You are currently viewing Serangan Kumbang Ke atas Pokok Kelapa Dan Kaedah Kawalan

Serangan Kumbang Ke atas Pokok Kelapa Dan Kaedah Kawalan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kebelakangan ini ada kedengaran tanaman kelapa di Terengganu diserangi oleh kumbang ribu tanduk/badak sehingga kematian berpuluh-puluh pokok. Memandangkan harga anak benih kelapa matag kini telah meningkat, ini bermakna satu kerugian besar kepada penanam yang mengalami serangan kumbang ini.


Kumbang tanduk menyerang pokok kelapa, kelapa sawit serta tanaman palma yang lain. Umumnya serangan dibuat ke atas pokok muda dengan mengorek masuk ke bahagian dalaman pokok melalui celah pelepah. Tujuannya ialah memakan tisu-tisu lembut di dalam pokok. Serangan akan menyebabkan daun-daun yang terbuka kemudian kelihatan seperti kipas. Serangan yang serius akan menyebabkan pokok muda mati kerana meristem pokok telah dirosakkan sehingga daun tidak dapat dikeluarkan lagi.

 

Perangkap feromon juga digunakan untuk mengawal kumbang tanduk. Feromon adalah sejenis bahan kimia yang menghamburkan bau kumbang tanduk betina untuk menarik kedatangan kumbang tanduk jantan. Kumbang tanduk jantan akan jatuh ke dalam perangkap itu pada waktu malam. Perangkap feromon dipasang dengan kadar 1 perangkap kepada 2 hektar tanah. Perangkap feromon dipasang pada tiang berukuran 2 meter tinggi di kawasan kelapa. Feromon mesti diganti dalam masa 3 bulan dengan yang baru apabila sudah habis. Periksa perangkap ini setiap dua minggu. Kumbang tanduk yang terperangkap di dalam baldi dimusnahkan. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan populasi kumbang tanduk di ladang kelapa.


Kumbang tanduk bertelur dalam batang kelapa yang reput atau dalam sisa biojisim yang ada di ladang. Oleh itu, untuk mengawal populasi kumbang ini di ladang, tempat pembiakannya mesti dihapuskan. Salah satu budaya kultur yang boleh digunakan ialah menanam tumbuhan penutup bumi supaya menyelubungi media pembiakannya agar ia tidak dapat bertelur di dalam. Tumbuhan ini selain boleh mengawal serangan kumbang, ia juga memiliki banyak faedah dalam memperkasakan prestasi tanaman kelapa.

Terdapat satu cara lain untuk mengawal kumbang tanduk iaitu dengan mengurangkan larva yang ada di ladang. Untuk tujuan ini, lantai pembiakan (breeding ground) boleh dibuat dengan menggunakan 4 batang kelapa berukuran satu meter masing-masing kemudian menyusunnya mengikut segi empat. Di lantai ini ditaburi tinja ayam dan lembu atau habuk kelapa untuk pembiakan kumbang dewasa. Segala larva yang terdapat di dalam lantai itu ditangkap dan dimusnahkan sama ada secara mekanikal atau dengan racun.

Kaedah biologi juga boleh digunakan. Sejenis kulat bernama Metarhizium anisopliae sangat berkesan untuk mengawal kumbang tanduk. Kulat ini berada dalam bentuk serbuk yang kemudian perlu dicairkan untuk tujuan semburan. Kulat ini kini juga dirumus dalam bentuk butiran. Pilihan boleh dibuat untuk memilih mana-mana satu berdasarkan situasi masing-masing. Larva atau kumbang yang terkena kulat ini akan mati. Kulat ini akan berebak di kalangan populasi kumbang tanduk justeru adalah satu kaedah kawalan yang sangat berkesan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Kawalan kimia pula boleh dijalankan dengan meletak 2 biji moth ball serta 3 – 4 butir racun carbofuran di celah pelepah. Racun seperti cypermethrin, acephate atau Nurelle juga boleh disembur di bahagian celah pelepah sehingga basah secara sekali pada setiap dua minggu.

Terdapat satu lagi kumbang yang dinamakan kumbang merah palma atau kumbang gajah yang selalu menelur dalam lubang yang telah dikorek oleh kumbang tanduk. Selepas menetas, larva akan memakan pucuk pokok dan mematikan pokok sekiranya serangan berterusan. Ini kerana pucuk yang diserang akan reput dan bahagian atas pokok akan patah dan meninggalkan batang sahaja. Oleh itu, perhatian harus diberikan terhadap pokok yang berlubang atau luka sama ada diakibatkan oleh kumbang tanduk ataupun perbuatan manusia. Biasanya kumbang merah palma menyerang pokok berumur di antara 3 – 6 tahun walaupun kadang-kadang pokok berumur 2 15 tahun juga diserang.

Sebagai langkah kawalan kimia, suntikan racun serangga seperti Azodrin (monocrotophos) pada batang pokok disyorkan untuk mengawal kumbang merah palma, tetapi buah kelapa tidak boleh dipetik dalam masa dua bulan. Perangkap feromon juga boleh dipasang untuk menangkap kumbang ini.

Dua jenis kumbang lain iaitu kumbang Brontispa dan kumbang Plesispa juga perosak tanaman kelapa. Bagi kedua-dua jenis kumbang ini, ia dapat dikawal dengan racun kimia seperti Nurelle (cypermethrin + chlorpyrifos). Agak sukar untuk membezakan kumbang-kumbang ini kerana masing-masing berbadan leper. Serangan adalah dijalankan oleh larva dan juga kumbang dewasa yang memakan pucuk daun yang belum kembang.

 

Rujukan :

Abdullah Othman et al., Manual Teknologi Penanaman Kelapa, 2009, MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :