You are currently viewing Baja Nitrogen Memberi Kesan Sampingan Terhadap Prestasi Buah Durian

Baja Nitrogen Memberi Kesan Sampingan Terhadap Prestasi Buah Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Bagi semua baka durian komersial, masalah isi buah separa masak merupakan halangan terbesar untuk mendapat harga pasaran yang baik. Keadaan ini juga termasuk durian Musang King. Isi buah yang bermutu rendah walaupun dari baka Musang King akan mendapat harga pasaran lebih rendah sebanyak beberapa kali ganda daripada harga yang diberikan pada buah berkualiti tinggi.

Tambahan, buah seumpama ini tidak dapat dieksport walaupun dalam keadaan sejuk beku kerana para pengguna di luar negara amat mementingkan kualiti isi buah daripada harga buah. Sebelum ini, ramai orang menganggap hanya baka durian tertentu khususnya D24 yang menghadapi masalah tersebut akibat pengaruh cuaca yang kurang baik, bagaimanapun, masalah yang sama juga berlaku pada durian berkualiti tinggi ini.

Oleh yang demikian, kualiti durian tidak setakat bergantung pada nama baka sahaja, ia tetap dipengaruhi oleh beberapa faktor utama khasnya cuaca dan pembajaan. Keadaan sedemikian menerangkan kualiti isi durian Musang King selalu berbeza mengikut kawasan ekoran cuaca setempat dan amalan agronomi yang berlainan.

Antara sebab yang mewujudkan keadaan di atas itu adalah penurunan hujan lebat sebelum buah masak kerana dalam masa tersebut, kandungan nitrogen dalam tanah meningkat menyebabkan pokok durian cenderung membentuk pucuk dan daun baru dan simpanan karbohidrat terkandung dalam pokok akan disalurkan ke bahagian pucuk dan daun selanjutnya mengabaikan keperluan nutrien buah dan mengganggu kualitinya termasuk gejala isi buah separa masak akan berlaku.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Dengan kata lain, kandungan nitrogen dalam tanah memberi kesan sampingan yang ketara terhadap pengeluaran hasil dan juga kualiti isi buah durian. Dengan kenaikan kandungan nitrogen ini, nisbah karbon/nitrogen (C/N ratio) bertambah kecil dan keadaan ini walaupun memupuk pembentukan pucuk dan daun baru, ia sebenarnya mengganggu kelestarian daun lama menyebabkan buah muda mudah tanggal, pembungaan menjadi lambat ataupun menjejaskan kualiti isi buah, antaranya ialah isi buah menjadi separa masak.

Oleh yang demikian, penggunaan baja nitrogen ataupun baja kompaun berkandungan nitrogen yang tinggi hendaklah dihati-hatikan supaya tidak menjejaskan hasil dan kualiti isi buah sebaliknya. Umumnya semasa pokok durian berada dalam keadaan yang rimbun maka bekalan nitrogen harus dikawal demi memupuk pokok menjana makanan dan disimpan untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil akan datang. Dalam keadaan seperti ini, pokok akan lebih mudah untuk berbunga dan buah tidak mudah tanggal daripada pokok, begitu juga isi buah juga lebih terjamin.

Di peringkat pembuahan, adalah lebih selamat untuk menggunakan baja yang rendah nitrogen ataupun baja SOP khususnya musim hujan yang selalunya mengakibatkan pengeluaran pucuk dan daun baru maka baja SOP yang mengandungi elemen kalium ini boleh digunakan kerana kalium boleh melambatkan serapan nitrogen oleh pokok dan mengurangkan kerugian hasil akibat serapan nitrogen berlebihan oleh pokok yang akan mengakibatkan ketanggalan buah sebelum masak ataupun mengganggu kualiti isi buah.

Nitrogen digalakkan untuk dibekalkan pada pokok selepas musim kutipan hasil demi memupuk pengeluaran pucuk dan daun baru. Dalam masa ini pangkasan daun serta amalan kawalan serangga perosak juga penting kerana daun muda mudah diserangi perosak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :