You are currently viewing Aplikasi Baja Sebatian Butiran Secara Menabur Memberi Kesan Terbaik

Aplikasi Baja Sebatian Butiran Secara Menabur Memberi Kesan Terbaik

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Aplikasi baja secara menabur di bawah pokok adalah amalan biasa pengusaha tanaman sawit. Ekoran kekurangan pekerja ladang, pusingan membaja yang banyak dalam setahun sudah menjadikan beban. Membaja secara menanam adalah alternatif kepada amalan biasa kerana pusingan membajanya lebih rendah. Tambahan menanam baja juga dapat mengurangkan kehilangan baja melalui hakisan. Oleh itu kaedah pembajaan ini sering dibangkitkan di kalangan pengusaha tanaman sawit.

Sebahagian mereka ini berpendapat menanam baja di ladang sawit belum matang memberi hasil yang lebih tinggi. Namun, Soon dan Hoong pernah melaporkan kaedah ini didapati tiada kelebihan berdasarkan hasil eksperimen mereka termasuk tanaman sawit belum matang di Sabah. Ada pihak pula mengatakan menanam baja sedalam 10 cm menurunkan pula pengambilan nutrien oleh sistem akar sawit.

Lembaga Minyak sawit pernah menjalankan satu eksperimen selama 6 tahun ke atas sawit belum matang di tanah pedalaman berteres kerana kecerunan tanah melebihi 20 darjah. 5 jenis baja telah digunakan termasuk baja sebatian butiran 12/12/17/2+B, sebatian kompak 10/5.4/16.2/2.7/0.5B, dua rumusan baja rembesan perlahan 16/8/9/3 dan 21/7/8/2 dan baja tunggal. Satu plot kawalan juga disediakan dengan cara menabur baja dalam bulatan merumput. Plot eksperimen yang lain pula menggali 3 lubang sedalam 10 – 15 cm di bawah pokok berjarak 1.5 meter dari pangkalnya.

Hasil eksperimen itu menunjukkan aplikasi baja sebatian butiran secara menabur memberi kesan terbaik termasuk juga pertumbuhan vegetatif, berat kering pelepah, kadar pertumbuhan daun dan keluasan daun masing-masing berada di aras lebih tinggi. Sehubungan itu, baja tunggal yang ditanam memberi kesan paling rendah.

3 tahun hasil terkumpul turut menunjukkan, baja sebatian butiran yang diaplikasi secara menabur memberi hasil paling tinggi selepas 5 tahun pokok ditanam mencatatkan 20.5 tan/ha. Hasil ini lebih baik daripada aplikasi baja secara menanam. Dengan kata lain, baja sebatian butiran berjaya meningkatkan bilangan buah tandan serta berat puratanya manakala baja ditanam lebih rendah prestasinya.

Semua baja yang ditanam tidak menunjukkan perbezaan ketara di antara satu sama lain. Pokok yang ditanam selepas 5 tahun menunjukkan kaedah menanam baja hanya memberi hasil buah 8.5 tan/ha, baja sebatian kompak 13.6 tan/ha dan baja rembesan perlahan masing-masing mencatatkan 11.5 tan dan 12.3 tan/ha.

Analisis daun yang dijalankan itu turut memberi kredit kepada aplikasi baja sebatian butiran secara menabur kerana kandungan N dan P dalam daun yang lebih tinggi secara ketara. Aplikasi baja secara menanam kurang berkesan agaknya berpunca daripada kekurangan persentuhan dengan sistem akar sawit.

Berdasarkan penemuan ini, maka boleh dikatakan aplikasi baja sebatian butiran di kawasan sawit berteres di kawasan pedalaman secara menabur adalah lebih baik daripada aplikasi baja secara menanam. Baja tunggal tidak disyorkan untuk aplikasi secara menanam kerana prestasi tumbesaran, hasil dan kandungan nutrien dalam daun masing-masing berada di paras yang rendah.

 

Sumber maklumat :

Zin Z Zakaria et al., ‘Fertilizer Management For Immature Oil Palm Planted On An Inland Terraced Soil’, MPOB TT. NO. 307, 2006.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :