Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Sim Tze Zin berkata pada 26 Februari 2019 lalu bahawa Malaysia berharap menghasilkan jagung bijirin (grain corn) sebanyak 1.44 juta metrik tan di tanah berkeluasan 80,000 ha menjelang tahun 2032.
Buat masa ini, Malaysia terpaksa mengimport RM3.09 billion jagung bijirin dari luar negara. Ini satu senario yang menyatakan hampir 100% pergantungan pada jagung bijirin import untuk menampung permintaan dalam negara. Jagung bijirin adalah untuk makanan ternakan dan permintaan ini meningkat 10% setiap tahun. Manakala bagi kacang soya, ia juga diimport sebanyak RM2.1 billion setahun menjadikan keseluruhan import tersebut RMRM5.1 billion. Dengan kata lain, ia telah merangkumi 28% daripada jumlah defisit bahan makanan negara.
Pada tahun 2015, keluasan tanaman jagung dalam negara mencatatkan 10,030 ha dengan pengeluaran 62,459.9 metrik tan, iaitu purata hasil 6.2 metrik tan/ha. Tiga jenis jagung bijirin yang popular di Malaysia ialah GWG 111, GWG 888 dan Suwan 3. Dalam sesi 2018/19, jumlah import jagung bijirin adalah 4.1 juta metrik tan. Peningkatan pengambilan makanan ternakan ayam pada kadar 3% ekoran peningkatan makanan segera berasaskan ayam di restoran KFC, Nando’s, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers dan Ayamas telah adalah antara sebab utama.
Sehingga kini, Argentina merupakan pengeksport jagung bijirin terbesar di Malaysia merangkumi lebih 50% diikuti oleh Brazil 30% dan Amerika Syarikat 320,000 metrik tan. Malaysia tidak mempunyai mempunyai pengeluaran jagung bijirin untuk ternakan. Kebanyakan jagung (99%) daripada jumlah keluasan 6,500 ha adalah jagung manis hibrid untuk makanan manusia. Memandangkan harga jagung bijirin Amerika Syarikat lebih kompetitif dari negara Amerika Latin serta disambut baik oleh pengilang makanan ternakan tempatan, maka di masa hadapan ini akan memperlihatkan import jagung bijirin yang lebih tinggi dari Amerika Syarikat. Pada 4 tahun lalu, jagung bijirin tidak pernah diimport dari negara itu.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Menurut anggaran, tanah yang diperlukan untuk pengeluaran 4.4 juta metrik tan jagung bijirin adalah 244,444 ha (3 pusingan setahun). Tanah terbiar yang agak banyak dalam negara negara menyatakan soal tempat penanaman bukan isunya selagi ada kerjasama di antara kerajaan dan petani.
Lagipun, jagung bijirin sudah berjaya diusahakan oleh negara-negara jiran seperti Indonesia (9.6 juta metrik tan), Filipina (7.8 metrik tan), Vietnam (6.0 juta metrik tan) dan Thailand (4.7 juta metrik tan) menyatakan Malaysia juga boleh mengikut jejak mereka dalam perusahaan tanaman ini.
Pada hakikat, pihak kerajaan Malaysia telah pun memulakan model projek perintis jagung bijirin di daerah Dadong, Kemaman dengan keluasan 34 hektar serta berjaya menghasilkan 6 metrik tan/ha/pusingan iaitu satu prestasi hasil yang lebih tinggi daripada piawai antarabangsa yang setakat 5 metrik tan/ha. Justeru itu, model projek perintis ini akan dikembangkan ke seluruh negara melibatkan tanah 748 ha. Dari segi teknikal, syarikat swasta Green World Genetics Sdn Bhd difahamkan dapat memberi bantuan teknikal ekoran syarikat tersebut mempunyai kepakaran pembiakbakaan biji benih tanaman yang mana GWG 111 dan GWG 888 adalah antara dua varieti yang telah berjaya dibiak baka dan digunakan secara komersial.
Potensi pengeluaran jagung bijirin dianggarkan antara 8 10 tan/pusingan/ha. Maka itu dengan angaran harga RM900/tan, maka purata hasil ialah RM8,100/pusingan (110 hari). Jika petani dapat menjalankan 3 pusingan setahun, maka jumlah pendapatan ialah RM24,300/tahun iaitu satu pendapatan kasar yang jauh lebih baik daripada penanaman sawit yng dianggarkan pada RM8,750/ha/tahun dengan harga buah tandan segar RM350/tan dan hasil 25 tan/ha/tahun. Justeru itu, penanaman jagung bijirin memperlihatkan potensi komersial yang besar. Kepadatan tanaman ini adalah 53,333 pokok atau 0.75 m X 0.25 meter antara tanaman.