Semasa kami mengunjungi kebun durian di merata-rata tempat di Malaysia, pengusaha tanaman sering menerangkan cara mereka menanam serta menjaga pokok durian. Kebanyakan mereka tetap menggunakan baja butiran NPK sama ada mengikut dos rekomendasi ataupun membuat pelarasan sendiri mengikut keadaan semasa pokok. Mereka telah mengetahui cara meninjau keadaan luaran pokok supaya memastikan pokok tiada kekurangan nutrien. Perkara ini mudah dilakukan iaitu melalui tinjauan ke atas pertukaran warna daun.
Ada pihak juga mengambil berat terhadap kecergasan pokok. Pokok yang subur amnya lebih cergas berbanding pokok lemah. Justeru itu baja foliar khasnya jenis yang mengandungi kalsium, magnesium dan boron akan disembur ke atas pokok. Amalan ini bertujuan melestarikan kesuburan pokok. Bagi meningkatkan lagi prestasi tumbesaran pokok, baja foliar yang mengandungi abstrak rumpai laut, kandungan asid amino serta NPK pada kadar bersesuaian juga digunakan.

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Pada hakikat, hakikat, pokok durian jika setakat bergantung kepada baja butiran yang ditabur di permukaan tanah kelihatan tidak mencukupi. Ini kerana pada masa tertentu, pokok akan menghadapi kekurangan nutrien ekoran cuaca buruk dan tidak menentu. Misalnya ketibaan musim kering berpanjangan akan menyebabkan pengambilan nutrien daripada baja butiran menurun akibat kekurangan kelembapan. Dalam tempoh masa ini, baja foliar perlu disemburi. Baja foliar yang sedia ada dalam bentuk cecair mudah diambil oleh tanaman melalui liang udara pada daun. Justeru itu, selepas semburan baja foliar, pokok biasanya kembali cergas dalam masa yang singkat.
Demi keselamatan, penanam amnya tidak menggunakan penggalak pertumbuhan yang spesifik dalam usaha membesarkan pokok mereka. Sebaliknya mereka membiarkan pokok membesar secara semula jadi serta beransur-ansur mengikut peringkat masing-masing. Hanya baja butiran NPK dan baja foliar digunakan dalam tempoh masa ini. Pokok durian dalam keadaan normal akan mulai matang selepas 4 – 5 tahun ditanam. Inilah tempoh masa yang sering diberikan oleh penanam. Pengamalan sedemikian akhirnya berjaya melihat pokok mulai mengeluarkan bunga dan buah. Pembungaan dan pembuahan juga jarang dilakukan sesuatu melainkan hanya memastikan baja yang diberikan adalah mencukupi.
Sebagai rumusan, tumbesaran pokok durian dipercayai lebih baik dikultur dengan cara yang sihat iaitu membekal baja butiran NPK, air dan baja foliar yang cukup. Pokok yang sudah subur secara automatik akan mengeluarkan hasil apabila masa matangnya sudah tiba. Sehubungan itu, penjagaan bentuk dan saiz pokok juga hendak dilaksanakan melalui pangkasan bersesuaian dengan peringkat umurnya. Pangkasan sangat penting supaya menghasilkan pokok yang berhasil lebih tinggi berbanding pokok tidak dipangkas. Bahagian pokok jika terlindung daripada penerimaan pancaran cahaya matahari amnya kurang berfungsi serta kurang produktif justeru ia dipangkas bagi menjimat sumber makanan pokok dan sebaliknya boleh disalur kepada bahagian pokok yang lebih produktif.