You are currently viewing Tempoh Pembungaan dan Pembuahan Durian Lebih Panjang Di Kawasan Tinggi

Tempoh Pembungaan dan Pembuahan Durian Lebih Panjang Di Kawasan Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Prestasi tanaman durian akan berbeza mengikut ketinggian kawasan penanaman (dari aras laut), suhu udara dan juga taburan hujan. Satu kajian berkaitan pernah dijalankan oleh penyelidik di Jawa Timur, Indonesia ke atas prestasi pokok durian di enam kawasan penanaman berbeza dari segi suhu udara antara 23°C – 29°C dan aras laut antara 76 meter – 733 meter. Selain itu, kesemua kawasan dalam kajian itu mempunyai musim kering antara 2 – 4 bulan setahun. Butiran lanjut tersebut ditunjukkan di jadual 1.

Di jadual 1, dapat dilihat bahawa tempoh atau jangka masa kudup bunga, pengembangan bunga dan kematangan buah adalah dipengaruhi oleh ketinggian kawasan penanaman. Kaitan tersebut wujud secara kadar terus menyatakan semakin tinggi kawasan penanaman, maka tempoh kudup bunga, tempoh pengembangan bunga dan tempoh pembesaran putik buah ke peringkat matang semakin lama berbanding kawasan penanaman yang lebih rendah dari aras laut. Umpamanya kawasan pada ketinggian 76m dari aras laut (taburan hujan 2400mm, ada 2 bulan musim kering setahun) itu memperlihatkan tempoh kudup bunga mengambil masa 15.7 hari manakala ketinggian kawasan 733m dari aras laut (taburan hujan 3400mm dan ada 3.3 bulan musim kering setahun) menghadapi tempoh kudup bunga sehingga 28.8 hari. Begitu juga dengan tempoh putik buah ke peringkat buah matang masing-masing mengambil masa 126.8 hari dan 168.2 hari. Trend yang sama wujud di aspek tempoh pembungaan ke peringkat putik buah, iaitu 19.5 hari berbanding 35.5 hari.

 

Keadaan tersebut di atas ini mungkin disebabkan oleh julat suhu udara antara siang hari dan waktu malam yang lebih besar di kawasan penanaman yang lebih tinggi. Memandangkan taburan hujan di antara keenam-enam kawasan tersebut adalah melebihi 2300mm melainkan kawasan pada ketinggian 503m (1203mm), paras taburan hujan ini adalah mencukupi untuk tanaman durian dan oleh itu, aspek ini bukanlah penyebab berkenaan.

Bagaimanapun, oleh kerana kawasan tinggi itu menghadapi musim kering lebih panjang sehingga 3 – 4 bulan setahun, aspek ini mungkin salah satu faktor yang telah memanjangkan tempoh kudup bunga, pemgembangan bunga ke peringkat putik serta tempoh putik buah ke peringkat buah matang. Secara perbandingan, julat tempoh tersebut agak ketara di antara kawasan lebih rendah dibandingkan dengan kawasan tinggi sehingga 83%, 82% dan 33% masing-masing.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com


Oleh yang demikian, maka penanaman durian di kawasan lebih rendah dapat menikmati tempoh pembungaan dan pembuahan yang lebih pendek justeru mampu mendapat hasil buah lebih cepat. Namun begitu, kualiti isi buah dari segi cita rasa kononnya lebih baik bagi buah durian di kawsan penanaman tinggi berbanding kawasn lebih rendah yang mungkin disebabkan oleh proses pembuahan yang lebih lambat itu sebaliknya mendapat masa yang lebih cukup untuk membentuk isi buah yang lebih sedap.

 

Sumber maklumat :

Didik Hariyono et al., “The Study of Climate and Its Influence on the Flowering Period and the Plant’s Age on the Harvest Time of Durian Plantation (Durio Ziberthinus Murr) on Different Level of Altitude Level”, J. Agri. Food Tech, 3(4) 7-12, 2013. TexRoad Publication.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :