Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Jarang-jarang kita mendengar laporan mengenai kekurangan kalsium (Ca) berlaku di ladang sawit. Adakah ini bermaksud unsur ini tidak penting bagi tanaman sawit? Atau kalsium sudah sedia wujud di dalam rumusan baja lain?
Kalsium merupakan nutrien sekunder. Daripada sumber, keperluan tahunan kalsium oleh tanaman sawit berumur 3 – 9 tahun selepas ditanam berada di sekitar 85 – 114kg/ha. Kuantiti ini malah 1 kali ganda lebih tinggi daripada keperluan magnesium oleh tanaman sawit. Dari sini jelas kelihatan kalsium adalah nutrien sangat penting kepada tanaman ini. Namun begitu, kenapa nutrien ini jarang-jarang menghadapi kekurangan oleh tanaman sawit? Di bawah ini adalah sebabnya.
Baja tunggal fosforus dan magnesium masing-masing mengandungi kalsium. Misalnya SSP (single super-phosphate) dan TSP (triple super-phosphate) masing-masing mengandungi 22% dan 13% kalsium. Serbuk batuan fosforus juga mengandungi 32 – 36% kalsium. Baja magnesium pula, jika menggunakan dolomite sebagai sumber, ia mengandungi 21% kalsium. Serbuk batuan fosforus dan dolomite sering digunakan dalam mengatasi kemasaman tanah. Justeru selepas ditabur, ia juga bermaksud telah membekal kalsium kepada tanah. Selain itu, buah tandan kosong, POME, abu buah tandan kosong dan longgokan pelepah juga mengandungi kalsium. Keadaan sebegini pasti dapat menambah baik aras kalsium dalam tanah justeru jarang-jarang akan menghadapi kekurangan.
Unsur kalsium lebih banyak berada dalam pokok sawit dewasa atau pokok lebih tua. Di dalam buah tandan segar, kandungan kalsium hanya lah 0.06 -0.29% menunjukkan peranannya agak rendah pada buah tandan sawit.
Pada hakikat, semua jenis buah-buahan menjelang peringkat matang akan mengalami keadaan kandungan kalsium semakin berkurangan di dalam buah. Tambahan, mobiliti kalsium agak rendah justeru jarang-jarang akan disalur dari pelepah ke bahagian buah tandan.
Menurut sumber, buah tandan segar bagi keluasan satu hektar hanya mengandungi 20kg kalsium manakala keperluan tanaman sawit terhadap kalsium adalah setinggi 90kg/hektar. Maka ini dipercayai banyak kalsium adalah terkandung di dalam bahagian pokok selain di dalam buah tandan segar.
Fungsi utama kalsium terhadap tanaman sawit ialah membantu sel mengembang dan memecah, serta menstabilkan dinding sel di samping mengekal dan menyelaras keseimbangan di antara ion positif dan negatif dalam tanaman. Ia juga berperanan memberi isyarat kepada pokok mengenai keadaan sekitaran yang bertambah buruk (misalnya peningkatan atau penurunan suhu udara, penurunan hujan lebat atau tiupan angin kencang). Perkara ini dipercayai berlaku melalui pengesanan dinding sel terhadap sebarang rangsangan ke atasnya.
Kita juga jarang-jarang terdengar mana-mana pokok menghadapi kekurangan kalsium dan tumbesaran pokok terjejas. Kekurangan kalsium mungkin lebih kerap berlaku ke atas anak benih sawit khasnya anak benih itu ditanami di atas tanah berpasir, maka saiz daun akan mengecil, urat daun menonjol, selanjutnya mengganggu tumbesaran.
Pembajaan kalsium secara berlebihan akan menghalang penyerapan kalium, magnesium dan boron kerana kalsium bertindak songsang dengan kalium dan magnesium selanjutnya menyekat penyerapannya. Jika kalsium ditokok dalam bentuk karbonat, gejala kekurangan besi dan mangan mungkin juga akan berlaku.
Justeru itu, keperluan tanaman terhadap kalsium amnya sudah dibekal melalui pembajaan fosforus dan magnesium, serta melalui rawatan kemasaman tanah. Keadaan ini serupa dengan unsur klorida dan sulfat yang juga banyak dimanfaatkan oleh baja lain yang turut mengandungi unsur-unsur ini di dalam rumusan masing-masing. Dalam keadaan ini, pengusaha tanaman jika mengetahui kandungan baja dengan lebih sempurna, dipercayai dapat memperolehi kesan ekonomi pembajaan mereka dengan lebih cekap.
Sumber maklumat :
Kah-Joo Goh and Rolf Hardter, “General oil palm nutrition”, Oil Palm-Management for Large and Sustainable Yields, Thomas Fairhurst and Rolf Hardter (Editors), PPIC & IPI, 2003.