Menurut perangkaan tahun 2012, 26% pokok sawit di Malaysia berumur 20 – 28 tahun, yang baki 65% pula berumur 9 – 28 tahun. Keadaan ini menunjukkan 10 tahun kemudian (iaitu hari ini) banyak pokok telah mencapai umur untuk ditanam semula. Dapat diagak bahawa kebanyakan pokok tua ini berasal dari baka dura yang lebih rendah kandungan minyaknya berbanding baka terkini (tenera). Jika banyak pokok tua ini tidak ditanam semula, ia akan mendatangkan impak besar terhadap pengeluaran minyak sawit negara. Pokok tua juga lebih banyak dijangkiti penyakit justeru menanam semula bermakna menghapuskan risiko ini sama sekali.
Harga minyak sawit di paras RM4,000 buat masa ini jarang-jarang kelihatan penanam yang sudi menanam semula tanaman sawit mereka. Perkara ini boleh difahami. Tanam semula bermakna sumber pendapatan akan terputus selama 2 1/2 3 tahun sebelum pokok sawit mula mengeluarkan hasil. Justeru itu keputusan tanam semula biasanya dibuat apabila hasil pokok sudah betul-betul menjunam.
Kerajaan pada tahun 2013 telah mengumumkan skim subsidi tanam semula sawit bagi membantu kawasan seluas 365,000 ha yang pokoknya berumur 25 – 37 tahun ditanam semula. Dalam rancangan tersebut, setiap tahun 100,000 ha akan ditanam semula. Pekebun selain mendapat subsidi semasa tanam semula, mereka juga dibantu dengan subsidi USD 1,884 setahun untuk 2 tahun di peringkat permulaan tanam semula. Sektor estet juga diharapkan dapat menanam semula 100,000 ha setiap tahun. Jika perkara ini menjadi kenyataan, maka 1 juta ha tanaman sawit tua akan dapat ditanam semula menjelang tahun 2018.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Mengikut kiraan selanjutnya, pokok tua yang hanya menghasilkan 2 – 3 tan/ha minyak sawit akan digantikan dengan pokok berhasil lebih tinggi yang berpotensi membawa hasil sawit 5 – 6 tan/ha. Keadaan ini akan meningkatkan jumlah minyak sawit Malaysia sebanyak 3 juta tan tanpa perlu mengembangkan keluasan tanah yang sedia ada.
Dilema yang dihadapi oleh Malaysia bakal akan dihadapi oleh Indonesia oleh sebab industri sawit di negara itu berkembang lebih lewat daripada Malaysia serta 40% tanaman sawit adalah kepunyaan pekebun kecil. Menjelang masa tanam semula, dianggarkan 500,000 ha pokok tua akan terbabit. Jumlah ini lebih banyak daripada Malaysia serta memerlukan peruntukan kewangan yang lebih besar. Jika kerajaan tidak memberi subsidi tanam semula, mereka dijangka akan menangguhkan program tanam semula, akhirnya akan menjejaskan ekonomi negara. Justeru itu, walaupun keputusan tanam semula adalah soal peribadi, tetapi jika terlalu ramai menangguhkan tanam semula, maka kerugian ekonomi negara jugalah sangat besar.
Sumber maklumat :
Denis J Murphy, “The future of oil palm as a major crop: Opportunities and Challenges”, Journal of Oil Palm Research, 2014, MPOB.