Sistem Zai dibangunkan oleh penanam di negara-negara Afrika Barat seperti Mali dan Burkina di samping mendapat sokongan negara sekitar seperti Niger dan Kenya. la merupakan satu sistem untuk memulihara tanah agar ia sesuai untuk bercucuk tanam. Mulai tahun 1980-an, ia bangkit sebagai teknologi yang penting. Di sekolah malah di institusi penanam, teknologi ini telah disebarkan secara meluas.
Burkina sebuah negara yang miskin, dengan jumlah penduduk sekitar 17 juta orang yang mana cuaca di negara itu berupa gurun Sahara yang tidak sesuai menjalankan cucuk tanam. Dalam setahun, terdapat 4 bulan yang tidak berhujan langsung dengan taburan hujan tahunan sebanyak 300 – 800mm sahaja. Dalam keadaan ini, kerja bercucuk tanam sukar dijalankan dan penanam terpaksa memikirkan cara untuk menyelesaikannya. Sistem Zai adalah penyelesaian.
Melalui sistem ini, tanah digali sedalam 4 – 8 inci serta lebar 8 – 12 inci dengan jarak 24 – 32 inci di antara satu sama lain. Satu hektar akan merangkumi 10,000 lubang justeru merupakan satu strategi berkesan untuk memerangkap air hujan yang menurun agar tidak membazir. Ekoran daripada itu, tanah di situ telah meningkatkan daya pegangan air sebanyak 500 kali ganda. Selepas 5 tahun, tanah turut menjadi subur dan sesuai untuk bercucuk tanam.
Bagi sesetengah penanam, lubang galian itu ditaburi bahan organik seperti tinja haiwan bagi menarik kedatangan anai-anai yang muncul dari bawah tanah sekali gus membawakan nutrien daripada bahagian pedalaman tanah. Saliran di situ semakin bertambah baik dan akhirnya wujud keluasan 200,000 – 300,000 hektar tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam.
Pada tahun 2004 – 2006 selama 3 tahun ini, lubang yang telah ditokok nitrogen telah berjaya meningkatkan tanaman kacang sehingga 250%. Di Mali, teknologi ini berjaya meningkatkan sorghum dan millet sehingga 80-170%.
Sistem Zai ini walaupun berkesan tetapi memerlukan masa yang panjang untuk menggali lubang. Dianggarkan 300 – 450 jam diperlukan untuk menggali lubang bagi kawasan seluas sehektar tidak termasuk lagi masa 250 jam untuk menokok tambah baja ke dalam lubang di situ. Oleh yang demikian, ia adalah satu sistem yang hanya boleh dijalankan secara gotong-royong. Bagi negara maju, kaedah ini kelihatan agak primitif tetapi bagi negara miskin, inilah cara terbaik untuk memulihara tanah agar rakyat tetap dapat hidup dan tidak terjerumus ke alam kelaparan.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350