You are currently viewing Nangka Mentah Berpotensi Cerah Dalam Rumusan Pemakanan Manusia

Nangka Mentah Berpotensi Cerah Dalam Rumusan Pemakanan Manusia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Satu ekspo telah dilangsungkan di Dubai tahun lalu dan memperlihatkan dua syarikat dari Singapura dan Sweden menandatangani MoU dengan sebuah syarikat tempatan untuk membekal nangka mentah bagi tujuan menggantikan daging. Nangka mentah iaitu nangka belum matang akan dibekal dengan harga USD 2/kg, tahun pertama membekal RM1 juta kemudian meningkat beransur-ansur ke RM100 juta pada masa akan datang. Justeru itu, nangka mentah kelihatan berpotensi cerah dalam bidang ini dan memberi peluang komersial kepada mereka yang ingin menceburi ke bidang tersebut.

Annie Ryu, seorang pelajar di India pada tahun 2011 pernah mencuba resipi makanan berasaskan nangka mentah. Beliau berasa hairan kerana cita rasanya seakan sama memakan daging. Nangka mentah itu dirumus ke dalam makanan kari pada ketika itu. Pada tahun 2014, beliau membentuk syarikatnya sendiri yang dikenali sebagai The Jackfruit Company sebagai langkah melanjutkan penerokaan bidang tersebut.

Nangka berasal dari India dan kepunyaan keluarga Moraceae iaitu sama keluarga dengan buah sukun, buah tin dan mulberi. la kini semakin disambut baik oleh vegetarian. Pelbagai resipi makanan dapat dirumus dengan menggunakan nangka mentah. Keunikan nangka mentah dalam rumusan makanan ialah rasa gigitan dihasilkan itu padat semacam rasa daging. Bagi mereka berhasrat menukar tabiat memakan daging kepada makanan berasaskan sayuran, rasa nangka mentah itu memberi suatu cita rasa hampir serupa. Keadaan ini memberangsangkan mereka.

Mengikut laporan sebuah majalah di Amerika Syarikat, 25% rakyatnya telah mengurangkan pengambilan daging antara tahun 2014 dan 2015. Nilai pemasaran produk gantian daging meningkat hampir satu kali ganda iaitu dari USD 69 juta pada tahun 2011 kepada USD 109 juta pada tahun 2015.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Menurutnya, walaupun ada syarikat lain terus mempromosi makanan sayuran lain sebagai bahan gantian daging terutama pemupukan pemakanan bijirin dan tauhu, tetapi keadaan ini tidak dapat menghalang The Jackfruit Company, Upton Naturals, Native Forest dan Hain Celestials terus memperkenalkan resipi makanan berasaskan nangka mentah mereka.

Menurut kata seorang penulis dalam sebuah majalah di India, makanan berasaskan nangka mentah bukan sahaja unik dari segi cita rasanya, malahan ia dapat mengenyangkan perut serta kaya dengan khasiat. Kalian sedia maklum, kandungan khasiat dalam buah-buahan bukan sahaja baik-baik belaka, ia juga berpotensi meningkatkan kesihatan manusia. Menurutnya lagi, nangka mentah setelah dirumus menjadi makanan, pengguna berpeluang merasa suatu pengalaman baru seakan memakan daging yang masih melekat di atas tulangnya. Inilah yang mempesonakan.

Menurut kata seorang pakar khasiat yang bertugas di syarikat Whole Foods, nangka mentah kaya dengan serat semula jadi serta berkhasiat tinggi. Pada asasnya, nangka mentah tidak berbau justeru memudahkannya dirumus ke dalam pelbagai jenis makanan.

Namun begitu, sama ada masyarakat Amerika Syarikat dapat terus menyambut makanan ini adalah bergantung kepada aras promosi yang dilakukan. Pengguna masih perlu dididik mengenai kelebihan terkandung dalam makanan ini. Sungguhpun begitu, potensi nangka mentah kini semakin cerah di kalangan vegetarian dan dijangka akan menjadi fokus tarikan yang lebih hebat di masa akan datang.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :