You are currently viewing Pengurusan Sulur Pisang Ke arah Kutipan Hasil Yang Lebih Tinggi

Pengurusan Sulur Pisang Ke arah Kutipan Hasil Yang Lebih Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sulur akan tumbuh di bawah pokok pisang selepas beberapa bulan ditanam. Sulur tersebut mendapat bekalan nutrien daripada pokok induk justeru akan mempengaruhi status nutrien pokok induk dan mendatangkan kesan negatif terhadapnya. Pengurusan sulur adalah penting supaya pokok induk dapat menghasilkan buah lebih besar dan canggih. Fakulti Pertanian Universiti Sudan pernah melakukan satu kajian untuk menilai prestasi hasil melalui pengekalan 2, 3 atau 4 sulur di bawah pokok induk.

Masa mengekalkan sulur adalah penting supaya pekebun boleh memperolehi tandan buah yang canggih pada masa yang tepat di samping mengurangkan saingan nutrien. Tambahan, masa mengekal sulur juga berkaitan dengan tempoh kutipan hasil supaya mengelak daripada lambakan hasil di pasaran yang boleh menyebabkan harganya menurun dengan ketara.

Pada hakikat, ramai pekebun umumnya berdasarkan perolehan pendapatan stabil setipa bulan dalam penanaman pisang. Justeru ramai juga mengekal beberapa sulur pada masa yang sama dan berjaya mengutip 2 – 3 tandan buah serentak. Namun, langkah ini tentu menghasilkan saiz buah yang tidak menepati kehendak pasaran khasnya pasaran luar negara kerana saiznya lebih kecil.

Kajian yang dilakukan di Sudan itu berlanjutan sehingga 4 pusingan penanaman. Cavendish digunakan sebagai bahan tanaman dalam kajian. Anak benih ditanam pada jarak 3m x 3m. Sulur mula terbentuk selepas 4 bulan ditanam. Demi mengkaji aspek sulur terhadap hasil, hanya 2 – 4 sulur dikekalkan. Sulur selebihnya disingkirkan setiap 3 minggu.

Hasil Kajian

1. Parameter Tumbesaran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Pada pusingan pertama, hanya satu sulur dikekalkan. Tumbesaran pokok induk dan sulurnya sangat cergas menandakan pembuangan sulur kedua dan ketiga mendatangkan kesan positif terhadap tumbesaran pokok induk serta sulur pertama. Penyingkiran 3 minggu sekali ke atas sulur-sulur yang tumbuh kelihatan adalah amalan betul kerana saingan nutrien dan air tidak wujud di situ.

Sekiranya penyingkiran sulur dilakukan setiap bulan, tindakan ini kelihatan sudah terlewat sedikit kerana tumbesaran sulur yang dikekalkan sudah dipengaruhi seperti pokok tumbuh tinggi serta saiz batang pokok yang lebih kecil. Di plot ini, prestasi pokok telah dipengaruhi oleh jumlah sulur yang ada. Semakin banyak sulur maka semakin lemah kadar tumbesaran pokok induk. Gejala ini amnya berlaku mulai pusingan penanaman kedua.

2. Parameter Hasil

Perbandingan 2, 3 dan 4 sulur memperlihatkan hasil lebih optimum telah diperolehi di plot yang hanya mengekalkan 2 sulur. Plot ini mencatatkan hasil pisang 24.2 tan/ha berbanding plot yang mengekalkan 3 sulur pada 23.3 tan/ha dan mengekalkan 4 sulur pada 22.0 tan/ha. Hasil yang lebih canggih ini adalah berpunca daripada tandan buah yang lebih berat, sisir per tandan yang lebih banyak serta buah pisang yang lebih panjang.

 

Sumber maklumat :

Ei Fatih M Mahdi et al., ‘Growth and yield responses of banana plant to desuckering practice’, International Journal of Science, Environmrnt abd Technology, vol. 3,2014.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :