Penggunaan cili dalam masakan sudah mula sejak 7,500 tahun sebelum masehi. Tanaman ini mula-mulanya didomestikasikan di benua Amerika khasnya di Mexico. Peru memiliki kepelbagaian cili yang paling banyak di dunia. Bolivia pula merangkumi paling banyak varieti cili liar yang boleh dimakan.
Walaupun tanaman cili berasal dari Amerika tetapi pada hari ini, Asia menjadi hub pengeluaran utama tanaman ini. Keadaan ini berlaku berikutan penyebaran oleh para pengembara Portugis dan orang Arab semasa menjalankan perdagangan mereka. Cili merupakan produk pertanian yang digemari oleh orang Asia kerana kepedasan yang dibawakan oleh sejenis unsur di dalam yang dikenali sebagai capsaicin.
Pada tahun 2014, Asia menjadi pengeluar utama cili di dunia. Statistik pada tahun itu menunjukkan jumlah pengeluaran cili sedunia adalah sebanyak 33,200,000 tan. Angka ini termasuk cili dan lada. Hampir 80% jumlah pengeluaran ini dihasilkan di Asia.
Tahun 2014 mencatatkan negara China menduduki tempat pertama dalam pengeluaran cili sedunia dengan jumlah pengeluaran 16,100,000 tan. Nyata sekali pengeluaran ini sudah merangkumi 48% pengeluaran cili di dunia. Mexico menduduki tempat kedua dengan jumlah pengeluaran 2,700,000 tan. Jumlah ini hanya 1/6 daripada jumlah pengeluaran di negara China.
Seterusnya jumlah pengeluaran ketiga dimiliki oleh Turki (2,100,000 tan), Indonesia (1,900,000 tan), dan India (1,500,000 tan). Dalam jumlah pengeluaran cili di India, 32% merupakan cili kering dan menjadikan negara itu sebagai pengeluar cili kering terbesar di dunia pada tahun 2014. Tempat keenam dan ketujuh adalah Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan jumlah pengeluaran 1,100,000 tan dan 900,000 tan. Rakyat Sepanyol sangat suka terhadap cili, justeru ramai yang menanaminya di negara itu. Negara China disebabkan oleh jumlah penduduk yang banyak serta kegemaran yang tinggi terhadap cita rasa cili, akhirnya menjadi negara pengeluar utama cili di dunia.
Sumber maklumat :
WorldAtlas.