You are currently viewing Tanaman Serai Untuk Kegunaan Segar Dan Pengeluaran Minyak Pati

Tanaman Serai Untuk Kegunaan Segar Dan Pengeluaran Minyak Pati

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tanaman serai adalah sejenis rumpai yang juga diusahakan sebagai tanaman saka di banyak negara termasuk India, China, Guatemala dan Brazil. Nilai komersial serai terletak pada pengeluaran minyak pati beraroma. Serai mengeluarkan aroma harum kerana minyak pati yang terkandung di dalam daun. Minyak pati ini berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau seperti limau lemon justeru ia juga dikenali sebagai lemon grass.

Kegunaan pati minyak serai ialah sebagai pewangi bagi sabun, bahan pencuci dan pelbagai hasilan teknikal. Serai menghamburkan bau wangi kerana terdapat sebatian sitral di dalam minyak patinya dan kandungan ini merupakan elemen utama dengan kandungan sebanyak 65 85% selain juga terdapat sebatian lain yang lebih kecil peratusan. Penanaman serai paling sesuai dilakukan di tanah lom berpasir.

Ada dua spesies serai yang boleh dimakan dan juga pengeluaran minyak pati iaitu Cymbopogon citratus yang popular ditanami di Malaysia manakala spesies Cymbopogon flexus pula adalah serai asli yang berasal dari India dan justeru itu lebih banyak ditanam di negara tersebut. C. Citratus dipercayai berasal dari Malaysia dan ia kebanyakan digunakan untuk tujuan perisa makanan di dapur manakala penggunaannya untuk pengeluaran minyak pati jarang dilakukan dilakukan secara komersial di Malaysia.

Untuk menanam serai, anak pokok berakar yang tumbuh daripada rumpun induk berumur 8 – 9 bulan digunakan. Semua daunnya dibuang dan meninggalkan hanya batang sepanjang 15 – 20 cm bersama akar. 2 – 3 batang anak pokok ditanam ke dalam setiap lubang tanaman. Jarak tanaman yang digunakan ialah 0.6 – 1.0 m di antara baris manakala jarak dalam baris ialah 0.3 – 1.0 m. Pemerhatian MARDI mengenai jarak tanaman optimum tanaman serai ialah 1.0 m di antara barsi dan 0.5 m dalam baris yang memberi kepadatan 20,000 sehektar. Kepadatan ini sesuai diamalkan di kebanyakan tanah di Malaysia.


Pembajaan diperlukan dalam penanaman serai kerana tanaman ini juga dikenali penghaus tanah yang bermaksud kuat makan baja, justeru itu di tanah mineral, jumlah baja sebatian yang diperlukan untuk keluasan satu hektar ialah N 100 kg, P 40-60 kg dan K 40 – 80 kg. Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5tan/ha perlu ditabur untuk meneutralkan kemasaman tanah.

Apabila serai berumur 6 8 bulan selepas ditanam, ia boleh dituai untuk kegunaan segar. Akar serta daun dipotong sehingga meninggalkan batang dan upeh daun sepanjang 10 – 15 cm. Serumpun serai biasanya mengandungi 30 – 40 batang yang boleh dipasarkan. Berdasarkan anggaran tanaman 20,000 rumpun sehektar, maka jumlah batang yang boleh diperolehi ialah 600,000 800,000 batang/ha. Jika sebatang dijual dengan harga 2 – 3 sen pun jumlah pendapatan RM10,000 RM20,000/ha/musim boleh diperolehi. Kos pengeluaran pula agak rendah di sekitar RM3,000 – RM4,000/ha/musim sahaja.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Pengeluaran untuk minyak pati pula perlu menuai bahagian daunnya yang diambil daripada pokok di bahagian aras lebih kurang 10 cm dari aras tanah. Pokok yang sesuai untuk dituai bagi pengeluaran minyak pati ialah di atara 6 8 bulan. Sementara itu, batang terus dibiarkan tumbuh untuk pengeluaran semula daun. Tuaian kemudian dijalankan setiap 3 – 4 bulan untuk selama kira-kira 4 tahun. Daun serai yang boleh diperolehi dalam keluasan satu hektar ialah 8 – 12 tan/kali tuaian. Penuaian dua kali setahun akan menghasilkan sejumlah 16 – 24 tan/ha. Pengeluaran daun akan meningkat apabila umur pokok berlanjut sehingga memberi jumlah hasil 32 – 48 tan/ha/tahun.


Proses penyulingan minyak pati juga mudah iaitu menggunakan kelengkapan yang diperbuat daripada besi waja dan berkapasiti kira-kira 250 kg berharga lebih kurang RM10,000. Daun untuk dimasukkan ke dalam bekas sulingan mesti dilayukan 1 – 2 hari kemudian diracik menjadi cebisan kecil. Proses penyulingan ini mengambil masa 2 – 3 jam. Hasil minyak pati yang boleh diperolehi daripada proses penyulingan dianggarkan 0.2% – 0.4% berat daun segar. Menururt anggaran, satu hektar akan menjana 75-100 kg minyak pati setahun.

 

Sumber maklumat :

P. Mansor, “Serai Makan Untuk Kegunaan Segar dan Pengeluaran Minyak Pati”, Teknologi Pelbagai Tanaman, MARDI, 1995.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :