Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Tanaman betik tidak bermusim iaitu berbuah sepanjang tahun selagi bekalan air dan nutrien dibekal dengan cukup. Struktur tanah bersesuaian dan kapasiti saliran yang baik merupakan dua faktor penting untuk memastikan tanaman ini tumbuh dan berhasil dengan baik. Tanah di Malaysia amnya lebih masam, justeru penambahan batu kapur 3 – 4 tan/ha mampu melaraskan nilai pH ke aras 6.0 6.5 iaitu sesuai untuk tanaman ini. Bekalan air jika dibekalkan dengan cukup akan memupuk pembuahan berterusan serta saiz buah juga lebih besar. Keadaan sebaliknya akan berlaku iaitu jika pengeluaran buah tidak konsisten malah terputus-putus bermakna air tidak dibekal dengan secukupnya. Sistem pengairan titisan didapati amat sesuai untuk tanaman ini, namun di tanah berpasir, oleh kerana kadar larut resap yang tinggi maka sistem pengairan renjisan adalah lebih memadai.
Namun begitu, pemasangan sistem pengairan dengan baik tidak menjanjikan hasil yang baik kerana betik peka terhadap keadaan suhu yang tinggi serta serangan rumpai yang akan juga mengakibatkan pembuahan terputus-putus.
Betik umumnya ditanam pada kepadatan 2,000 pokok/ha yakni jarak antara barsi 2.7 m dan jarak dalam baris 1.8 m. Saiz lubang tanaman adalah bergantung kepada jenis tanah, jika tanah berstruktur baik, maka saiz lubang 30 x 30 x 30 cm sudah cukup. Saiz lubang tanaman perlu diperbesarkan sekiranya tanah itu adalah jenis tanah merah dengan menggunakan saiz 45 cm.
Anak benih betik berdaun 8 -12 helai memunyai kadar hidup yang lebih baik. Oleh itu tahap umur ini sesuai dipilih untuk ditanam di ladang. Anak benih selepas 6 8 minggu disemai akan mencapai tahap ini. Tahap umur anak benih di peringkat ini juga lebih kuat kerana sistem akar sudah banyak justeru boleh bertahan terhadap keadaan tegasan air dalam tanah. Lubang tanaman hendaklah ditaburi baja fosforus (misalnya TSP) bagi memupuk pengakaran. TSP lebih baik daripada CIRP kerana nutrien fosforus lebih mudah diambil oleh tanaman dan memupuk tembesaran yang juga lebih baik. Namun, harga TSP adalah lebih mahal daripada CIRP.
Penanaman betik amnya memerlukan petani menanam 2 – 3 anak benih dalam setiap lokasi kerana anak benih tidak dapat dibezakan manakah satu adalah pokok jantan, betina atau dwijantina. Pokok dwijantina lebih digemari oleh petani kerana mengeluarkan buah berbentuk bujur yang boleh dijual dengan harga pasaran lebih tinggi sehingga satu kali ganda berbanding dengan pokok betina yang buahnya adalah bulat. Maka itu petani disyorkan menanam 3 pokok anak benih di setiap satu lokasi berjarak 30 cm di antara satu sama lain.
Apabila anak benih mula berbunga selepas 4 – 4 1/2 bulan ditanam, petani boleh bergantung kepada bentuk bunga untuk mengekalkan pokok dwijantina dan mencabut semua pokok betina dan jantan. Bunga pokok dwijantina umumnya lebih bujur dan panjang berbanding bunga pokok petina yang lebih pendek dan membulat. Oleh kerana sepanjang masa ini petani banyak menebang dan membuangkan pokok jantan, lama-kelamaan, populasi betik juga mengalami evolusi dan menghasilkan lebih banyak pokok dwijantina. Perkembangan ini merempuhi masa yang lama, mungkin berpuluh-puluh malah ratusan tahun sehingga kini petani boleh memperolehi nisbah pokok dwijantina yang lebih tinggi dalam penanaman mereka.
Umpamanya, di kebun betik yang mengamalkan pendebungaan terkawal, nisbah anak benih pokok betina dan pokok dwijantina adalah 12 seperti berlaku dalam kultivar Eksotika. Bagi kultivar Eksotika II, nisbah tersebut kelihatan lebih baik lagi pada 1: 1. Dalam keadaan ini kebarangkalian petani mendapat pokok dwijantina adalah tinggi. Jika semua anak pokok ditanami itu kebetulan semuanya pokok betina, maka petani terpaksa mengekalkan satu pokok betina. Keadaan ini masih lebih baik daripada tertanam anak pokok jantan yang tiada nilai komersial langsung. Pendebungaan terkawal ke atas Eksotika atau Eksotika Il membolehkan petani mencapai 80- 85% pokok dwijantina jika ditanam 2 anak pokok pada setiap lokasi, dan mendapat 92 – 99% pokok dwijantina jika setiap lokasi ditanami 3 anak pokok.
3 bulan pertama selepas menanam anak pokok betik, ini tempoh tumbesaran dan mekan baja mengandungi N dan P yang tinggi supaya memupuk pengeluaran daun, akar dan dahan yang kuat, misalnya penggunaan rumusan baja 15/15/15 atau 16/16/16. Menjelang peringkat pembungaan dan pembuahan, baja lebih tinggi kandungan kalium (K) pula lebih sesesuai seperti 12/12/17/2i bagi memperkasakan pembuahan dan kualiti buah. Di peringkat pembuahan, baja N dan P tetap perlu diberatkan bersama padar kadar yang bersesuaian kerana dalam tempoh ini, pokok masih berterusan dengan pertumbuhan vegetatif masing-masing. Di sini diturunkan kesimpulan kecil mengenai pembajaan tanaman betik : Bulan pertama dan kedua selepas ditanam – pembajaan dengan 15/15/15 atau 16/16/16 pada kadar 50 g/pokok kemudian dos ditingkatkan kepada 100 g/pokok pada bulan ketiga. Mulai bulan ke-4, baja 12/12/17/2 pula digunakan pada kadar 200 g/pokok bagi memperkasakan pembuahan. Amalan pembajaan juga hendaklah bergantung kepada keadaan cuaca. Pembajaan sebelum hujan paling baik termasuk juga di peringkat pembungaan. Baja boleh ditabur di sekitar bulatan merumput pokok.
Tanaman buah-buahan seperti betik memerlukan baja organik juga bagi meningkatkan cita rasa buah. Oleh itu, bulan pertama dan ketiga selepas ditanam, setip pokok dibekal 1- 3 kg baja tersebut. Kemudian pada setiap 3 bulan, baja organik diberikan pada kadar 6 kg/pokok.
Satu petanda kekurangan nutrien boron khususnya, sering berlaku ke atas pembuahan betik. Simptom ini agak jelas jika terjadi buah bergejala bengkak atau berkerutu, dalam keadaan serius buah akan merembeskan getah betik, pembentukan daun menjadi cacat, kemudian layu. Apabila tanda-tanda ini wujud, petani hendaklah menyembur borate (0.25%) secara foliar pada kadar 2 minggu sekali, selepas itu menabur baja boron di atas permukaan tanah di sekitar setiap pokok pada kadar 1 – 5 g sebagai langkah pencegahan. Bagi mengelakkan hakisan baja oleh air hujan, petani boleh menyungkup sistem akar pokok dengan buah tandan kosong sawit atau penyungkup lain. Langkah ini juga membantu mengekalkan kelembapan tanah.
Seperti dikatakan sebelum ini, pembekalan air sangat penting untuk tanaman ini bahkan untuk semua jenis tanaman secara umum. Bagi mendapat hasil yang konsisten, pemasangan sistem pengairan adalah wajib supaya mengurangkan kesusahan petani mencari air semasa musim kering untuk mengairi setiap pokok. Sistem pengairan titisan memerlukan kos RM8,000/ha, kos operasi RM350/tahun serta mencapai kecekapan penggunaan air sehingga 95%. Melalui sistem ini, pembajaan boleh dijalankan bersama bekalan air dan menjimat tenaga buruh dan masa di samping juga membekal nutrien dan air yang kadar yang seragam. Di peringkat permula menanam, sistem ini dihidupkan selama 0.5 -1.5 jam/hari, di peringkat tumbesaran pokok pula pada 1.5 – 3.5 jam/hari dan meningkatkan kepada 3.5 – 4.0 jam/hari di peringkat pokok matang.
Pengurusan rumpai merupakan amalan penting bagi tanaman ini kerana sistem akar betik yang cetek mudah disaing oleh rumpai liar. Akar rumpai akan merebut-rebut air dan nutrien dengan pokok menyebabkan pokok betik tidak kecukupan bekalan dan akhirnya tumbesaran dan penghasilan buah terjejas. Kawalan rumpai hendaklah menggunakan jenis yang rendah toksiknya seperti fluazitop-butyl, alachlor, bialaphos, dalapon dan racun rumpai lain yang setimpal, tetapi perlu mengelak penggunaan racun rumpai bersifat sistemik seperti glyphosate dan 2,4-D amine kerana kandungan toksiknya yang lebih tinggi, jika terkena pokok akan mengakibatkan tumbesaran terjejas, daun mengeras malah menggulung.
Tanaman betik yang sihat akan mula berbunga dan berbuah apabila berumur lebih kurang 4 bulan atau lebih. Di peringkat permulaan pembuahan, saiz buah cepat membesar. Maka itu putik buah yang kelihatan lebih kecil serta tidak berpotensi membesar sehingga peringkat matang hendaklah disingkirkan supaya putik buah normal boleh membesar dengan lebih baik. Amalan ini penting khususnya bagi mendapat buah yang seragam dengan bentuk buah yang canggih. Putik buah yang lebih kecil amnya tidak usah disimpan kerana kebanyakan putik ini akan menjadi cacat bentuknya dan tidak dapat dipasarkan dengan harga baik di pasaran.
Walaupun tanaman betik tidak bermusim, namun ia tetap bermusim besar dan kecil. Amnya setiap 3 bulan akan wujud satu musim besar. Mengikut kiraan ini, maka musim besar pertama akan jatuh di peringkat umur ke-10 dan ke-11. Namun begitu, musim terbesar pula berlaku semasa pokok berumur 13 – 14 bulan selepas ditanam. Di peringkat ini, petani dengan mudah boleh memperolehi hasil 10 tan/ha. Hasil buah selepas itu menjadi tidak ketara, sehingga ke bulan 18 dan 20 selepas ditanam, hasil buah menurun dengan ketara menandakan betik sudah berada di peringkat penghujung hayat ekonominya dan perlu ditanam semula.
Sumber maklumat :
1. Y.K. Chan et al (Pentunting), Betik, MARDI, 1994.
2. Pakej Teknologi Tanaman Betik, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 2000
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com