Tahun 1981 adalah detik penting dalam sejarah industri sawit negara kerana kumbang pendebunga Elaeidobius kamerunicus dibawa masuk ke ladang sawit di Malaysia oleh Syed dari Cameroon, sebuah negara di Afrika Barat. Saiz kumbang ini kecil, antara 3 – 4mm, berwarna gelap atau hitam dan menjalankan aktiviti mendebungakan tanaman sawit dengan cekap. Sebelum kumbang ini diperkenalkan, proses pendebungaan sawit amnya dianggap dilakukan oleh angin. Anggapan ini merentang masa selama 40 tahun sehingga Syed menemui kumbang ini dan menggulingkan pandangan tersebut.
5 tahun selepas kumbang E. kamerunicus dibawa masuk, hasil tahunan sawit di ladang Pamol, Johor meningkat 0.5 tan/ha, minyak sawit mentah (MSM) 0.04 tan/ha dan minyak isirung 0.23 tan/ha. Di Sabah, kumbang ini menyumbang peningkatan hasil sawit 3.83 tan/ha, MSM 0.93 tan/ha dan minyak isirung 0.37 tan/ha.
Kumbang E.kamerunicus menghabiskan seumur hidupnya di sekitar bunga jantan sawit kerana debunganya adalah makanan paling digemari oleh kumbang ini. Oleh sebab bau bunga betina sawit hampir serupa dengan bau bunga jantan, ia telah mengelirukan kumbang ini dan turut menghinggapi di atas bunga betina sawit. Aktiviti bergerak antara kedua-dua jenis bunga ini akhirnya menyempurnakan proses pendebungaan.
Syed (1980) pernah melapor badan seekor kumbang jantan dilekati 235 biji debunga manakala kumbang betina 56 biji. Beliau juga menghitung dan mendapati setiap spikelet
sepanjang 12cm dihinggapi 70 ekor kumbang pendebunga, maka satu mayang sekurang-kurangnya mempunyai beratus-ratus ekor kumbang. Populasi kumbang pendebunga mencapai aras tertinggi pada hari ketiga bunga mengembang. Di situ makanan diperolehinya serta menjadi lokasi pembiakan. Pada hari ke-6, debunga sudah lenyap tetapi dalam mayang pula wujud banyak larva kumbang kemudian menjadi pupa dan dewasa. Beginilah caranya kumbang membiak dan mewarisi pendebungaan pada tanaman sawit generasi demi generasi.
Aktiviti kumbang pendebunga bermula pada awal pagi. Aktiviti mula menurun apabila cuaca bertambah panas. Hari mendung dan hari hujan juga memperlihatkan aktiviti yang rendah. Satu bancian selama satu tahun telah dijalankan pada tahun 2004 ke atas pokok sawit berumur 4 tahun, dan didapati populasi kumbang ini paling rendah antara bulan Jan – Mac kemudian meningkat 87% pada bulan April sehingga bulan Jun kemudian menurun pada bulan Julai, kemudian naik semula pada bulan Ogos dan Sept. Bulan Dis mencatatkan populasi tertinggi iaitu melebihi bulan April kira-kira satu kali ganda.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Oleh kerana proses pendebungaan sawit bergantung sepenuhnya pada kumbang E. kamerunicus, maka populasinya di situ sama ada banyak atau sedikit akan mempengaruhi proses tersebut. Populasi kumbang sekiranya rendah, pembentukan buah sawit (fruit set) menjadi tidak sempurna. Buah tandan terhasil itu mungkin akan gugur pada 3 bulan sebelum matang. Memandangkan populasi kumbang tidak sama rata sepanjang tahun, keadaan ini mewujudkan hasil sawit yang juga tidak sama rata setiap bulan.
Kumbang E. kamerunicus mempunyai dua pemusuh semula jadi yang berasal dari spesies nematod. Satu ialah Cylindrocorpus inevectus, ia menghinggap di bawah kepak kumbang ini sebagai penumpang dari satu tempat ke satu tempat tanpa menimbulkan masalah atau bahaya terhadap kumbang. Ia bergantung kepada reputan bunga jantan sebagai bahan makanan justeru kewujudannya tidak menggugat kesejahteraan kumbang. Satu lagi jenis nematod ialah Elaeolenchus parthenonema yang hidup dalam darah kumbang E. kamerunicus di pelbagai peringkat mulai larva sehingga dewasa. Di makmal, eksperimen sudah menunjukkan 40 – 70% kumbang E. kamerunicus akan diserangi nematod ini. Apabila spikelet mayang menjadi basah, kadar serangannya terhadap semua peringkat kumbang adalah lebih tinggi. Namun, kebasahan berlebihan umpamanya hujan lebat akan menghanyutkan nematod ini justeru mengurangkan risiko serangan ke atas kumbang. Gangguan nematod ini ke atas kehidupan kumbang E. kmerunicus juga di tahap boleh dikawal serta tidak perlu dikhuatiri.
Melalui eksperimen, didapati ladang sawit umumnya memperolehi kadar pembentukan buah sawit di antara 60 – 80%. Aras ini adalah petanda yang baik serta menyatakan populasi kumbang E. kamerunicus tidak menimbulkan masalah dalam meneruskan sumbangannya yang penting terhadap kelestarian hasil sawit.
Sumber maklumat :
1. C. I. Aisagbonhi et al, “Preliminary Observations on a Field Population of Elaeidobius kamerunicus the Oil Palm Polinating Weevil, in NIFOR, Benin, Nigeria”, PIPOC 2003.
2. G. T. Lim, “Seasonal Dispersal Pattern of Oil Palm Polinator Elaeidobius kamdrunicus Fst (Coleoptera: Curculionidae)”, PIPOC 2003.
3. Mohd Basri Wahid, “Occurance of the parasitic nematode Elaeolenchus parthenonema in the polinating weevil, Elaeidobius kamerunicus and its possible implication on fruit set”, PIPOC 2003.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com