Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Hasil lateks dari pokok getah boleh ditingkatkan melalui kaedah menetapkan sasaran. Dengan cara ini motif untuk mendapat lateks disasarkan boleh tercapai di samping juga menjaga pengeluaran lateks secara bepanjangan dan juga menjaga kesejahteraan pokok. Pengeluaran lateks pokok getah dipengaruhi oleh faktor-faktor tententu seperti genetik pokok, umur pokok, keadaan panel torehan, teknik menoreh, hari menoreh, amalan agronomi dan sebagainya. Faktor-faktor ini yang mengawal penghasilan lateks.
Jika dilihat pengeluaran lateks pokok setiap bulan, maka didapati pengeluaran lateks sesuatu baka pokok adalah mengikut corak pengeluaran masing-masing iaitu ada masa pengeluaran genting, sederhana dan juga sedikit. Umpamanya kajian ke atas RRIM 901 menunjukkan sepanjang tahun penghasilannya, bulan Jan-April ketika daun tua sedang menggugur dan daun muda sedang tumbuh memberi hasil lateks sedikit merangkumi 21% daripada lateks keseluruhan tahun, bulan Mei – Ogos mengeluar lateks secara sederhana dengan kadar 33% ekoran penambahan klorofil di dalam daun dan meningkatkan hasil dan, bulan Sept Disember menghasilkan lateks yang merangkumi 46% keseluruhan penghasilan tahunan ekoran kandungan glukos dan klorofil berada di tahap paling optimum di peringkat masa ini.
Namun begitu, bukan semua kawasan adalah serupa, umpamanya kawasan pantai timur Malaysia disebabkan oleh tiupan angin monsun memberi hasil untuk 6 bulan dalam setahun yang lebih rendah. Ini satu keadaan yang berbeza dengan pantai barat Malaysia.
Oleh yang demikian, untuk mendapat hasil lateks seperti disasarkan, maka data mengenai potensi baka pokok, taburan hujan, keaaadn musim kering, analisis tanah dan daun serta tindak balas pokok terhadap penggalak lateks perlu diketahui. Data yang lengkap akan membantu dalam penyasaran pengeluaran lateks pokok. Dalam keadaan ini, maka ada dua perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu penggunaan baja untuk menokok tambah nutrien yang mengalir keluar melalui lateks serta penggunaan penggalak lateks untuk meningkatkan pengeluaran lateks secara cepat. Sebagai pengetahuan, penghasilan lateks kebangsaan telah meningkat dari 980kg/ha/tahun pada tahun 2003 kepada 1,300kg/ha/tahun pada tahun 2004 ekoran penerapan kaedah torehan yang lebih moden termasuk penggunaan penggalak lateks serta amalan torehan yang lebih sempurna seperti peningkatan hari menoreh.
Umumnya, untuk menyasar penhasilan lateks pokok, beberapa parameter telah digunakan seperti baka pokok, hasil lateks semasa, umur pokok, panel torehan, bilangan penoreh dan pendapatan sasaran. Bagaimanapun, data analisis tanah dan daun wujud pula sebagai data berbantu untuk program pembajaan.
Mengikut pengetahuan umum, RRIM 901, RRIM 936 dan PB 260 memberi hasil lateks yang meningkat setiap tahun dalam 5 tahun kutipan hasil pertama. Ketiga-tiga klon getah ini mencatatkan penghasilan lateks paling tinggi pada tahun kutipan hasil ketiga dan keempat (Jadual 1). Dari jadual ini jelas kelihatan RRIM 936 mengeluarkan hasil 2,700kg/ha pada tahun kutipan hasil ketiga dan 2,670kg/ha pada tahun kutipan hasil keempat mendahului penghasilan lateks dua klon yang lain. Namun, penghasilan lateks untuk 2 tahun kutipan hasil pertama dan kutipan hasil tahun kelima tidak jauh berbeza dengan 2 klon getah yang lain. Data ini diperolehi melalui kepadatan pokok 350 pokok /ha dan hari menoreh 147 hari setahun.
