Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Epal sejenis buah-buahan poplar di Malaysia. Setiap tahun banyak wang asing telah dibelanjakan untuk mengimport epal dari negara – negara bersuhu sederhana sejuk. Di Malaysia, epal juga boleh ditanam tetapi hanya di tanah tinggi melebihi 800m dari aras laut. Dalam keadaan ini, kawasan sesuai untuk penanaman epal ialah Lojing (1,000m), Bukit Frasir (1,220m), Genting Highlands (1,550m) dan Ranau (1,620m). Bagi Bukit Larut (1,037m), walaupun suhu adalah sesuai tetapi taburan hujan yang tinggi sehingga 4,307mm setahun dianggap terlalu tinggi melainkan ia ditanam di bawah pelindung hujan baru boleh mendapat hasil yang memuaskan.
Pada hakikat, negara – negara tropika yang mempunyai kawasan tanah tinggi telah berjaya mengeluarkan buah epal. Umpamanya di Batu, Jawa Timur, epal telah diusahakan secara komersial dan pada tahun 1988 sebanyak 50,000 tan epal telah dihasilkan melalui 7.6 juta pokok epal. Begitu juga di Thailand, Yemen, Nigeria, Venezuela dan Filipina turut menghasilkan buah epal walaupun hasilnya tidak banyak.
Suhu adalah faktor terbesar dalam penanaman epal. Suhu maksimum di Tanah Rata, Camaron Highlands ialah 23°C dan minimum 15°C, ternyata suhu ini berada dalam lingkungan yang sesuai. Namun taburan hujan di kawasan ini pada 2,559mm sebenarnya melebihi sebanyak 848mm taburan hujan di Batu, Jawa Timur yang dianggap sesuai untuk tanaman ini. Hujan berlebihan akan merendahkan kejayaan pendebungaan.
Antara masalah yang timbul dalam penanaman epal ialah tanaman ini memerlukan tempoh penyejukan (chilling) dengan suhu < 7°C untuk memupuk pembungaan. Oleh itu hanya kaltivar yang kurang memerlukan tempoh penyejukan bahkan tidak perlu tempoh penyejukan secara langsung yang boleh dipilih untuk diusahakan di tanah tinggi Malaysia. Jadual 1 menyenaraikan kaltivar yang memerlukan kurang tempoh penyejukan. Disebabkan oleh ciri tanaman ini, maka walaupun kaltivar epal ini boleh ditanam, tetapi pengeluaran bunga berada dalam keadaan separa dorman dan perlu dipupuk supaya berbunga lebih giat melalui cantasan, melenturkan dahan, meluruhkan daun malahan menyembur dengan hormon penggalak bunga.
Di Malaysia, kaltivar yang telah dikaji selidik oleh MARDI mendapati Rome Beauty, Granny Smith dan Anna sesuai ditanam di Cameron Highlands. Bagaimanapun, kaltivar – kaltivar ini perlu dicantumkan dengan pokok penanti dari kaltivar cergas seperti MM 25, MM 101, MM102, MM103, MM109 dan lain – lain lagi untuk pengeluaran hasil yang menggalakkan. Pokok penanti ini boleh dibiak melalui keratan ataupun susur dan kemudian cantuman dibuat pada pokok penanti menggunakan teknik sandingan sisi.
Dari segi penanaman, epal disarankan ditanam di lereng atas atau puncak bukit serta di kawasan yang paras air bawahan tanah tidak tinggi bagi mengelakkan akar dijangkiti penyakit Phytophthora. Pengapuran diperlukan sebanyak 2 – 3 tan/hektar sekiranya tanah adalah masam.
Teknik penanaman epal perlu diketahui terlebih dahulu kerana tanaman ini tidak semacam tanaman biasa seperti betik ataupun pisang yang senang hidup di merata tempat. Petuanya adalah seperti berikut :
• Menyediakan pokok penanti menggunakan keratan atau susur.
• Apabila batang pokok penanti capai garis pusat melebihi 5mm, ia boleh dicantum secara sanding dengan kalitivar berpotensi.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
• Anak benih sandingan yang berumur 3 bulan atau lebih kemudian dialih ke ladang. Jarak tanaman di ladang ialah 2m x 4m, iaitu anggaran 1,000 pokok/ha.
• Apabila pokok berumur 1 tahun, ia dicantas pada aras 1m. Tunas – tunas yang rendah dibuang dan ditinggalkan 3 – 4 bilangan tunas di bahagian atas untuk membesar. Setahun kemudian, dahan – dahan dilentur menggunakan tali diikat pada pancang. Hujung dahan dicantas supaya panjangnya tinggal anggaran 0.6m (sila lihat gambarajah 1).
• Bunga – bunga atas pokok yang kurang 2 tahun semuanya dibuang supaya tumbesaran pokok tidak terjejas. Pokok yang berumur lebih 2 tahun diluruhkan semua daunnya sebagai persediaan pokok untuk berbuah buat pertama kalinya (sila lihat gambar 1). Bunga serta daun akan keluar 2 minggu selepas daun diluruhkan.
• Daun diluruhkan dalam musim kurang berhujan kerana langkah ini akan menggalak pembungaan. Dormex (3%) perlu disembur pada pokok kerana bahan ini berupaya menghalang pokok masuk ke dalam tempoh dorman dan membenarkan pengeluaran bunga berterusan.
Dalam 2 tahun penanaman pertama, setiap pokok diberikan baja 100 – 200 gram setahun manakala pokok berumur antaran 3 – 10 tahun ditingkatkan kadar baja 100 gram setiap tahun sehingga 1,000 gram untuk pokok berumur 10 tahun. Baja organik seperti tinja ayam juga perlu ditabur dengan kadar 5 kg/pokok/tahun.
Pokok epal dari kaltivar Rome Beauty adalah serasi sama sendiri dan tidak memerlukan baka debunga asing dari luar. Dengan kata lain kaltivar ini boleh diusahakan dalam satu kawasan tanpa kaltivar lain. Sebaliknya kaltivar seperti Anna memerlukan debunga dari baka lain khususnya Dorsett Golden didapati sesuai untuknya. Dalam keadaan ini, nisbah pokok debunga dengan pokok penerima debunga ialah 1 pokok : 10 pokok.
Dari segi pengeluaran hasil, kaji selidik yang dijalankan menunjukkan 3 kaltivar berpotensi iaitu Rome Beauty, Granny Smith dan Anna masing – masing mengeluarkan bilangan buah antara 46 – 63 biji setahun dengan purata berat buah 100gram/biji. Antara 60% buah yang dikeluarkan itu tergolong dalam gred B dan C manakala 6.7% adalah gred A.
Sumber maklumat :
S. Shaharudin et al., “Teknologi Penanaman Epal Di Dataran Tinggi Tropika”, Teknologi Buah – Buahan, Jilid 10, MARDI, 1994.