Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
HAWAR SELUDANG
PENYEBAB
Kulat Rhizoctonia solani
CARA MEREBAK
Air, angin, sentuhan, tanah, tunggul dan perumah sementara.
TANDA-TANDA
Bermula dengan bintik-bintik pada seludang / upih dan daun yang akan membesar dan memanjang menjadi tompok-tompok bewarna putih kekelabuan dan perang di sekelilingnya.
Faktor menggalakkan penyakit hawar seludang
Cuaca yang terlalu panas yang melebihi 25°C. Kelembapan yang tinggi. Pembajaan urea yang berlebihan. Kepadatan tanaman yang tinggi. Masa kritikal ketika umur padi 45 hari.
KAWALAN
: Guna biji benih sihat.
: Jangan membaja Nitrogen berlebihan.
: Jangan guna kadar benih berlebihan.
: Pastikan tapak semaian tidak kering.
: Gunakan racun kimia yang disyorkan seperti pencycuron, difenoconazole atau flutolanil.
: Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram (3g/100g biji benih), benomyl (4g/kg biji benih) atau captan (3g/100g biji benih)
HAWAR DAUN BAKTERIA
PENYEBAB
Bakteria Xanthomonas campestris pv. oryzae
CARA MEREBAK
Biji benih, sentuhan, air, perkakas pertanian dan perumah sementara
TANDA-TANDA
Kecederaan bermula di hujung daun. Warna daun menjadi pucat kemudian bertukar menjadi putih. Bahagian tepi daun beralun. Pada serangan teruk, seluruh daun menjadi kering.
KAWALAN
: Tiada kawalan kimia
: Tanam varieti yang tahan penyakit ini.
: Guna biji benih yang bebas dari penyakit.
: Elakkan penggunaan baja nitrogen berlebihan.
: Musnahkan tunggul, pokok yang berpenyakit dan perumah sementara contohnya rumput miang dan padi batat.
: Bersihkan perkakas-perkakas pertanian sebelum digunakan.
JALUR DAUN BAKTERIA
PENYEBAB
Bakteria Xanthomonas campestris pv. oryzicola
CARA MEREBAK
Air, biji benih.
TANDA-TANDA
Jalur-jalur berair jernih timbul antara urat-urat daun. Bila serangan teruk, daun menjadi kering.
KAWALAN
: Tanam varieti padi yang tahan penyakit.
: Musnahkan perumah sementara contoh padi liar.
BAKANAE
PENYEBAB
Kulat Fusarium moniliforme
CARA MEREBAK
Biji benih, tanah, air, tunggul, perumah kedua
TANDA-TANDA
Pokok padi yang diserang di sawah mengeluarkan sedikit anak yang kelihatan lebih tinggi dan daunnya bewarna hijau pucat. Terdapat akar udara pada ruas. Anak padi akan mati satu persatu. Jika serangan tidak teruk, anak padi akan pulih tetapi menghasilkan buah hampa.
KAWALAN
: Tanam varieti yang tahan penyakit.
: Rawat biji benih dengan racun kulat sebelum menanam seperti benomyl (4g/kg biji benih), thiram (3g / 100g biji benih).
: Rawat dengan air panas (55 °C selama 5 minit selepas 8-12 jam direndam air sejuk).
BINTIK PERANG
PENYEBAB
Kulat Drechslera oryzae (Helminthosporium oryzae)
CARA MEREBAK
Bawaan biji benih, angin, perumah kedua
TANDA-TANDA
Terdapat bintik-bintik berbentuk seperti biji bijan yang bewarna perang
di tepi dan kelabu / keputihan di tengah, pada daun dan buah padi.
KAWALAN
: Tanam varieti yang tahan penyakit ini.
: Pastikan pembajaan yang cukup. Pastikan saliran air baik.
: Musnahkan jerami dan tunggul yang berpenyakit.
: Rawat biji benih dengan racun kulat seperti benomyl (4g/kg biji benih) atau rawatan air panas (55 °C selama 5 minit selepas 8 – 12 jam direndam air sejuk).
KARAH (BLAST)
PENYEBAB
Kulat Pyricularia oryzae
CARA MEREBAK
Angin, biji benih, perumah kedua
TANDA-TANDA
Di atas permukaan bahagian yang diserang, terdapat bintik-bintik berbentuk lonjong dan tajam di kedua-dua hujung. Tengah daun terdapat bintik bewarna kelabu / keputihan dan di tepi perang kemerahan. Pokok akan musnah jika serangan berlaku antara peringkat semaian dengan pemecahan anak maksimum. Buah jadi hampa dan tangkai reput dan patah jika serangan berlaku di pangkal tangkai.
KAWALAN
: Tanam varieti padi yang tahan penyakit.
: Guna biji benih sihat.
: Jangan membaja nitrogen berlebihan.
: Pastikan tapak semaian tidak kering (jika tanaman mencedung)
: Rawat biji benih dengan racun kulat seperti benomyl (4g / kg biji benih)
: Gunakan racun kimia yang disyorkan seperti isoprothiolane dan carbendazim
Sumber maklumat dan foto : Leaflet MADA
Agroharta Fertilizer Sdn Bhd
Tel : 603-3341 2288
Fax : 603-3341 8219
E-mail : admin@agroharta.com.my