Hasil sawit adalah sasaran terakhir seseorang penanam sawit dengan erti kata lain, hanya hasil yang akan memberikan pulangan. Hasil sawit pula mengikut corak pengeluaran tersendiri yang dipengaruhi oleh kitaran cuaca. Walaupun air hujan adalah faktor penting dalam pengeluaran hasil, namun ia didapati kurang berkaitan dengan hasil, sebaliknya musim kemarau yang lebih memberi kesan negatif terhadap hasil sawit kerana keupayaan kemarau merendahkan hasil melalui perangsangan mayang betina gugur sebelum masak.
Pembuangan buah tandan muda (ablation) terutama pokok sawit mula matang akan juga mempengaruhi corak hasil sawit dengan cara pengurangan hasil buah tandan segar selepas disingkirkan daripada pokok dengan pahat yang kemudiannya diikuti oleh satu pusingan pembuahan yang lebih banyak. Dengan kata lain, corak penghasilan sawit juga dikaitkan dengan bilangan buah tandan yang dikeluarkan. Sesungguhnya, untuk mendapat hasil sawit yang lumayan, bilangan buah tandan yang dihasilkan adalah lebih penting daripada pengeluaran buah tandan yang berat.
Pengenalan kumbang pendebunga pendebunga Elaeidobius kamerunicus pada tahun 1981 juga telah mengubah corak pengeluaran hasil sawit kerana pendebungaan yang dijalankan oleh kumbang telah memperbaiki pembentukan buah sawit (fruit set) justeru meningkatkan berat buah tandan daripada 11 kg kepada 15 kg. Sebelum pengenalan kumbang pendebunga, corak pengeluaran hasil sawit tahunan ialah satu musim kecil pada bulan Mac dan satu musim utama pada bulan September serta juga satu musim buah melawas melawas pada pada bulan Januari. Selepas pengenalan kumbang tersebut ke ladang sawit, musim utama hasil sawit telah jatuh pada bulan Oktober November dan musim buah melawas jatuh pada bulan Mac.
Hasil sawit juga mengikut umur pokok. Apabila pokok berumur 8-10 tahun selepas ditanam di ladang, hasilnya paling tinggi kemudian akan mula menurun apabila umur semakin lanjut. Ini kerana apabila pokok sawit semakin tua, kecekapan daun menjalankan fotosintesis sudah berkurangan berbanding pokok muda.
Corak hasil sawit juga berkaitan dengan pengeluaran daun (pelepah) pokok kerana setiap pelepah yang dihasilkan akan membawa penerbitan satu mayang sama ada betina, jantan ataupun dwi jantina (hermaphrodite). Oleh itu, pengeluaran hasil sawit dikatakan bergantung juga pada kadar pengeluaran daun (pelepah). Daun yang banyak akan menghasilkan mayang yang banyak sama ada jantan, betina atau dwi jantina.
Jadual 1 menunjukkan pengeluaran hasil sawit di tanah pedalaman dan pesisir pantai juga berbeza kerana tanah pesisir pantai secara umum lebih subur dan lanataran itu menghasilkn tandan sawit yang lebih banyak. Ini juga salah satu faktor yang mempengaruhi corak pengeluaran hasil sawit.
Pokok yang baru matang sehingga umur 10 tahun mempunyai nisbah jantina (sex ratio) yang tinggi malah sehingga 90%. Nisbah jantina dimaksudkan sebagai nisbah mayang betina kepada keseluruhan mayang yang dikeluarkan oleh pokok sawit. Apabila umr pokok berlanjut, nisbah jantina ini akan menurun malah ke tahap 30% dan keadaan ini akan mengurangkan buah tandan yang dihasilkan. Ini juga salah satu faktor yang menyebabkan pokok sawit tua semakin mengalami hasil merosot (jadual 2).
Akhir sekali, hasil sawit juga dipengaruhi oleh stres air, kadar pembuahan, pengkasan berlebihan dan naungan berlebihan dari cahaya matahari yang akan menyebabkan mayang khususnya yang betina gugur. Apabila stres air (kelurangan air) berlaku dan kemasukan pancaran cahaya matahari berkurangan, keguguran mayang (khususnya betina) akan berlaku.
Rujukan :
Mohd Haniff Harun, “Yield and Yield Components and Their Physiology”, Advances in Oil Palm Research, Editor, Yusof Basiron et al., MPOB, 2000, hal. 151-155.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com