You are currently viewing Aspirasi Penternakan Ayam Kampung

Aspirasi Penternakan Ayam Kampung

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Ayam kampung tetap mempunyai kedudukan tersendiri dalam negara kerana adanya pasaran nic daripada peminat terhadap dagingnya yang lebih lazat dan pejal berbanding dengan ayam pedaging komersial yang amnya diternak secara intensif. Kelazatan daging ayam kampung adalah hasil daripada kaedah ternakan yang umunya secara lepas bebas atau separa intensif yang menghasilkan otot lebih pejal dan enak untuk dimakan.

Dengan adanya pasaran, maka minat sesetengah pihak yang amnya mempunyai ruangan lebihan di kebun malahan di kawasan perkampungan berdekatan dengan kawasan kediaman telah dibangkitkan untuk menjalankan ternakan. Harga pasaran ayam kampung yang lebih tinggi sehingga dua kali ganda harga ayam pedaging komersial juga salah satu faktor penting yang merealisasikan senario semasa ini.

Namun begitu, kualiti ayam kampung dalam negara telah mengalami kemerosotan akibat kacukan tidak terkawal seterusnya melahirkan keturunan baka yang tidak setanding dengan baka induk. Oleh yang demikian, MARDI sejak tahun 2008 telah menjalankan kajian sebagai usaha menghasilkan baka ayam kampung berkualiti tinggi dari segi tumbesaran serta daya pengeluaran telur yang tinggi.


Daripada usaha tersebut, 4 strain ayam kampung telah diperolehi yang mana dua di antaranya menunjukkan kadar tumbesaran yang baik manakala dua strain yang lain pula berupaya menghasilkan jumlah telur yang lebih tinggi. Penghasilan ayam kamupung MARDI ini adalah berasal daripada pencarian ayam kamupung asli dari utara, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia kemudian dikacukkan

Menurut kajian tersebut, ayam kampung MARDI sesuai diternak secara lepas bebas atau separa intensif dan saiz ayam yang diperolehi adalah setanding dengan ayam kampung asli iaitu sekitar 1.5kg pada umur 12 minggu serta dua strain ayam lain itu masing-masing mempunyai kadar peneluran pada 65% dan 60%. Ayam kampung MARDI masih mengekalkan ciri ayam kamupung asli iaitu sifat mengais dan mengeram. Keadaan ini menyatakan bahawa melalui kaedah ternakan yang rapi termasuk pembekalan makanan berkhasiat adalah amalan penting untuk mendapatkan mutu ayam yang lebih berkualiti.

Secara umumnya, ayam kampung dalam negara terdiri daripada 4 kategori iaitu ayam kampung asli, ayam kampung kacukan, ayam kampung terpilih dan ayam pedaging berbulu perang (diterima oleh sebahagian masyarakat sebagai ayam kampung). Di antara baka ini, ayam pedaging berbulu perang mempunyai kadar tumbesaran terbaik diikuti oleh ayam kampung kacukan, ayam kamupung terpilih dan berakhir dengan ayam kampung asli yang amnya bersaiz paling kecil iaitu dengan berat badan 1.1 1.5kg pada umur 4 bulan.

 

Oleh yang demikian, untuk tujuan ternakan komersial, maka ayam pedaging berbulu perang dan ayam kampung kacukan mungkin lebih berbaloi kerana saiz badan yang lebih besar selepas diternak. Namun keadaan ini adalah bergantung pada pertimbangan masing-masing.

Penternakan Secara Intensif

Kesemua baka ayam kampung ini boleh diternak dengan menggunakan sistem ternakan yang sama iaitu lepas bebas, separa intensif atau intensif. Ayam pedaging berbulu perang kini telah diternak dengan sistem intensif dan kaedah ini juga berpotensi untuk ayam kampung yang lain. Dalam sistem ini, ayam dibesarkan dalam keadaan kepadatan yang tinggi iaitu 12 ekor per meter persegi dan makanan lengkap diberikan sepanjang masa. Dengan cara ini ayam tentu memperolehi saiz yang lebih besar dan lebih berat untuk mendapat harga pasaran lebih tinggi kerana keberatannya. Dalam sistem ini, ayam masih mempunyai ruang bergerak kerana ia merupakan sistem kurungan tertutup yang tidak sama dengan ternakan intensif seperti ayam pedaging komersial yang lain.

Penternakan Secara Separa Intensif

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Dalam sistem ini, terdapat sebuah reban besar untuk ayam berehat khususnya pada waktu malam serta ruang berlegar pada siang hari. Nisbah kedua-dua ruang ini ialah 3:7 dengan kadar muatan dalam reban pada 18 ekor per meter persegi. Makanan lengkap juga disediakan kepada semua ayam di situ.

Penternakan Secara Lepas Bebas

Kaedah penternakan ini paling popular diterapkan oleh pengusaha yang amnya juga pekebun yang menjalankan penternakan itu secara integrasi dengan tanaman kelapa sawit, getah ataupun tanaman buah-buahan. Dalam sistem ini sebuah reban dengan kadar muatan yang sama dengan sistem separa intensif dibangunkan dan ayam dilepas bebas dalam kawasan kebun sudah yang dipagarkan. Kebiasaannya sebanyak 10,000 ekor ayam boleh diternak dalam kawasan satu hektar. Makanan lengkap tetap diberikan tetapi lebih terhad kerana ayam mampu mencari makanan sendiri di luar sewaktu berlegar pada siang hari.

Dari segi pembinaan reban, secara umum ia hanya terdiri daripada 3 jenis iaitu reban terbuka lantas atas, reban terbuka lantai bawah dan reban tertutup yang dilengkapi dengan sistem penyejukan beteknologi sejatan. Di dalam reban, bekas minuman dan makanan jenis bergantung atau automatik disediakan dan makakan penggemukan juga dibekalkan. Program pemvaksinan harus dijalankan untuk kelestarian ayam.

Aspek lain termasuk pemotongan paruh ayam semasa berumur 10 12 hari untuk mengurangkan kejadian patuk mematuk serta mengurangkan pembaziran makanan terutama dalam sistem intensif. Selain itu, makanan pembekal tenaga seperti jagung, beras dan gandum, pembekal protein seperti mil kacang soya dan mil ikan serta bahan penjaga kesihatan hendaklah diberikan supaya ayam ayam dapat membesar ke peringkat pemasaran iaitu ketika berumur 10 – 15 minggu.

Pada hakikat, makanan untuk ayam kampung ternakan dibahagikan kepada pemula, pembesar dan penamat dengan kandungan khasiat berbeza mengikut umur ayam. Kawalan penyakit adalah amalan penting dan ayam sakit hendaklah disingkir dan dimusnahkan kemudian ditanam. Reban ayam juga perlu disembur dengan bahan penyahjangkitan sebagai langkah pembasmian kuman dan pencegahan penyakit.

 

Rujukan & Sumber Foto :

1.Azlina Azma Ismail Affendee dan Noraziah Mokhtar, “Ayam Kampung MARDI”, Agromedia bil. 40, 1/2013, MARDI.

2.Engku Azahan Engku Ahmed et al., Manual Teknologi Penternakan Ayam Kampung Pedaging, MARDI, 2010 (cetakan kedua).

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :