FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Racun rumpai digunakan untuk mengawal pertumbuhan rumput-rumpai di ladang. Pada masa yang sama, ia boleh mengganggu kesihatan operator sekiranya langkah-langkah keselamatan tidak diambil dengan tegas. Racun seumpama ini amnya berasaskan petroleum yang mampu mendatangkan kesan negatif khususnya terhadap mereka yang mempunyai kulit badan yang sensitif.
Teknologi baru kini telah dapat mencampuradukkan minyak ke dalam air. Teknologi ini dikenali sebagai EW (emulsion in water). MPOB kini telah berjaya menghasilkan racun 2 dalam 1, iaitu glyphosate-triclopyr dalam bentuk minyak dalam air.
Pada kebiasaan, triclopyr yang merupakan sejenis racun sistemik untuk mengawal pokok kayuan dan rumpai daun lebar adalah dicampur awal (premix) ke dalam racun rumpai glyphosate untuk mendapatkan kesan kawalan yang maksimum. Ini termasuk racun glyphosate isopropylamine (IPA). Racun-racun seumpama ini mempunyai ciri-ciri berikut :
• Rumusan Glyphosate IPA hanya boleh mengawal sesetengah rumpai daun lebar.
• Triclopyr berasaskan solven (EC) biasanya dicampurkan lebih awal dengan racun rumpai glyphosate untuk memaksimumkan kawalan rumpai.
• Solven berasaskan petroleum dalam EC konvensional mungkin mengganggu kulit dan mata operator.
• Solven berasaskan petroleum kurang bio- degradasi, mudah terbakar, toksik terhadap organsima akuatik serta tidak mesra alam.
• Solven berasaskan petroleum adalah lebih mahal.

Kelebihan Racun Rumpai EW Berasaskan Sawit
► Racun EW-glyphosate adalah rumusan berasaskan air manakala rumusan EC
(emulsion concentrate) konvensional mengandungi solven berasaskan petroleum.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
► Racun EW-glyphosate-triclopyr diyakini kurang mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan juga kurang keracunan (phytotoxic) terhadap tumbuhan bukan sasaran.
► Kos pengeluaran yang lebih murah.
► Methyl esters dan emulciers adalah produk hijau dan mesra alam.
► Kurang toksik terhadap pengguna dan organisma akuatik.
► Racun EW glyphosate-triclopyr adalah rumusan 2 dalam 1 untuk mengawal rumpai dengan lebih baik.
► Bahan rumusannya merangkumi bahan kelapa sawit/minyak isirung sawit yang mesra alam, boleh diperbaharui (renewable) dan boleh bio- degradasi.
► Bahan rumusannya kurang bahaya terhadap pengguna dan organisma akuatik.
► Merupakan produk 2 dalam 1 yang dirumuskan dengan menggunakan bahan sawit dan mesra alam.
Sumber Maklumat :
Ismail, A R et al, “Novel Oil-In water (EW) Glyphosate- Triclopyr Herbicides Formulation Containing Palm-Based Inert Ingredients”, MPOB TT No. 521, MPOB Transfer Of Technology Seminar 2012.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com










