Baka durian biasanya dibezakan melalui corak daun dan bentuk buah. Kaedah penentuan ini sangat mudah dan cepat tetapi kadang kala menimbulkan kekeliruan juga. Umpamanya suasana penanaman yang berbeza boleh menyebabkan bentuk luaran buah berbeza sedikit daripada yang asal tetapi mengekalkan isi buah yang sama. Berikutan kemajuan teknologi moden, kini pendekatan bioteknologi dan genetik boleh diaplikasikan dalam penentuan baka durian, di antaranya ialah kaedah menggunakan simple sequence repeat marker (SSR). Kaedah SSR berjaya ditemukan sejak tahun 80-an dan telah dieksperimenkan dalam pelbagai ujian dan memberi hasil kajian yang tepat.
Satu pasukan penyelidik telah mengumpul sampel daun durian daripada 45 pokok kepunyaan 5 ladang durian. Baka-baka yang digunakan dalam kajian ialah D2, D7, D8, D24, D99, D159, D168 (IOI), D188 dan D197 (Musang King). Melalui SSR, pertalian gentik baka-baka ini dapat ditentukan. Daripada peta DNA diperolehi bagi setiap baka, didapati ada persamaan di antara DNA, umpamanya D168 dan D197 adalah sama, begitu juga D7 dan D188 adalah sama, D2 juga sama dengan D10. Keadaan ini menyatakan D168 dan D197 berasal daripada warisan yang sama selanjutnya mengimplikasikan kedua-dua baka ini mungkin sama warisan tetapi telah dipecahkan kepada dua dalam proses sejarah yang panjang yang mungkin ratusan atau ribuan tahun. Perkara ini mungkin betul jika dilihat pada corak kedua-dua hujung buah yang masih mengekalkan sedikit sebanyak persamaan.
Selain itu, peta DNA baka-baka durian ini yang tidak sama juga menyarankan baka-baka D2, D99, D197, D159, D188 dan D7 bukanlah baka kacukan sebaliknya merupakan baka-baka durian kampung jati kerana tidak memiliki peta DNA kacukan di dalam diagram masing-masing.
Oleh yang demikian, untuk mengimbas sejarah warisan baka-baka durian secara lebih mendalam, pendekatan bioteknologi dan genetik boleh digunakan untuk menyempurnakan matlamat ini.
![](https://www.infopertanian.com/wp-content/uploads/2024/06/Ad-BM-240627-GIF-01.gif)
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Sumber maklumat :
Ging Yang Siew et al., “Genetic variation and DNA fingerprinting of durian types in Malaysia using simple sequence repeat (SSR) markers”, The Journal @ the peerJ, Plant Biology, 2018.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350