Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
MPOB melalui ujian selama 10 tahun dengan menggunakan 5 orang tenaga pekerja serta perbelanjaan RM79,000 telah mendapat keputusan mengenai kadar baja optimum yang diperlukan oleh tanaman kelapa sawit supaya memberi hasil yang maksimum. Dalam ujian tersebut, baja tunggal sahaja digunakan agar keperluan nutrien dapat diketahui secara berasingan. Hanya baja N, P dan K sahaja diuji dalam kajian ini dan laporan ringkas keputusannya tidak menyebut tentang nutrien sekunder dan surih. Justeru itu dipercayai bahawa nutrien-nutrien sekunder dan surih adalah berada pada tahap yang normal supaya tidak mengganggu keputusan ke atas ujian N, P dan K (kod Verifikasi Pembajaan : BD1-2.5.5).
Bekalan ammonium sulphate sebagai sumber nitrogen (N) tidak menunjukkan kesan ketara ke atas penambahan hasil buah tandan segar dan komponennya. Sebaliknya bekalan rock phosphate sebagai sumber fosfat (P) telah meningkatkan hasil sawit melalui penambahan bilangan dan berat buah tandan segar. Penggunaan rock phosphate berterusan pada kadar 3kg/pokok/tahun telah menaikkan hasil buah tandan segar sebanyak 18.7%, atau bersamaan dengan penambahan hasil buah 2.14 tan/ha/tahun. Kadar pembajaan ini sekiranya dinaikkan dari 3kg kepada 6kg/pokok/tahun maka hasil buah tandan segar selanjutnya bertambah sebanyak 11.38% atau bersamaan 1.9 tan/ha/tahun.
Bekalan baja kalium (K) juga didapati meningkatkan hasil sawit melalui peningkatan bilangan buah tandan. Kalium jenis muriate of potash (MOP) jika digunakan pada kadar 6kg/pokok/tahun didapati mendatangkan hasil malah lebih rendah sebanyak 7% (bersamaan 0.94 tan/ha/tahun) berbanding dengan kadar penggunaan pada 3kg/pokok/tahun.
Sumber Maklumat :
Laporan Tahunan 2010, MPOB
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com