Banyak varieti durian di Pulau Pinang tidak didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, di antaranya ialah D11. Kod ini bukanlah rasmi tetapi diberikan mengikut keadaan tertentu. Isinya kelihatan menyerupai D24 iaitu kuning cetek serta melekit. Sejarah varieti ini boleh diimbas ke tahun 1909. Mengikut sumber, pokok induk ditanami di pintu masuk Taman Botanik Pulau Pinang. Jelas pokok ini sudah mati dan hanya meninggal tunggul di situ.
Menurut kata keturunan varieti ini, penanamannya berasal dari pengumpulan biji benih D11 dari sekitar Taman Botanik tersebut kemudian ditanami di kawasan lapang di situ.
Oleh kerana sejarahnya sudah lama, ramai tidak mengenali varieti ini melainkan penggemar yang masih setia terhadap cita rasanya. Kesetiaan terhadapnya datang dari kualiti isi buah yang unik iaitu melekit, manis, berlemak serta sedikit pahit. Varieti berperisa seperti ini digemari oleh orang ramai, seperti juga penggemar terhadap D24 yang juga bertekstur sebegini. Malahan lebih daripada itu, isi buah membawa keharuman floral serta juga berperisa kebas semasa penikamtan.
Kulit buah bagi varieti ini agak nipis menyebabkan ia mudah dikopek malah mudah merekah. Bentuk buah adalah melonjong. Buah menampil warna coklat emas atau kuning dalam cuaca panas. Durian ini dicadang untuk dinikmati seawal mungkin selepas gugur, jika tidak, ia mudah menjadi basah dan berair serta kualitinya juga merosot. Begitu juga, keadaan sekitar khususnya semasa cuaca panas, isi buah mudah melembut dengan cepat serta kehilangan bau serta teksturnya yang tebal mengecut. Begini rupanya bagi D11, isinya penuh kelembutan seperti seorang anak dara.
Bahan rujukan :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.