Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Ladang sawit belum matang mudah ditumbuhi rumput-rumpai kerana penerimaan cahaya matahari yang mencukupi. Oleh itu, pengurusan rumpai di ladang sawit belum matang adalah amalan yang penting. Adalah disarankan bahawa tumbuhan kekacang penutup bumi ditanam segera selepas penanaman anak benih sawit. Tumbuhan kekacang ini dapat mengawal pertumbuhan rumpai di samping akan memanfaatkan pokok sawit muda dengan memupuk pengeluaran hasil yang lebih baik sebagaimana pernah dilaporkan, iaitu pokok berumur 4 – 6 tahun selepas tanam meningkat 6%, 6 – 9 tahun selepas tanam meningkat 32% dan 3 -12 tahun selepas tanam meningkat 18%.
Selain itu, penanaman tumbuhan kekacang juga membawa banyak kebaikan yang lain. Mungkin ada penanam sawit yang menganggap tumbuhan penutup bumi bentuk rumpai lembut ataupun campuran rumpai dengan Nephrolepis biserrata membawa kesan setimpal dengan tumbuhan kekacang penutup bumi, tetapi tanggapan ini kurang benar kerana laporan (Yeow et al., 1982) telah menunjukkan bahawa penanaman tumbuhan kekacang selama 10 tahun di ladang sawit di tanah pedalaman memberi hasil sawit lebih tinggi sebanyak 3.2 tan/ha atau 17%.
Penanaman tumbuhan kekacang akan mengawal pertumbuhan rumpai di perantaraan barisan tanaman sawit dan selanjutnya mengurangkan kos merumput. Ia juga akan memudahkan pemilihan racun rumpai yang hendak digunakan dalam bulatan merumput tanaman sawit kerana setakat menggunakan racun metsulfuron-methyl sahaja sudah cukup untuk mengawal penjalaran masuk tumbuhan kekacang ke dalam bulatan merumput.
Penaburan buah tandan kosong sawit dalam bulatan merumput juga membawa kesan tertentu dalam kawalan rumpai di samping juga wujud sebagai pelindung terhadap racun rumpai yang disemburi di situ. Rumpai yang tumbuh dalam bulatan merumput dan lalu-lintas di perantaraan barisan pokok sawit muda perlu dirumput sama ada secara manual ataupun dengan racun kimia untuk memudahkan kerja ladang serta mengurangan persaingan rumpai dengan pokok sawit muda. Jika penyemburan racun digunakan, maka ia hendaklah dijalankan mengikut jadual dengan mengambil kira tindakbalas rumpai terhadap semburan tersebut. Amalan semburan racun rumpai bagi banyak ladang sawit muda adalah berselang tidak melebihi 45 hari untuk satu pusingan.
Racun rumpai yang ingin digunakan hendaklah bersesuaian dan keutamaan adalah diberikan kepada kesan serta keselamatan terhadap pokok sawit muda. Kerja penyemburan juga hendaklah dipantau dan mengelakkan penggunaan teknik yang tidak selamat, umpamanya semburan menggunakan penyembur bertekanan tinggi dan ultra low volume mistblowing (ULV) adalah tidak sesuai di peringkat ini. Pekerja merumput perlu dilatih sebelum dibiarkan menjalankan tugas meracun rumput. Di hujung tiub semburan hendaklah dipasang alat pengawal semburan untuk mengelakkan racun terkena pelepah bawahan pokok serta juga sebagai cara untuk mengingatkan pekerja supaya berwas-was sepanjang masa ketika menjalankan semburan racun di ladang.
Racun rumpai yang berbahaya terhadap pokok sawit muda hendaklah dielakkan, umpamanya racun 2,4-D amine dan picloram. Jika pokok sawit muda mulai berbuah, penyemburan racun rumpai bersifat hormonal hendaklah dielakkan kerana apabila buah tandan mentah terkena racun rumpai mungkin akan membentuk buah tandan parthenocarpic malah mungkin menyebabkan buah tandan gugur. Pendekata, ladang sawit belum matang boleh menggunakan racun sentuhan untuk tujuan membebaskan bulatan merumput daripada ditumbuhi rumpai. Jika tumbuhan kekacang ditanam sebagai agen kawalan rumpai, maka segala rumput liar, anak kayu, buluh, anak sawit liar dan pokok renek mesti dihapuskan supaya tidak bersaing dengan tumbuhan kekacang dan juga pokok sawit muda di ladang.
Pada hakikat, terdapat cadangan lain yang mungkin boleh dipertimbangkan mengenai pencegahan dan kawalan serangan rumpai khususnya rumpai nakal di ladang sawit muda iaitu menjalankan semburan racun rumpai sebelum kegiatan tanam semula dimulakan. Ini kerana dalam masa ini, racun yang tidak patut digunakan di ladang sawit muda boleh digunakan tanpa menghadapi risiko phototoxicity atau keracunan pada pokok sawit tua. Pembasmian rumpai nakal dan agresif di peringkat ini akan mengurangkan masalah serangan rumpai selepas tanam semula.
Umpamanya, pada masa ini racun 2,4-D amine boleh disembur berulang kali ke atas rumpai Asystasia gangetica dan akan berkesan mengurangkan percambahannya semula daripada biji benih. Begitu jug dengan rumpai nakal lain seperti Clidernia hirta, Hedyotis verticellata, cylindrica, Stenochloena Imperata palustris, Tetracera spp., Momordica charantia, Ischaemum muticum elok dihapuskan supaya populasi pokok dan biji benihnya dalam tanah tidak berkumpul menjadi masalah lebih sukar ditangani di peringkat selepas tanam semula.
Sumber maklumat :
Chung Gait Fee et al., Pictorial Guide To Common Weeds of Plantations and Their Control, Agricultural Crop Trust, 2013, hal. 283-286.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336