You are currently viewing Beberapa Pandangan Buah Durian Gugur Pra-Matang

Beberapa Pandangan Buah Durian Gugur Pra-Matang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Putik Buah durian atau buah gugur sebelum masak adalah fenomena yang lumrah dalam penanaman durian. Ada pihak mengaitkan kejadian ini dengan masalah fisiologi pokok. Bagaimanapun, kejadian ini tidak dianggap bangkit daripada aspek patologi pokok menyatakan ia bukan disebabkan oleh masalah tersebut. Oleh yang demikian, ia hendaklah dilihat daripada sudut lain.

Pada hakikat, buah durian yang dapat dikutip hasil tidak harus dikaitkan dengan bilangan bunga yang sudah berjaya didebungakan kerana tiada kaitan selari di antara dua faktor ini. Kadar pembentukan buah durian jika dibandingkan dengan buah-buahan lain, kadar tersebut memang jauh lebih rendah. Kajian pernah melaporkana bahawa 3 pokok D8 yang telah didebungakan secara silang dengan D24, buah yang dapat kekal ke peringkat matang hanyalah 5.4% sahaja walaupun pendebungaan silang dikatakan mampu memupuk pembuahan yang lebih tinggi. Perbezaan pendapat ini dipercayai berkaitan dengan bilangan bunga serta corak taburannya di atas pokok.

Sebagaimana diketahui umum, pokok durian memang dapat mengeluarkan bunga dengan banyak. Kecantikan bunga malah mendapat kedudukan yang tinggi di kalangan tanaman. Namun sebiji buah mungkin seberat 1 – 3 kg menyebabkan fisiologi pokok tidak dapat menjamin kesemuanya berbuah ke peringkat matang walaupun pokok kelihatan sangat sihat. Polprasid (1969) malah pernah menunjukkan bilangan bunga yang makin banyak di atas okok mengalami pembentukan buah yang semakin berkurangan.

Oleh yang demikian, sungguhpun pokok mengalami kadar pendebungaan yang tinggi di atas pokok, tetapi fisiologi pokok masih akan menggugurkan sesetengah buah kecil, misalnya ada buah yang telah gugur selepas 9 minggu berada di atas pokok. Selain itu, corak taburan bunga di atas pokok juga berkaitan dengan guguran buah secara lebih awal. Pandangan ini diperolehi daripada kajian penggunaan paclobutrazol dan thiourea ke atas pokok durian selepas 5 minggu dan mendapati taburan bunga yang lebih seimbang di atas pokok telah meningkatkan kadar pembentukan buah.

Pandangan di atas menunjukkan keupayaan pokok pengeluaran buah durian mempunyai had tertentu. Oleh itu, buah yag dihasilkan selalunya jauh lebih rendah daripada jumlah bunga yang ada, malah kurang daripada 3%. Oleh yang demikian, pendebungaan manual dianggap tidak perlu kerana walaupun kadar pendebungaan adalah tinggi, tetapi ia tidak dijelmakan kepada pembentukan buah ke peringkat masak sepatutnya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Selain itu, pengeluaran pucuk baru pokok juga berkaitan langsung dengan buah gugur lebih awal. Pokok durian mempunyai satu fenomena yang tipikal iaitu selepas 3 – 8 minggu berbunga, satu pusingan pengeluaran pucuk baru akan terjadi dan keadaan ini memberi kesan negatif terhadap pembentukan buah kerana saingan makanan di antara putik buah dan pucuk baru menyebabkan buah akan gugur lebih awal. Oleh itu, pengeluaran pucuk baru hendaklah dielakkan pada masa ini bagi mengekalkan buah di atas pokok sehingga ke peringkat matang.

Kaedah ini pernah dikaji dan didapati berkesan. Penggunaan 2500 ppm mepiquat chloride (300g/20 I), KNO3 dan 2500 ppm daminozide dan 500g/20 | baja foliar yang rendah nitrogen (0-52-34) telah berjaya menghalang pucuk baru keluar daripada pokok. Selepas penggunaan KNO3 (pottasium nitrate), buah yang kekal di atas pokok sehingga peringkat masak telah meningkat Tambahan, isi buah juga lebih tebal. Paclobutrazol juga dianggap sejenis bahan yang mampu menyekat pengeluaran pucuk baru pokok durian tetapi kata ini tidak semestinya membawa keputusan yang sama seperti di atas.


Seorang penyelidik durian terkenal di Thailand bernama Salakpetch et al. (1992) pernah membuat kajian terhadap kadar pembentukan buah dengan menggunakan 4 bahan berbeza kemudian dibandingkan dengan plot kawalan. Kesemua bahan ini telah bejaya meningkatkan kadar pembentukan buah durian. Misalnya penggunaan glucose-humid acid telah meningkatkan kadar pembuahan sebanyak 54% berbanding plot kawalan. Bahan baja yang rendah nitrogen (0/52/34) walaupun dapat menyekat pengeluaran pucuk baru pokok durian tetapi pada masa yang sama telah meningkatkan buah yang bentuknya tidak normal selanjutnya menurunkan nilai pasaran. Penggunaan paclobutrazol pada kadar 250 ppm dan 500 ppm telah berjaya meningkatkan hasil buah. Voon et al. (1992) pernah melaporkan penggunaan paclobutrazol pada kadar 1,000 ppm di permulaan musim pembuahan terhadap durian Chanee telah berjaya menghasilkan buah yang paling banyak tetapi jika digunakan pada akhir musim ia hanya meningkatkan sedikit sahaja hasil buah. Kalau dos tersebut ditingkatkan, ia membawa kesan penurunan hasil buah pula.


Buah gugur lebih awal juga berkaitan dengan pendebungaan sesama baka. Sungguhpun kajian menunjukkan debunga sama baka mampu melekat pada stigma bunga betina dan menjayakan pendebungaan, tetapi ia tidak dapat mengekal lama kerana ada buah yang gugur 10 hari selepas pendebungaan berlaku. Baka di Thailand seperti Gumpun dan Luang juga gugur dalam masa 3 minggu selepas pendebungaan. Bagaimanapun, baka Kob pula menghasilkan bentuk buah yang tidak normal.

Oleh itu, aspek ini didapati memang ada kaitan dengan kadar buah yang terbentuk di atas pokok tetapi ia tidak boleh dikaitkan secara mutlak dengan proses pendebungaan kerana memang ada baka yang mampu menjalankan pendebungaan sesama baka, umpamanya D99 adalah baka yang tidak perlukan pendebungaan silang manakala baka Gumpun dan Luang adalah perlu bagi meningkatkan kadar pembuahan.

Rujukan :

Michael J. Brown, Durio-A Bibliography Review, International Plant Genetic Resource Institute, pp. 63-68.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :