Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Pekebun dan peladang sawit akan memilih sama ada baja sebatian atau baja tunggal untuk kegunaan ke atas tanaman sawit. Baja sebatian lebih menjimat masa pembajaan kerana pusingan membaja yang kurang daripada baja tunggal ekoran baja sebatian mengandungi pelbagai nutrien di dalam rumusan. Namun, baja tunggal akan digunakan untuk membekal tanah dengan nutrien tertentu yang didapati telah berkurangan. Kos baja tunggal juga lebih murah daripada baja sebatian.
Baja tunggal mengandungi satu atau dua jenis nutrien. Jika didapati tanah kekurangan magnesium, maka kierserite boleh digunakan. Kieserite mengandungi 27% magnesium oksida dan 22% sulfur. Sumber magnesium yang lain ialah dolomite, ia mengandungi 30 – 47% kalsium oksida dan 2 – 18% magnesium oksida. Dari segi harga, dolomite lebih murah daripada kieserite. Keberkesanannya terhadap tanaman sawit adalah berlainan di antara satu sama lain.
Menurut sumber, dolomite sesuai digunakan ke atas tanah masam. Sementara mampu meningkatkan nilai pH, ia juga membekal unsur magnesium ke dalam tanah. Satu eksperimen di Malaysia telah menunjukkan penaburan 420 – 840kg/ha ke atas tanaman sawit berumur 4 tahun yang tumbuh di tanah berpasir masam telah mendatangkan kesan ekonomi yang menggalakkan.
Tang dan rakan-rakan (2001) pernah melaporkan juga penaburan kieserite ke atas tanaman sawit matang di tanah pedalaman telah meningkatkan hasil 9%. Namun jika dolomite digunakan, peningkatan hasil hanya 6% sahaja. Pemilihan sama ada menggunakan kieserite atau dolomite kebiasaan bergantung kepada aras harga minyak sawit. Sewaktu harga minyak sawit rendah, dolomite lebih disambuti oleh pengusaha tanaman.
Mengikut sumber, penaburan kieserite 0.15 0.20kg/pokok akan memperolehi hasil optimum dalam jangka masa panjang. Sehubungan itu, penaburan dolomite berjangka panjang mungkin akan menyebabkan gejala kekurangan magnesium berlaku kerana magnesium dan kalsium mempunyai kesan bertentangan di antara satu sama lain.
Unsur magnesium yang dirembeskan daripada dolomite agak lambat, justeru ia tidak sesuai digunakan ke atas tanaman sawit yang tumbesarannya sangat aktif atau di kawasan yang banyak kekurangan magnesium. Sebaliknya kieserite lebih sesuai untuk kegunaan di kawasan sedemikian kerana kesan tindak balas lebih cepat. Unsur magnesium juga terkandung dalam buah tandan kosong, abu buah tandan kosong serta longgokan pelepah sawit.
Semasa menambah baik keadaan kekurangan magnesium dalam tanah, jika dos keperluan kieserite melebihi 2kg/pokok, maka elok memecahkan kepada beberapa pusingan penaburan. Pembajaan magnesium termasuk kieserite hendaklah dilakukan lebih awal daripada pembajaan kalium. Kalau tidak, kesan bertentangan akan berlaku di antara kedua-dua nutrien ini serta mengganggu prestasi hasil. Pembajaan magnesium berbentuk kieserite ke atas pokok belum matang dicadangkan ditabur dalam bulatan merumput. Bagi pokok matang, ia sesuai ditabur secara meluas ke atas tanah melainkan lorong menuai.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Dolomite pula lebih sesuai ditabur dalam barisan tanaman sawit dan bukannya dalam bulatan merumput. Dolomite membawa kesan meneutralkan kemasaman tanah. Unsur urea tidak harus ditabur segera selepas penaburan dolomite untuk mengelakkan kehilangan N. Urea adalah salah satu sumber N.
Magnesium merupakan nutrien terpenting selepas NPK. Fungsi utama magnesium ialah ia adalah unsur penting dalam pembentukan klorofil. 10 – 35% magnesium adalah terkandung dalam klorofil daun pokok. Selain itu, magnesium juga unsur penting dalam pembentukan protein dan minyak.
Perlu diingatkan bahawa magnesium dan kalium bertindak balas secara songsang di antara satu sama lain, justeru itu dos penaburan kalium jika berlebihan akan merencatkan pengambilan magnesium oleh pokok dan mengakibatkan pembentukan protein dan minyak terjejas. Beberapa hormon pokok juga memerlukan magnesium dalam menjalankan proses mereka. Malahan ia juga melibatkan proses pengangkutan karbohidrat kepada buah tandan sawit. Selepas merawati tanah yang menghadapi kekurangan magnesium, kandungan minyak dalam buah tandan sawit dijangka akan meningkat.
Sumber maklumat :
Kah-Joo Goh and Rolf hardter, “General oil palm nutrition”, Oil Palm-Management for Large and Sustainable Yields, Thomas Fairhurst and Rolf Hardter, PPIC & IPI, 2003.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com