You are currently viewing Pokok Sawit Bergejala Chimaera Dikekal Atau Ditebang?

Pokok Sawit Bergejala Chimaera Dikekal Atau Ditebang?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Terdapat 11 jenis pokok sawit yang dikategorikan sebagai pokok tidak normal atau cacat justeru tidak digalakkan untuk ditanam di ladang kerana hasil amat rendah dan tidak ekonomi dalam penanaman. Pokok-pokok seumpama ini amnya menunjukkan corak susunan daun tidak normal dan selanjutnya mengurangkan kesan fotosintesis. Apabila kadar proses ini menurun, hasil akan terjejas memandangkan sawit merupakan tanaman yang memerlukan pancaran cahaya matahari yang cukup.

Pokok bergejala Chimaera adalah antara satu jenis yang dianggap tidak normal ekoran sebahagian daunnya menguning. Dalam kebanyakan masa, daun tersebut akan layu dan kering. Keadaan ini menyebabkan kadar fotosintesis terjejas. Satu kajian pernah dijalankan ke atas pokok bergejala Chimaera dari tahun 2005 – 2009 dan didapati hasil untuk 4 tahun kutipan pertama menurun 53.4%. Penurunan hasil ini adalah tertinggi di antara kesemua jenis pokok tidak normal.

Masalah Chimaera ini kadangkala boleh sembuh sekiranya meristem pokok berhenti mengeluarkan daun bergejala Chimaera dan seterusnya mengeluarkan daun berwarna normal (hijau). Namun peluang penyembuhan ini dianggap agak tipis, justeru sesetengah peladang akan menebangnya dan menanam pokok baru. Mengikut sumber, menanam satu pokok

Kebanyakan pokok tidak normal adalah disebabkan oleh masalah genetik termasuk kecacatan debunga semasa penyimpanan yang menyebabkan mutasi berlaku. Jika keadaan ini berlaku, bermakna banyak pokok akan terlibat dan bukannya sebatang dua pokok. Punca lain ialah pengurusan biji benih yang tidak betul atau persenyawaan dura dan pisifera telah salah berlaku. Mungkin ada masalah lain yang belum dapat dikenal pasti.

Pokok tidak normal seperti yang bergejala Chimaera ini akan terus membesar kerana kadar pengambilan nutrien daripada tanah tidak dipengaruhi oleh kecacatannya. Analisis daun telah menunjukkan kandungan nutrien tetap sama berbanding pokok-pokok normal. Kebiasaannya, pokok yang menunjukkan gejala Chimaera akan disingkirkan daripada tapak semaian serta dimusnahkan. Kadang-kadang pokok tidak menunjukkan gejala kecacatan ini di peringkat tapak semaian, sebaliknya hanya menjelma gejala ini selepas ditanam di ladang. Jika perkara ini berlaku, maka selepas memantau pokok itu untuk seketika waktu, katakan 6 bulan, jika tiada kesan pemulihan, maka pengusaha terpaksa membuat keputusan untuk menebangnya.

Bahan rujukan :

1. Mohaimi Mohamed and Shaharudin Bakar, “FFB Yield Reduction Of Abnormal Oil Palms”, Proceedings of The PIPOC 2011, MPOB, 2011.
2. P. D. Turner, Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Pree, 1981.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :