Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Pengeluaran hasil sawit bergantung kepada banyak faktor, di antaranya ialah jenis tanah yang ditanami. Umumnya tanah dibahagikan kepada 4 kategori. Kategori keempat amnya dari jenis tanah berpasir atau tanah liat atau tanah gambut mendalam justeru tidak dianggap sesuai untuk tanaman sawit. Oleh sebab itu ia tidak dimasukkan dalam kajian berikut.
Kajian kesesuaian tanah terhadap pengeluaran hasil sawit dijalankan di Indonesia. Tanaman sawit berumur 3 – 25 tahun telah dicatatkan pengeluaran hasil masing-masing di 3 jenis tanah yang ditanami, iaitu tanah kategori 1 – 3. Tanah kategori 1 merupakan jenis tanah subur, mempunyai kapasiti saliran baik serta tekstur tanah juga baik. Tanah kategori 2 ialah jenis tanah yang sederhana subur, boleh dikatakan jenis tanah ini adalah tanah biasa yang tidak menimbulkan masalah besar dalam penanaman sawit. Tanah jenis 3 ialah tanah kurang subur tetapi masih boleh ditanami biarpun kapasiti saliran tidak sebaik mana atau mempunyai kandungan batu ataupun kandungan tanah liat yang agak tinggi.
Dalam ketiga-tiga jenis tanah ini, teksturnya menjadi aspek kritikal yang menyebabkan perbezaan hasil sawit berlaku kerana tekstur yang berbeza mempengaruhi pengembangan sistem akar sawit. Apabila akar tidak dapat berkembang dengan lancar, tumbesaran dan pengeluaran hasil akan terganggu.

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Kajian tersebut menunjukkan perbezaan hasil sawit antara tanah jenis 1 dan 2 serta antara jenis 2 dan 3 masing-masing lebih kurang 2 tan/ha/tahun. Hasil minyak mesokarp dan isirung sawit juga menurun mengikut penanaman di tanah jenis 13. Julat perbezaan hasil minyak ini juga agak tertib. Keadaan ini menyatakan polar hasil DxP agak stabil secara keseluruhan. Hasil sawit yang diperolehi di tanah jenis 1 berbanding jenis 3 adalah lebih kurang 5 tan/ha/tahun iaitu bersamaan dengan pengurangan hasil 15 – 18%. Oleh yang demikian, penanaman sawit juga hendak menimbangkan kesesuaian tanah kerana aspek ini mempengaruhi hasilnya.
Bahan rujukan :
1. Adlin U. Lubis, “Yield potential of DxP oil palm in Indonesia”, Yield potential in the oil palm, editors Dr. V. Rao et al., Porim, 1990.
2. R.H.V Corley and P.B. Tinker, “The climate and soils of the oil palm growing regions”, The Oil Palm, Blackwell Science Ltd, 2003.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336