Penggambaran di atas mengenai penghasilan lateks 3 klon getah adalah diperolehi melalui ujian ladang yang dikawal dengan baik. Di ladang biasa yang mana amalan mungkin lebih rendah, maka pengeluaran hasil ketiga-tiga klon pokok mungkin perlu direndahkan 30%, maka itu pengeluaran hasil lateks RRIM 901 yang disasarkan ialah 1,560kg/ha/tahun, RRIM 936 pada 1890kg/ha/tahun dan PB 260 pada 1,589kg/ha/tahun. PB 260 kurang bertindak balas terhadap penggalak lateks, oleh itu pengeluaran hasil tentu lebih rendah.
 Seperti yang dikatakan, penggunaan penggalak lateks dapat meningkatkan hasil lateks. Kaedah ini digunakan untuk mencungkil potensi hasil pokok. Umpamanya penggalak etefon 2.5% (ET 2.5%) adalah produk yang lebih lama dikeluarkan dan disarankan penggunaan 3 kali setahun dengan selangan 3 bulan dan berhenti mengguna semasa musim luruh daun. ETBF 2.5% pula produk lebih baru dicadangkan digunakan pada setiap 45 hari dengan jumlah penggunaan 6 kali setahun kecuali bulan luruh daun atau boleh dipilih untuk menggunanya sama ada antara bulan Jun – Nov / Julai – Dis / Ogos Jan dengan kekerapan penggunaan 30 hari/kali sebanyak 6 kali setahun. Prestasi kedua-dua penggalak lateks ini diturunkan di jadual 2.
10 – 14 hari Selepas penggunaan ETBF 2.5%, penghasilan lateks akan meningkat dengan ketara. Dari jadual 3, jelas kelihatan penggalak lateks ini meningkatkan lateks 10 – 80% pada setiap kali menoreh. Kesan penggalakan kemudian akan menurun. Sebab itu, penggalak ini perlu digunakan dalam tempoh ditetapkan. ETBF 2.5% juga boleh digunakan ke atas pokok muda. Ia digunakan mengikut teknik yang disyorkan bagi memelihara penghasilan lateks yang normal.
Jika penggalak lateks tidak digunakan dengan cara yang betul seperti meningkatkan kekerapan penggunaan serta pokok tidak ditokok tambah baja, maka sudah tentu akan menyebabkan penyakit kering kulit berlaku sebagaimana sudah diketahui melalui kajian. Peningkatan kekerapan penggunaan penggalak lateks tidak disyorkan kerana akan meningkatkan risiko kemunculan penyakit kering kulit di samping menghabiskan sel pengeluaran lateks pada pokok. Potensi pengeluaran lateks ekoran penggunaan penggalak lateks ditunjukkan di jadual 3.
Satu cara meningkatkan hasil lateks ialah membanyakkan hari menoreh. Perkara ini difahami oleh penoreh dan dipercayai sedang diamalkan oleh ramai penoreh untuk meningkatkan pendapatan masing-masing. Memasang pelindung hujan pada pokok juga dapat membantu aktiviti penorehan dan pengeluaran lateks di musim hujan.
Kesimpulan
Pendapatan penoreh getah boleh disasarkan. Apabila sudah ada sasaran, maka usaha selanjutnya akan dijalankan. Ini perkara biasa dalam psikologi manusia. Seperti dikatakan, mengguna penggalak lateks dengan betul, meningkatkan hari menoreh dan menokok tambah baja merupakan tiga perkara penting dalam mencapai pendapatan sasaran. Objektif utama membuat sasaran penghasilan lateks ialah mencungkil potensi penghasilan lateks dari pokok sambil menjaga kesejahteraan pokok, bukannya melalui penggunaan penggalak lateks secara berlebihan yang selanjutnya akan meningkatkan risiko kemunculan penyakit kering kulit.
Sumber maklumat :
Mohd Akbar Md. Said, “Harvesting the yield targeted”, Proceedings Rubber Planters Conference 2005, Malaysian Rubber Board, 2005.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com