sidhu, Jackfruit Improvement in the Asia Pacific Region, APAARI, 2012, pp. 69.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com