You are currently viewing RUSA SUNDA SAMBAR Sesuai Untuk Diternak Di Malaysia

RUSA SUNDA SAMBAR Sesuai Untuk Diternak Di Malaysia

Penternakan rusa adalah satu bidang yang agak baru di Malaysia iaitu bermula di awal tahun 80-an di ladang ternakan Ijok, Selangor. la belum diusahakan secara meluas mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah kekurangan ilmu mengenai haiwan ini serta cara-cara yang sesuai untuk menggendalikannya. Pada hakikat, bidang penternakan ini didapat mempunyai daya maju yang baik malah lebih baik daripada penternakan lembu dan kambing dari segi keperluan tempat ternakan yang lebih kecil serta mempunyai pertukaran rumput kepada daging yang lebih cekap.

Selain itu, didapati juga rusa lebih mudah diternak berbanding lembu dan kambing kerana lebih tahan lasak terhadap cuuca jika dibandingkan dengan lembu dan kambing yang perlu dikandangkan pada waktu malam. Bagaimanapun, rusa adalah haiwan yang lebih sensitif berbanding haiwan ternakan lain menyebabkan ia dianggap lebih cerewet untuk diternak oleh sesetangan pengusaha. Justeru itu, sistem penternakan yang sesuai adalah diperlukan.

Di negara luar khususnya New Zealand, Australia, New Caledonia dan Kepulauan Mauritius, penternakan rusa dijalankan secara profesional. Namun, kini sistem ternakan untuk rusa lebih mirip menggunakan sistem berpagar supaya ia dapat dikawal dari segi ragutan rumput demi tidak mengancam kelestarian padang rumput yang ada.

Di Malaysia penternakan rusa telah dimulakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk pemuliharaan dan pembiakan. Pada tahun 1978, Ladang Rusa Sungkai di Menderang telah memulakan operasi dengan menggunakan rusa sambar (Cervus unicolor) iaitu sejenis baka rusa tempatan yang dilindungi. Baka ini juga terdapat di negara lain seperti Thailand, Myanmar, Sri Lanka, Taiwan dan selatan China tetapi dengan sebutan nama tempatan berbeza namun nama saintifik tetap sama.

Pada tahun 1990, MARDI telah membawa masuk 4 spesies rusa iaitu Cervus timorensis, Fallow, Axis-axis dan Cervus unicolor ke MARDI Bukit Ridan, Muadzam Shah, Pahang untuk tujuan penyelidikan dan konservasi.

Selanjutnya, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) juga menceburi bidang ternakan rusa dengan membuka 202 hektar di Ladang Balau, Kota Tinggi dengan usahasama dari pelabur dari New Zealand. Sebanyak 2000 ekor rusa tompok (Fallow) telah diimport dari Nez Zealand untuk tujuan ternakan. Kemudian, penternakan rusa terus dikembangkan oleh beberapa agensi kerajaan di Malaysia termasuk di Negeri Sembilan dengan sistem berancang secara bersepadu seperti integrasi dengan tanaman kelapa sawit yang turut meningkatkan permintaan terhadap daging rusa di negeri tersebut sehingga harga pasaran mencecah RM30/kg. Selain daging, tanduk muda rusa atau dikenali sebagai velvet juga produk yang bernilai di pasaran dengan harga jualan sehingga RM120 untuk 100 gram.

Di seluruh dunia, terdapat 10 famili dan hampir 200 spesies rusa yang walaupun menunjukkan perbezaan dari segi tertentu, tetapi masih mempunyai beberapa ciri umum iaitu mengambil tumbuh-tumbuhan sebagai bahan makanan, sesuai hidup di pelbagai bentuk muka bumi, boleh berenang merentasi sungai atau tasik, aktif pada waktu malam, hidup secara berkumpulan dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, hanya beberapa spesies yang sesuai untuk diternak dalam suasana sekitaran khususnya cuaca Malaysia yang mana rusa sunda sambar adalah baka yang paling sesuai untuk tujuan mendapatkan daging. Selain itu, baka rusa ini juga lebih tahan lasak dan sesuai dengan cuaca Malaysia di samping dapat membesar dengan kadar yang cepat iaitu mencecah berat badan 90 kg untuk rusa jantan dewasa manakala yang betina ialah sekitar 60 kg. Bagi tujuan agro-pelancongan, penternakan rusa sika (Cervus nippon) adalah lebih sesuai kerana baka ini mesra terhadap pengunjung serta mempunyai warna bulu dan rupa yang menarik berbanding baka rusa lain.

Rusa Sunda Sambar

Baka rusa ini berasal dari Kepulauan Jawa, Bali dan Timor di Indonesia. Selepas dibawa ke New Zealand dan Australia, ia membiak dengan cepat sekali sehingga kedua-dua negara ini menjadi pengeksport daging dan rusa hidup baka ini ke seluruh dunia. Rusa sunda sambar jantan sahaja yang memiliki tanduk. Menurut pemerhatian, baka ini mudah bersesuaian dengan pelbagai jenis habitat seperti padang rumput, kawasan lembah bersungai, ladang kelapa sawit, ladang kelapa atau kawasan belukar. la makan pelbagai jenis rumput dan biasanya hidup berkumpulan sehingga melebihi 20 ekor.

la dianggap lebih rintang terhadap serangan penyakit kerana tabiat rusa ini yang suka berendam atau berkubang serta meminum kuantiti air yang banyak berbanding dengan kambing. Oleh itu, kolam atau takungan air hendaklah sentiasa dialir keluar dan digantikan dengan air besih.

 

Bahan rujukan :

Khairul Azman Arshad, Penternakan Rusa, DBP, 2015 (cetakan kedua)

Hantar blog ini kepada :