Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Indonesia, negara jiran yang lebih besar daripada Malaysia sebanyak 6 kali ganda, adalah negara yang banyak menanam buah-buahan tropika. Durian adalah antara 8 buah-buahan terbesar di negara itu. Pada tahun 2013, keluasan tanaman durian merangkumi 56,492 hektar dengan jumlah pengeluaran 86,000 tan. Tanaman mangga di Indonesia berkedudukan tempat pertama dari segi keluasan iaitu 4 kali ganda keluasan durian, diikuti oleh pisang dengan keluasan lebih besar daripada durian sebanyak 65%. Populasi Indonesia mencapai 262 juta orang, kira-kira 7 kali ganda jumlah penduduk Malaysia menjadikan pengeluaran durian tempatan masih tidak dapat menampung permintaan domestik dan perlu diimport dari Thailand, Malaysia dan Vietnam dengan jumlah 4,881 tan (2013). Namun, kebanyakan durian import adalah dari Thailand.
Indonesia mengamalkan kawalan import produk hortikultur dan justeru itu, harga kebun dan harga runcit buah-uahan di negara itu memperlihatkan julat yang besar sehingga 5 kali ganda. Namun begitu, harga durian tetap yang terbaik di antara semua buah-buahan yang ditanami. Keadaan ini telah merangsang penanaman durian dengan skala lebih besar di masa kini dan juga masa akan datang.
Pada hakikat, Indonesia telah meningkatkan pengeluaran durian iaitu 49,200 tan pada tahun 2010 kepada 99,600 tan pada tahun 2015. Keadaan ini dipercayai wujud daripada rangsangan pasaran durian yang semakin cerah dengan harga yang semakin tinggi. Sungguhpun begitu, usaha untuk memperluaskan kawasan tanaman durian bukan perkara yang boleh direalisasikan dalam masa yang singkat, apatah lagi para pekebun durian di negara tersebut kebanyakan masih mengamalkan sistem penanaman secara tradisonal ataupun sistem dusun, tambahan tanaman durian amat sensitif terhadap perubahan cuaca sekali gus memberi cabaran yang besar kepada Indonesia jika pengeluaran buah-buahan ini ingin ditingkatkan dalam masa yang singkat.
Justeru itu, walaupun di masa kini durian sudah menjadi semakin popular sebagai buah-buahan paling bernilai untuk diusahakan, namun dipercayai sementara waktu ini Indonesia masih tidak dapat menandingi pengeluaran durian dari Malaysia dan Thailand.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com