You are currently viewing Integrasi Pisang Tanduk Dengan Tanaman Sawit

Integrasi Pisang Tanduk Dengan Tanaman Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Dalam keadaan semasa ini, integrasi tanaman di ladang sawit merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan masalah yang bangkit akibat kemerosotan harga sawit. Semasa tanaman sawit masih muda, penanam boleh menanam pelbagai tanaman kontan di perantaraan sawit agar mendapat pendapatan sampingan. Bagi tanaman sawit yang diusahakan secara konvensional, tanaman kontan hanya dapat dijalankan selama 2 atau 2 setengah tahun. Apabila pokok sawit hampir matang, tanaman kontan perlu dihentikan bagi membolehkan sawit tumbuh dengan baik.

Oleh yang demikian, bagi mereka yang inginkan tanaman kontan itu dijalankan sepanjang masa, maka tanah perlu disediakan mengikut sistem dua baris kembar (double avenue planting) yang mana ruangan selebar 15.2 meter telah disediakan untuk penyelengaraan tanaman kontan. Dengan cara ini, tanaman kontan mampu memperolehi pancaran matahari mencukupi untuk tumbuh dengan baik. Pisang tanduk merupakan salah satu jenis tanaman kontan yang boleh diusahakan bersama sawit.


Pisang tanduk adalah spesies pisang terbesar dalam keluarga pisang. Berbeza dengan pisang yang lain, pisang tanduk tidak boleh bergantung pada sulur untuk dijadikan generasi kedua, sebaliknya ia perlu ditanam semula. Ini disebabkan oleh sulurnya yang tumbuh cetek justeru perlu ditanam semula dalam lubang tanaman yang baru. Untuk penanaman, sulur atau anak benih kultur tisu boleh digunakan. Hasil pertama pisang tanduk hanya boleh diperolehi selepas 14 – 18 bulan. Bagaimanapun, melalui kaedah kultur yang lebih baik ia mungkin juga boleh dikutip hasil lebih awal daripada tempoh tersebut.

Di bawah sistem dua baris kembar, kawasan seluas 15.2m itu boleh ditanami dengan 5 baris pisang tanduk dengan ukuran 2.4m di antara baris dan 2.4m juga dalam baris. Dengan ini, 880 pokok pisang tanduk dapat ditanami. Inilah sistem dua baris kembar yang dijalankan mengikut sistem bakar sifar. Jika biomas pokok tua sawit tidak dilonggokkan di antara barisan sawit, maka jumlah pokok pisang tanduk yang boleh ditanami itu menjadi lebih sehingga 1,240 pokok. Dari segi bahan tanaman, dicadangkan menggunakan anak kultur tisu kerana pertumbuhan yang lebih seragam. Lubang tanaman bagi pokok pisang tanduk ialah 0.45m x 0.45m x 0.45m dan setiap lubang dimasukkan 100 gram CIRP untuk menggalak akar.

Dalam proses penanaman, semua sulur dibuangkan. Selepas memungut hasil, anak pisang tanduk ditanam semula mengikut baris yang sama tetapi dalam lubang tanaman baru. Namun pusingan kedua ini hanya boleh menanam 3 baris pisang tanduk sahaja supaya memberi ruang secukupnya untuk sawit membesar. Dalam keadaan ini, jumlah pokok pisang tanduk hanya tinggal 530 pokok.


Penanaman pisang tanduk di kawasan pedalaman mampu memperolehi pisang tanduk dengan berat purata 6.5kg. Dengan andaian 80% pisang tanduk tersebut dapat dipasarkan, maka setiap ringgit yang dilaburkan itu akan mendapat pulangan RM1.79 – RM1.83, bergantung pada cara apakah yang digunakan terhadap biomas sawit, sama ada bakar sifar ataupun dibersihkan sama sekali. Berdasarkan hal sedemikian, projek ini telah didapati boleh diusahakan untuk menambah pendapatan sampingan di samping biomas pisang tanduk akan meningkatkan kesuburan tanah selanjutnya membawa manfaat kepasa tanaman sawit. Pisang tanduk boleh dijadikan pisang goreng ataupun kerepek, iaitu satu produk yang mudah diterima oleh pasaran tempatan.

 

Sumber makulmat :

Suboh Ismail and Norkaspi Khasim, “Integrated of Banana (tanduk variety) With Oil Palm Planted in Double Avenue System”, MPOB Information Series, June 2005, MPOB TT. No. 265.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :