You are currently viewing Keperluan Nutrien Sekunder dan Surih Bagi Sawit Di Tanah Gambut

Keperluan Nutrien Sekunder dan Surih Bagi Sawit Di Tanah Gambut


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Keperluan Kalsium dan Magnesium

Paras kalsium (Ca) dan magnesium (Mg) di tanah gambut amnya berada di aras yang normal. Oleh itu kedua-dua nutrien ini tidak memberi kesan kepada tumbesaran pokok di situ. Namun, penaburan kalium pada kadar yang banyak mungkin akan mengurangkan paras Mg dan oleh itu, penaburan Mg mengikut kadar sederhana adalah perlu.

Keperluan Nutrien Surih

Gejala mid-crown chlorosis dan peat yellow merupakan dua petanda yang disebabkan oleh kekurangan nutrien zink dan kuprum di tanah gambut. Tokok tambah kedua-dua nutrien di peringkat awal dapat mengelak daripada wujudnya gejala tesebut. Kaedahnya ialah menabur 15g copper sulphate dan 15g zink sulphate ke dalam lubang tanaman selepas pindah tanam kemudian menabur lagi kedua-dua nutrien ini pada kadar 200g masing-masing dalam bulatan merumput.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Nutrien Mangan (Mn) dan besi (Fe) amnya tiada kekurangan di tanah gambut tetapi ini tidak bermakna ia tidak perlu digunakan sepanjang masa. Umumnya nutrien surih diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Nutrien surih yang terkandung dalam baja sebatian mungkin tidak cukup menyeluruh untuk menangani keperluan sawit terhadap nutrien surih. Oleh yang demikian, ada baiknya jika menggunakan sahaja rumusan baja surih lengkap yang mengandungi semua nutrien surih.

Sumber maklumat :

Mohd Tayeb Dolmat. Technologies for Planting Oil Palm on Peat, MPOB, 2005.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com