All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Nangka (Artocarpus heteropyllus Lam) buah-buahan tropika kuno ini sudah disebarkan dari India ke Malaysia sejak 145 tahun lalu serta kekal popular sehingga hari ini. Ada 1,000 jenis baka nangka di seluruh dunia. Kerajaan Malaysia telah menetapkan buah-buahan ini sebagai sumber pendapatan baru negara dan petani digalakkan untuk menanamnya. Sehingga kini, nangka ditanam pada keluasan 4,674 hektar di Malaysia. Keluasan ini dianggap sederhana sahaja. Di Negeri Pahang, wujud ladang nangka yang besar menunjukkan buah-buahan ini boleh dikultur secara tunggal atau tanaman selingan dengan tanaman lain seperti durian.
Jika ketinggian pokok tidak dikawal, ia boleh tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Jika keadaan ini wujud, ia akan merumitkan kutipan hasil buah. Pencabangan pokok nangka berlaku agak awal dan membentuk kanopi pokok yang rimbun. Ia mempunyai akar tunjang yang mampu menjalar ke pedalaman tanah. Justeru itu semasa menanam, sistem akar ini hendaklah dijaga baik supaya tidak tercedera dan menjejaskan tumbesaran nanti.
Bunga nangka sangat unik. Bunga betina dan jantan sama-sama berupa putik buah yang kecil. Kadang-kadang susah untuk membezakannya. Namun, bunga betina kebiasaan lebih besar daripada bunga jantan dan tumbuh pada dahan lebih besar supaya dapat memegang berat buah apabila sudah membesar nanti. Bunga jantan amnya jauh lebih kecil dan tumbuh di pucuk muda atau di celah daun. Bunga jantan diselaputi satu lapisan debunga kuning di kulit.
Sebagai buah-buahan tropika tipikal, suhu harian sesuai untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil ialah di antara 27 – 31°C. Taburan hujan di sekitar 2,540mm setahun sangat sesuai untuk pembesaran pokok. Dalam suasana panas seperti di Malaysia, sistem pengairan lebih baik dipasang di kebun kerana tanaman ini biarpun boleh bertahan musim kering selama dua bulan, tetapi jika musim kering berpanjangan, pengairan wajib diberikan bagi mengelak gangguan ke atas pengeluaran hasil. Tanah rata atau tanah sedikit beralun dianggap sesuai untuk tanaman ini, sebaliknya topografi berbukit atau kawasan sering banjir hendaklah dielakkan mengusaha tanaman ini.
Baka nangka di Malaysia termasuk J29, J31 (N.S 1), J32, J33 dan lalin-lain lagi. Baka-baka ini sudah dicadangkan untuk penanaman komersial. Kaedah cantuman mata tunas ke atas pokok penanti biasanya digunakan sebagai kaedah pembiakan buah-buahan ini. Pokok penanti berumur 5 – 6 bulan sudah boleh digunakan untuk proses cantuman. 6 minggu selepas cantuman, pita cantuman di buka. Selepas 3 bulan lagi, anak benih tersebut sudah boleh dipindah tanam di ladang. Menurut piawai Jabatan Pertanian, anak benih untuk ditanam itu hendaklah memenuhi syarat berikut:
1. Ketinggian anak benih tidak kurang daripada 28 – 30 cm.
2. Umur anak benih di antara 4 – 12 bulan.
3. Anak benih hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 helai helai daun yang lengkap.
4. Garis pusat batang pokok di aras 10 cm dari lokasi cantuman itu hendaklah 0.5 cm.
Seperti dikatakan sebelum ini, nangka boleh ditanam secara tunggal atau sebagai tanaman selingan. Dalam sistem tanaman selingan, nangka wujud sebagai tanaman jangka pendek manakala tanaman kekal adalah tanaman saka seperti durian. Apabila tanaman saka semakin membesar, nangka akhirnya perlu ditebang supaya tanaman saka terus tumbuh dengan lebih baik. Berdasarkan sistem ini, corak penanaman yang digunakan ialah segi empat sama. Mula-mula menanam durian pada jarak 12m x 12m. kemudian menanam nangka di tengah-tengah pokok durian itu. Jarak di antara nangka jugalah 12m x 12m (sila rujuk diagram 1). Sistem ini akan memuat 69 pokok durian dan 69 pokok nangka dalam keluasan satu hektar.
Sistem ini menjana kesan naungan kepada pokok durian semasa belum matang. Dua jenis buah dapat dikutip di kebun yang sama. Inilah antara kelebihan sisitem ini. Di negara Thailand, banyak kebun mengamalkan sistem ini kerana kesan diversiti memberi manfaat besar terhadap tanaman dan alam sekitar penanaman khususnya dari segi rintangan penyakit yang lebih baik berbanding penanaman tunggal.
Bagi mereka yang ingin menanam nangka secara tunggal, maka sistem segi tiga sama (9 x 9 x 9m) (sila rujuk diagram 2) memuat 138 pokok/ha atau segi empat sama (9 x 9m) (sila rujuk diagram 3) memuat 123 pokok/ha boleh digunakan. Sistem segi tiga sama dapat memuat lebih 15% pokok/ha berbanding sistem segi empat sama. Justeru itu mana satukah sistem akan dipilih kelihatan sudah jelas dalam hati penanam. Walau bagaimanapun, pemilihan itu dipercayai juga bergantung pada faktor kesesuaian tanaman terhadap sekitaran setempat.
Bagi tanaman ini, pokok tidak perlu tumbuh tinggi untuk pengeluaran hasil. Jika hasilnya wujud di aras tinggi, ia akan menyukarkan kutipan hasil. Lantaran itu, pokok hendaklah dipangkas di aras ketinggian 2.5m dari aras tanah kemudian memangkas juga pucuk air, dahan bertindih, dahan berpenyakit, dahan menegak dan dahan di bawah nauangan cahaya matahari (sila rujuk diagram 4) supaya meningkatkan kemasukan cahaya matahari serta memperbaiki kadar peredaran udara. Amalan ini akan membantu pokok mencapai tumbesaran dan pengeluaran hasil yang optimum.
Pada hakikat, selepas 3 – 6 bulan pokok ditanam di ladang, pangkasan sudah boleh dimulakan. Tujuan utama pangkasan dibuat ialah untuk memperkasa dahan utama dan dahan sekunder kerana kedua-dua bahagian pokok ini yang akan mengeluarkan hasil buah. Dahan-dahan ini hendaklah mendatar serta berjarak seimbang. Dahan bertindih atau tumbuh berdekatan terpaksa dipangkas salah satunya. Jarak antara dahan utama ialah 20 – 40cm. Pangkasan dilakukan setiap tahun kerana pokok tidak mampu mencorak dahannya secara sistematik justeru pangkasan manual hendaklah dilakukan. Pada tahun pertama, hanya satu batang dibenarkan untuk tumbuh kemudian membuang semua dahan yang berada di lokasi lebih rendah daripada 0.5m dari aras tanah. Dahan utama yang dikekalkan itu hendaklah mendatar dan dalam jarak yang seimbang.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Selepas pokok sudah matang, pangkasan terus dilakukan dengan membuang semua pucuk air, dahan menegak, dahan bertindih, dahan cacat serta dahan berlebihan yang tidak produktif (sila rujuk diagram 5). Pembuangan dahan-dahan ini pada hakikat untuk melestarikan tumbesaran pokok ke arah pengeluaran hasil lumayan. Selagi dahan-dahan dan daun yang dikekalkan itu dapat menerima pancaran cahaya mahatari, ia akan membantu pokok menjana makanan lebih banyak melalui proses fotosintesis untuk kegunaan proses pertumbuhan dan pengeluaran hasil. Perlu diingatkan pangkasan tidak boleh dilakukan berlebihan, sebaliknya dibuat secara berperingkat untuk mengelak pokok mengalami stres.
Menurut sumber, keperluan pokok nangka terhadap nutrien NPK akan meningkat saban tahun bermula tahun pertama ke tahun ke-20. Tidak ada perbezaan ketara di antara dos NPK untuk setiap pokok dan setiap tahun. Keperluan terhadap magnesium (Mg) lebih rendah secara ketara berbanding NPK, namun nutrien ini juga meningkat setiap tahun. setiap tahun. Dalam keadaan sedemikian, bekalan nutrien untuk tanaman ini agak mudah, iaitu di peringkat belum matang, baja NPK 15/15/15 atau setimpal dan di peringkat matang membekal baja NPK 12/12/17/2 atau setimpal dijangka mampu memperolehi hasil lumayan.
Selain itu, bekalan baja organik bermula dari dos 10kg/pokok pada tahun pertama sehingga tahun ke-7, kemudian meningkat kepada 40kg/pokok/tahun sehingga akhir hayat ekonominya. Dari segi pengairan, dicadangkan supaya membekal 1.0 – 4.0 liter air/pokok/hari di peringkat belum matang kemudian meningkat kepada 12 – 15 liter/pokok untuk tanaman matang. Pengairan titisan digalakkan untuk tujuan ini kerana penggunaannya lebih cekap sehingga 95% berbanding sistem pengairan lain.
Penjarangan putik buah dilakukan apabila putik tersebut mencapai umur 3 – 4 minggu. Ketika ini putik buah bersaiz 20 – 25 cm panjang dan lebar 6 – 8 cm. Semua buah cacat, berliku-liku dan bengkuk serta putik buah di hujung ranting dibuang sama sekali. Putik buah yang dikekalkan itu kemudian dibalut sama ada dengan kertas ataupun beg plastik. Setiap jambak hanya mengekal sebiji putik buah. Dalam keadaan ini, pokok berumur 5 – 9 tahun dikekal 10 – 15 biji buah manakala pokok berumur 10 tahun ke ats mengekal 15 biji buah sudah memadai. Pengekalan buah terlalu banyak akan menjejaskan kualiti buah malah membebankan produksi pokok.
Pembuahan nangka tidak bermusim sebenarnya, tetapi bulan Okt – Nov amnya merupakan musim besar. Pokok sesudah ditanam 2 1/2 – 3 tahun akan mula berbuah. Di bawah amalan agronomi baik, hasilnya agak lumayan. Menurut anggaran, pokok akan memberi hasil 3 tan setahun pada tahun ke-3, 14 tan pada tahun ke-8 dan 19 tan pada tahun ke-12. Hasilnya kemudian akan menurun ke aras 16 17 tan setahun dan kekal stabil sehingga tahun ke-20.
Amnya, 90 – 95 hari selepas putik buah dibalut, buah akan masak. Tarikh buah masak boleh juga dikira dari 130 – 140 hari selepas pendebungaan disempurnakan. Untuk menentukan buah sudah masak atau belum, kaedah konvensional ialah mengetuknya dengan tapak tangan atau dengan belakang pisau. Jika bunyi padat diperolehi bermaksud buah belum masak. Sebaliknya jika bunyinya berongga bermaksud buah sudah masak. Cara mengesan buah masak juga termasuk pertukaran warna tangkai buah dari hijau tua ke warna coklat serta duri lembut di hujung buah bertambah renggang. Buah sesudah dikutip akan masak dalam masa 3 – 4 hari jika disimpan dalam suhu biasa.
Penggredan nangka mengikut SIRIM ialah buah gred A: 16kg ke bawah, gred B: 8-16kg dan gred C: 4 – 8 kg. Wajah buah sama ada canggih atau kurang canggih sama-sama dimasukkan ke dalam proses penggredan dan bukan bergantung semata-mata pada berat buah sahaja.
Setakat ini nangka Malaysia sudah dieksport ke luar negara tradisi seperti Singapura, Hong Kong dan Dubai. Dubai adalah pintu masuk nangka ke negara-negara Arab dan memainkan peranan penting. Negara-negara berpotensi mengimport nangka Malaysia termasuk Jepun, China dan Korea. Nangka adalah buah-buahan kegemaran orang ramai di arena tempatan dan global. Selagi kualiti buah memenuhi syarat, maka tiada halangan untuk pemasarannya.
Menurut statistik Jabatan Pertanian Malaysia, setakat ini keluasan nangka dalam negara adalah 4,674 ha (2020), pokok matang adalah berkeluasan 3,483 ha iaitu merangkumi 75% jumlah keluasan dengan jumlah pengeluaran tahunan 35,624 tan bernilai RM67 juta. Menurutnya, pengeluaran hasil yang diperolehi semasa ialah 10.2 tan/ha padahal tanaman ini berpotensi menjana 19.3 tan/ha. Hal ini menyatakan masih banyak ruang untuk peningkatan hasil bagi tanaman ini.
Negeri pahang merupakan hub pengeluaran utama nangka (1,860 ha) diikuti oleh Negeri Sembilan (582 ha) serta Johor (575 ha). ketiga-tiga negeri ini merangkumi 65% jumlah keluasan tanaman ini.
Bahan rujukan :
Pakej Teknologi Nangka Malaysia, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 2000.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com