You are currently viewing Malaysia Boleh Mengeluarkan Nanas MD2

Malaysia Boleh Mengeluarkan Nanas MD2

  • Post category:Artikel / Nanas

Di Negeri Johor khususnya kawasan Air Hitam, Benut dan Simpang Renggam, nanas muncul sebagai tanaman yang mendapat perhatian berat daripada segolongan penanam. Kini mereka telah mengolah langkah ke arah penanaman MD2 iaitu sejenis baka nanas yang kian mendapat populariti di pasaran tempatan dan juga luar negara.

Nanas MD2 mempunyai ciri tahan disimpan sehingga dua minggu serta mempunyai saiz buah gred A yang lebih banyak. Dengan kata lain, buahnya lebih berat dan padat selanjutnya menjadi buah-buahan yang lebih gemar untuk diusahakan oleh penanam masa kini.


Dengan nanas Josapine iaitu nanas yang turut mendapat perhatian berat pasaran, buah ini memiliki buah besar yang rendah setakat 30% ditambah pula ia akan menjadi busuk selepas 5 – 6 hari justeru penanam kini yang mahukan buah lebih tahan lama telah menjurus ke arah penanaman MD2.

 

Bagaimanapun, di sebalik kelebihan ini turut ada kelemahannya, iaitu nanas MD2 mengambil masa yang lebih panjang untuk masak, iaitu sehingga 145 hari dari tarikh mengaruh bunga sedangkan Josapine hanya memerlukan masa 123 hari sahaja.

Lagipun tanah gambut umumnya masam dan keadaan ini tidak sesuai untuk nanas MD2. Namun, melalui pengapuran ia tetap boleh ditanami kerana nilai pH telah ditingkatkan kepada pH 5.5 – 6.0. Nanas MD2 lebih sesuai ditanami di tanah mineral manakala untuk tanah gambut, nanas Josapine adalah lebih sesuai.


Dari segi teknik arauhan bunga, nanas MD2 kelihatan lebih peka terhadap amalan ini. Oleh itu aruhan seelok-eloknya dijalankan pada waktu pagi sebelum pukul 9 atau sebelah petang selepas pukul 5 setengah untuk mengelakkan pancaran matahari terik. Tambahan, pemasangan pelindung cahaya matahari terik adalah amalan wajib demi mengurangkan kerugian akibat terkena pancaran matahari terik yang mampu menjadikannya hitam. Alat pelindung ini juga memainkan fungsi melindungi buah daripada rosak semasa pengangkutan nanti.

Nanas MD2 boleh ditanam sehingga 17,000 pokok seekar iaitu lebih tinggi daripada Josapine yang setakat 14,500 – 15,000 pokok. Dengan ini pokok boleh mendapat ruangan secukupnya untuk berkembang. Perkara yang perlu diawasi ialah masalah ancaman penyakit padahal ancaman serangga perosak amatlah sedikit. Dalam masa peralihan daripada hari berhujan kepada hari kering atau sebaliknya, ancaman penyakit akan bertambah. Pokok nanas MD2 perlu dipangkas sebanyak 3 bulan sekali bagi memudahkan kerja ladang.

Nanas MD perlu diberikan baja yang mana dalam satu pusingan penanaman, 3 kali membaja diperlukan dengan menggunakan baja 15/15/15 serta baja cecair. Penanaman padat dapat mengurangkan serangan rumpai, namun penanaman yang terlalu padat pula mudah mengakibatkan saingan nutrien di antara pokok sehingga menghasilkan buah yang kurang seragam.

Dari segi harga pasaran, nanas MD2 mendapat harga yang lebih tinggi daripada Josapine dan juga Morris. Satu kg nanas MD2 berupaya memperoleh RM2.80 bagi buah gred A. Jika dijual sendiri, harga runcit sehingga RM5.00 boleh diperolehi. Berat buah purata di antara 1.5 kg tetapi ada kalanya mencecah sehingga 2.5kg.


Tanaman nanas MD2 menghadapi serangan penyakit yang disebabkan oleh Erwinia chrysanthemi dan Thielaviopsis paradoxa yang mana kedua-dua penyakit ini sebenarnya lumrah berlaku pada kebanyakan nanas. Oleh itu penanam dikehendaki menyembur racun kulat dengan kerap agar masalah penyakit tidak merebak.