You are currently viewing Memperkasakan Pertanian Moden Melalui Penggunaan Teknologi Terbaharu

Memperkasakan Pertanian Moden Melalui Penggunaan Teknologi Terbaharu

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

PERANAN teknologi terbaharu (emerging technology) di dalam bidang pertanian tidak dapat disangkal lagi.

Ianya sangat penting terutamanya di dalam memastikan sumber pertanian yang dihasilkan dapat menjamin kecukupan bekalan untuk kegunaan pengguna akhir di dalam konteks keterjaminan makanan (food security).

Penggunaan teknologi terbaharu ini merangkumi teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) atau teknologi sistem pintar (smart system), data raya (big data), Internet benda (IoT), teknologi rantaian blok (Block Chain), pengintegrasian sistem (system connectivity), dan komputeran awan serta lain-lain teknologi yang mana selari dengan perkembangan dengan revolusi perindustrian (IR) 4.0.

Faedah yang diperolehi melalui penggunaan terbaharu melalui pertanian moden ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek operasi dan pengurusan sumber yang sistematik.

Ia dikawal oleh sistem aplikasi yang menekankan penggunaan sepenuhnya teknologi yang berkenaan. Dengan yang demikian, penghasilan output pertanian dapat dirancang dan dipercepatkan penghasilannya di dengan menggunakan sumber input yang minimum.

Peranan teknologi baharu di dalam konteks pertanian moden

Penggunaan teknologi terbaharu di dalam konteks pertanian moden boleh dikaitkan dengan penggunaan teknologi maklumat secara giat atau aktif bagi setiap elemen atau teknologi aplikasi di dalam konteks IR4.0.

Ia membolehkan pemegang taruh dalam bidang pertanian seperti petani, pembekal alatan sokongan pertanian, pentadbir seperti pegawai kerajaan dan pengguna akhir yang menggunakan hasil pertanian untuk penggunaan harian mereka.

Bermula dengan penggunaan teknologi data raya dan mengintegrasikan sistem dengan kecerdasan buatan, ianya membolehkan semua pemegang taruh bekerjasama dan berkongsi data serta pengetahuan menerusi pelantar tambahan komputeran awan bagi mendapatkan maklumat serta membuat ramalan secara prototaip dan proses simulasi untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat.

Manakala di dalam kontek teknologi perladangan, peranan Internet benda yang dilengkapi alatan pengesan dan robotik seperti dron membolehkan operasi tanaman atau perladangan dapat digunakan secara atas talian yang dikenali juga sebagai pertanian pintar (smart farming).

Seterusnya pada peringkat pengkomersialan, penggunaan teknologi rantaian blok dilihat sangat sesuai digunakan di dalam kontek mata wang yang berbentuk digital yang dikenali sebagai bitcoin.

Dalam hal ini, sistem perdagangan yang juga dikenali sebagai e-dagang yang membabitkan semua pihak pemegang taruh yang mana dapat dilaksanakan atas talian dan beroperasi secara maya atau masa nyata (virtual reality) pada setiap masa iaitu 24/7 serta di mana-mana tanpa had batasan dan sempadan.

Isu dan Cabaran

Terdapat pelbagai isu dan cabaran di dalam memastikan teknologi terbaharu dapat membantu petani, pengusaha dan pentadbir di dalam urusan pertanian moden yang bercirikan masa depan.

Dalam hal ini, mereka dapat dikategorikan kepada beberapa kategori seperti petani, pembekal dan pihak kerajaan dan pengguna akhir (end user).

Salah satu kategori yang berkait rapat dengan isu ini adalah boleh dilihat dari perspektif petani itu sendiri yang melaksanakan urusan pertanian dengan efisien dan bersistematik.

Ini termasuklah mendapat maklumat dan pengetahuan bagi menjalankan aktiviti pertanian mereka bermula dari peringkat pembenihan sehinggalah ke peringkat tuaian seterusnya memasarkan produk mereka ke pasaran tempatan atau antarabangsa.

Kategori isu dan cabaran ini boleh juga dilihat dari perspektif sistem sokongan di dalam menggunakan teknologi terbaharu bagi membantu petani.

Kategori ini juga dikenal sebagai pembekal alatan dan sokongan seperti pembekal baja, alatan penuain dan sistem aplikasi pintar yang mengawasi proses pertanian dari permulaan penanaman sehinggalah ke peringkat penuain dan pengkomersialan.

Manakala kategori seterusnya boleh dilihat bagaimana untuk menangani isu dan cabaran di dalam kontek kerajaan atau pentadbir yang menyediakan dasar dan melaksanakan kempen dan kemudahan seperti infrastruktur dan pendidikan terutamanya di dalam memperkenalkan teknologi terbaharu bagi kegunaan kategori pengguna yang bermula dari peringkat pengguna akhiri, pembekal, dan petani itu sendiri.

Seterusnya, hasil pengeluaran dan pendapatan dipertingkatkan oleh mereka yang berkepentingan di semua peringkat aliran kerja di dalam proses pertanian moden terutamanya bagi mereka yang kepada terbabit secara langsung ataupun tidak secara langsung di dalam urusan pemerkasaan dan kelestarian pertanian ini.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi terbaharu dilihat sangat berupaya di dalam memperkasakan pertanian negara ke tahap yang lebih cemerlang terutamanya bagi memastikan keterjaminan makanan dapat dipelihara dan diurus dengan efisyen dan berkesan.

Dengan kemunculan teknologi terbaharu ini juga akan mengubah norma lama pertanian kepada norma baharu yang menekankan kepada aspek atau urusan yang lebih berbentuk pendigitalan yang lebih terurus dan bersistematik.

Seterusnya semua pemegang taruh akan memperoleh hasil yang lebih baik dan menjimatkan dari segi penggunaan sumber dan kos selain memastikan hasil pengeluaran dapat diperkasakan dan dilestarikan bagi manfaat semua pihak yang berkepentingan di dalam konteks pertanian moden yang sebenarnya.

 

Sumber maklumat :

Prof Dr. Rusli Abdullah (UPM), My Metro, 11/8/2023

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :