You are currently viewing Pasaran Durian Semakin Rancak

Pasaran Durian Semakin Rancak

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Thailand dan Malaysia merupakan dua pengeksport dunia segar terbesar di dunia. Kebanyakan durian itu dieksport ke negara China. Tahun 2021 memperlihatkan negara China mengimport sejumlah 821,500 tan durian segar bernilai USD 4.2 bilion dengan 95% dari Thailand dan hanya 4% dari Malaysia. Memandangkan potensi pengeksportan durian ke China sangat besar, negara seperti Vietnam, Filipina dan Kemboja telah menunjukkan minat besar ke arah tersebut. Vietnam diikuti oleh Filipina sudah dibenarkan untuk mengeksport durian segar ke China manakala Kemboja masih di peringkat perbincangan dengan China.

• Vietnam

Julai 2022, negara China secara rasmi mengumumkan kelulusan untuk durian segar dari Vietnam dieksport ke negaranya. Durian merupakan buah-buahan ke-11 mendapat kelulusan pengeksportan secara rasmi ke China. Pada 3 bulan terakhir tahun 2022, Vietnam berjaya mengeksport sejumlah 40,800 tan durian segar bernilai USD 188 juta ke China. Kelebihan durian dari Vietnam berbanding Thailand kononnya harga pasaran yang lebih murah serta musim duriannya lebih panjang iaitu amnya berlaku antara Mei – Nov setahun sedangkan musim durian di Thailand lebih pendek iaitu dari April Ogos setiap tahun. Tambahan Vietnam adalah negara jiran kepada China justeru memudahkan pengangkutan. Kononnya sesetengah durian Vietnam juga berkualiti tinggi dan menarik minat pihak China.

Sehingga kini, China sudah mentauliahkan surat kelulusan kepada 246 buah kebun durian dan 97 buah kilang prosesan di Vietnam untuk menjalankan urusan pengeksportan durian.

Menurut sumber terkini, jumlah ini malah telah meningkat kepada 343 buah. Vietnam menjangka nilai eksport durian ke China akan mencapai USD 1 bilion pada tahun 2023. Namun, pihak pihak berkuasa Vietnam turut mengingkatkan semua kebun dan kilang prosesannya supaya mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak China dengan ketat.

Menurut Kementerian Pertanian Vietnam, keluasan tanaman durian di Vietnam pada masa kini berada di antara 50,000 60,000 hektar. Hanya 3,000 hektar yang memenuhi syarat untuk mengeksport duriannya ke China. Kawasan delta Mekong dan tanah tinggi di kawasan tengah Vietnam adalah dua kawasan penanaman durian yang lebih menepati kriteria pengeksportan durian ke China.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

• Filipina

4 Jan 2023, China secara rasminya bersetuju dengan Filipina untuk negaranya mengeksport durian segar. Dengan ini, Filipina menjadi negara pengeksport durian keempat ke China selepas Thailand, Malaysia dan Vietnam. Laporan dari pihak Berkuasa Filipina menunjukkan eksport pertama berjumlah 7,500 tan dari keluasan 400 hektar dan 59 buah kebun beserta 5 buah kilang prosesan telah berlaku di bulan lalu. Filipina dipercayai berupaya mengeksport 50,000 tan durian segar setahun ke China. Kebanyakan hasil durian untuk dieksport itu datang dari daerah Bandar Davao, Davao Selatan dan sebagainya.

• Kemboja

Kebelakangan ini, Kemboja juga menunjukkan minat besar untuk mengeksport raja buah-buahan ke China. Jumlah keluasan durian di negara ini dianggarkan 5,289 hektar. Di antaranya pokok matang dianggarkan 3,403 hektar yang mampu menghasilkan 36,656 tan durian setahun. Buat masa ini, surat kelulusan belum diberikan kepada Kemboja, namun pihaknya sudah mengatakan lawatan dari pasukan China telah berlaku pada bulan lalu serta mereka tertarik oleh kualiti buahnya yang tinggi. Kemboja dikatakan mungkin akan mengeksport durian ke China melalui tiket dan jenama Thailand sementara menunggu kelulusan dari China. Kelulusan ini sebenarnya belum pasti akan diperolehi oleh Kemboja, namun ia berpotensi menjadi kenyataan memandangkan Kemboja juga pembekal besar pelbagai buah-buahan ke China setiap tahun selain juga adalah negara jiran China justeru pengangkutan adalah lebih mudah sekiranya hasrat pengeksportan menjadi realiti.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :