You are currently viewing Penjarangan Bunga dan Putik Buah Durian Menjamin Keseragaman Dan Perolehan Hasil Buah Lebih Optimum

Penjarangan Bunga dan Putik Buah Durian Menjamin Keseragaman Dan Perolehan Hasil Buah Lebih Optimum

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sejambak bunga durian mengandungi sehingga 30 kuntum bunga tetapi biasanya hanya 2 – 3 buah dikekalkan. Pembesaran buah walaupun daripada jambak yang sama, namun kadar pembesarannya tidak serupa. Bagi mendapat buah yang lebih seragam serta bersaiz lebih besar, penjarangan bunga amnya dilakukan sehingga mengekal hanya 1 – 2 kuntum dalam sejambak. Penjarangan bunga amnya dilakukan apabila panjang bunga berukuran di antara 3 – 5cm.

Mengikut sumber, jika menjarangkan bunga sehingga hanya mengekal 10% daripada jumlah pengeluaran bunga akan memperolehi jumlah buah boleh dikutip serta mencapai jumlah hasil sepokok yang lebih tinggi berbanding dengan mengekalkan kesemua bunga di atas pokok. Didapati bahawa penjarangan bunga di peringkat pengembangannya atau di peringkat putik buah tidak mempengaruhi jumlah buah yang akan dikutip. Dengan kata lain, penjarangan bunga atau putik buah mempunyai kesan yang serupa (Subhadrabandhu dan Shoda 1997).

Dahan pokok yang mengembang secara mendatar berpotensi menghasilkan lebih banyak buah berbanding dahan menegak. Buah yang terbentuk pada ranting hendaklah dikekalkan di bahagian berdekatan batang pokok supaya ranting tersebut tidak patah oleh sebab keberatan buah. Bagi dahan yang besar, buah seelok-eloknya dikekal di bahagian tengahnya dengan tujuan yang sama. Lagipun, pengekalan buah di bahagian tengah juga memudahkan kutipan hasil nanti dengan cara memetiknya semasa hampir matang (amalan di Thailand).

Sekiranya penghasilan buah adalah banyak, untuk mengelakkan dahan patah, penanam biasanya mengikat dahan tersebut dengan tali pada batang pokok supaya mengelak keberatan buah yang mungkin akan menyebabkan dahan itu patah. Menggunakan batang kayu atau buluh untuk menyokong dahan yang berbuah banyak jugalah langkah diterapkan oleh penanam. Dengan erti kata lain, sekiranya buah adalah banyak di atas pokok, maka dahan yang kelihatan mudah patah patut disokong dengan tali dengan mengikatnya ke dahan lebih besar di atas pokok.

Kulitvar durian menunjukkan tindak balas berbeza terhadap penjarangan putik buah (Wetchachiwa 1985). Amalan ini dijalankan apabila putik buah berumur 30 – 60 hari dengan menyingkirkan buah berlebihan, cacat atau rosak. Penjarangan putik buah dilaksanakan mengikut 3 peringkat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Di peringkat pertama, putik buah berumur 30 hari dijarangkan terhadap buah yang cacat serta yang tidak normal. Selepas penjarangan peringkat pertama ini, buah yang dikekalkan seelok-eolknya berjumlah 1.2 1.5 kali buah yang dijangkakan untuk dikutip. Apabila putik buah berumur 45 hari, penjarangan kali kedua dilaksanakan. Kali ini putik buah yang cacat, yang mempunyai tangkai lebih kecil serta putik buah di hujung ranting disingkirkan.

Apabila putik buah berumur 60 hari, penjarangan kali ketiga serta juga kali terakhir dilakukan. Kali ini buah yang tidak membesar secara normal dibuang. Ketiga-tiga peringkat penjarangan buah akhirnya membolehkan penanam memperolehi buah yang seragam serta mengurangkan proses penggredan buah semasa kutipan hasil yang kelihatan agak membuang masa dan tenaga.

Menyelaras jumlah buah di atas pokok mengikut umur pokok adalah amalan penting untuk menjaga kesihatan pokok. Umumnya, sebiji buah seberat 2kg memerlukan 150 – 200 lai daun untuk pembesaran secara normal (Palakul 1987). Ini kerana proses fotosintesis oleh daun adalah wajib untuk membekal makanan kepada buah semasa proses pembesaran buah. Pokok yang tidak menjalankan penjarangan putik buah akan berdepan dengan situasi memperolehi hanya 20% buah bersaiz besar, 40% buah bersaiz sederhana dan 40% buah bersaiz kecil. Puratanya, berat buah dalam keadaan ini dianggarkan 1.5kg sebiji berbanding pokok yang menjalankan penjarangan buah dengan sempurna akan memperolehi buah berpurata 2.7kg sebiji (Palakul 1987).

 

Sumber maklumat :

Saichol Ketsa et al., The Durian : Botany, Horticulture and Utilization, Horticultural Reviews, John Wiley & Sons, Inc, 2020.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :