PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com
Website: www.pppagrotech.com
Pegaga (Centella asiatica L.) sejenis herba masyarakat Melayu yang kini semakin digemari di kalangan orang ramai termasuk kaum Melayu, Cina dan juga India. Masyarakat Melayu makan pegaga segar segar sebagai ulam. Selain itu, pegaga juga sesuai diproses menjadi pelbagai produk kesihatan badan dan kosmetik khususnya di negara-negara maju.
Kini pegaga diusahakan secara kecil-kecilan oleh petani, ada yang juga mengusahakan secara komersial untuk dijadikan bahan mentah kepada produk perubatan tradisional. Terdapat 3 spesies pegaga, namun yang lebih terkenal ialah spesies Centella asiatica kerana dapat mengubati beberapa jenis penyakit. Di Malaysia, kultivar yang lebih popular ialah nyaonya, kampung (embun) dan juga salad.
Tanaman pegaga amat mudah hidup di pelbagai jenis tanah asalkan tanah itu tidak terlalu berpasir atau terlalu liat. Untuk penanaman komersial, ia dicadangkan tanam di atas batas dengan jarak tanaman 20cm di antara baris dan 20cm dalam baris. Ini akan menampung 125,000 pokok di kawasan seluas satu hektar dengan kos untuk bahan tanaman sebanyak RM22,800/ha.
Baja tahi ayam boleh digunakan dengan syarat ia ditabur di atas batas 4 – 5 hari sebelum penanaman pegaga dengan kadar 8.75 tan/ha. Inilah baja asas. Sebulan kemudian, baja tahi ayam tetap ditambah pada kadar 3.75 tan/ha. Baja organik lain seperti 8/8/8/3 juga boleh digunakan bersama tahi ayam mengikut kadar 1.5 tan organik dan 5 tan tahi ayam. Sebulan selepas itu, 1.5 tan baja organik diberikan. Baja kimia seperti 15/15/15 boleh digunakan sebagai pengganti baja organik iaitu penaburan 250 kg/ha masing-masing pada 3 minggu dan 7 minggu selepas tanam. Bagi tanah yang masam, pengapuran dijalankan dengan kadar 2 tan/ha digaul ke dalam tanah.
Bahan tanaman pegaga adalah terdiri daripada pokok matang yang mempunyai akar, tangkai dan daun. Setiap perdu pegaga yang mempunyai 8 – 10 helai daun sesuai digunakan dengan cara terus ditanam di atas batas tanpa perlu dikultur dalam batas semaian. Bahan tanaman 11 – 12 tan diperlukan untuk kawasan seluas satu hektar.
Memandangkan sistem akar pegaga sangat cetek, maka pengairan amat penting terutama semasa 2 minggu selepas ditanam dan disiram setiap hari jika tidak berhujan. Selepas 2 minggu ditanam, pengairan boleh dikurangkan kepada 2 – 3 hari sekali.

Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Bagi mengawal mengawal rumpai di batas, raun pracambah seperti Dual 720 digunakan bagi membunuh anak biji benih rumpai. Selepas 2 minggu, rumpai yang tumbuh boleh dicabut secara manual. Namun, penggunaan sungkupan batas sebelum menanam lebih berkesan bagi mengawal rumpai di samping menjimat tenaga merumput kelak.
Dua penyakit sering menyerang tanaman pegaga di kawasan yang lembap dan basah. Penyakit ini ialah layu bakteria yang hanya dapat dikawal melalui mencabut pokok-pokok yang diserangi agar mengurangkan rebakan. Penyakit lain ialah reput akar yang boleh dikawal dengan semburan racun seperti benlate. Serangga perosak belalang dan whitefly juga menyerang pokok pegaga, namun ia boleh dikawal dengan semburan racun seperti Confidor.
Penuaian dijalankan 80 – 90 hari selepas menanam. Tanaman ratun dituai 50 – 60 hari selepas penuaian sebelumnya. Keseluruhan pokok dicabut apabila lebar daun daun telah mencapai saiz maksimum iaitu 4.0 – 4.5cm. Perlu diingatkan bahawa hanya 60 – 70% pegaga matang yang boleh dituai manakala 30 – 40% ditinggalkan di atas batas untuk pertumbuhan musim seterusnya sebagai tanaman ratun. Kebiasaan keseluruhan batas akan dipenuhi dengan tanaman ratun 3 – 4 minggu selepas penuaian.
Hasil penuaian musim utama adalah dalam anggaran 22,610 kg/ha manakala musim ratun memberi anggaran hasil 25,650 kg/ha bergantung kepada keadaan cuaca dan perkara lain seperti kawalan penyakit.
Pegaga yang dituai dan untuk tujuan pengeluaran produk siap seperti teh herba atau pengekstrakan bahan aktifnya, ia terlebih dahulu dibersih dan diletakkan ke dalam rumah pengeringan pada suhu 40 C selama 21 jam manakala untuk penjualan segar, ia dibersih dan digredkan kemudian diikat pada 5 kg/longgok untuk dipasarkan.
Sumber maklumat :
Zainal Abidin Hassan, Manual Teknologi Penanaman Pegaga, MARDI, 2005.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com