You are currently viewing Peningkatan Hasil Sawit Awalan Di Tanah Gambut Melalui Penanaman Tumbuhan Kekacang Penutup Bumi

Peningkatan Hasil Sawit Awalan Di Tanah Gambut Melalui Penanaman Tumbuhan Kekacang Penutup Bumi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Kebaikan tumbuhan kekacang penutup bumi terhadap tanaman industri telah banyak dilaporkan. Hasil-hasil kajian berkenaan telah menunjukkan keupayaan tumbuhan kekacang penutup bumi memelihara kelembapan tanah, mengurangkan suhu di permukaan tanah, menghasilkan biomas yang banyak dan meningkatkan bahan organik di dalam tanah serta memupuk habitat yang baik kepada mikrob tanah, mengawal rumpai, menetap nitrogen daripada udara untuk ditukar kepada baja nitrogen dan sebagainya. Kelebihan yang banyak ini selanjutnya memanfaatkan tanaman industri. Terdapat satu kelebihan tambahan yang jarang diketahui oleh khalayak ramai iaitu keupayan tumbuhan kekacang penutup bumi mengawal kadar pelepasan karbon dioksida (CO2) ke udara dan selanjutnya akan meningkatkan hasil sawit awalan.

Penemuan ini adalah hasil kajian Stesen MPOB Teluk Intan dan ia akan menggalak penanam sawit di tanah gambut untuk menanam tumbuhan kekacang penutup bumi seperti Pueraria javanica, Centrosema pubescens dan Mucuna bracteata supaya meningkatkan hasil sawit awalan mereka. Dalam kajian tersebut, tumbuhan penutup bumi semula jadi iaitu rumput dan pakupakis turut dikaji untuk membandingkan kesannya dengan tumbuhan kekacang penutup bumi. Hasil yang diperolehi itu menyatakan bahawa permukaan tanah yang ditumbuhi rumput dan paku-pakis tetap mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada plot yang ditanami tumbuhan kekacang penutup bumi. Suhu yang lebih tinggi ini selanjutnya meningkatkan kadar pelepasan CO2 yang berlebihan sebanyak 35%.

Dengan kata lain, apabila suhu permukaan tanah meningkat, ia akan turut meningkatkan kadar pelepasan CO2 yang akan mengakibatkan penurunan hasil sawit awalan. Keadaan ini dapat dilihat di plot yang ditanamai tumbuhan kekacang penutup bumi yang memperolehi hasil sawit awalan 15.24 tan/ha/tahun berbanding plot yang ditanami rumput dan paku-pakis pada 13.58 tan/ha/tahun.


Keadaan ini memberi implikasi yang nyata bahawa kadar pelepasan CO2 yang tinggi daripada tanah membawa kesan negatif terhadap hasil sawit awalan. Kenapa begitu? Oleh kerana kajian oleh pihak MPOB ini hanya bertumpu pada aspek kesan kadar pelepasan CO2 daripada tanah, oleh itu diyakini bahawa kesan peningkatan atau penurunan hasl sawit awalan itu adalah datang dari kesan pelepasan CO2 dan bukannya kesan daripada kelembapan tanah walaupun dipercayai kelembapan tanah juga membawakan kesan tertentu namun kelihatan perkara ini tidak dinyatakan dalam artikel asal tersebut.

Dalam kajian yang sama itu, didapati plot yang ditanami tumbuhan kekacang penutup penutup bumi bumi telah memupuk pertumbuahn pelepah sawit yang lebih panjang dan ketinggian pokok sawit yang lebih baik berbanding plot yang ditanami rumput dan paku-pakis. Keadaan ini membawa maksud bahawa peningkatan kadar pelepasan CO2 daripada tanah telah menyebabkan kandungan karbon di dalam tanah berkurangan dan selanjutnya menurunkan hasil awalan sawit. Ini kerana karbon adalah bahan penting kepada mikroorganisme di samping memberi kesan dalam reaksi nutrien di dalam tanah.

 

Oleh yang demikian, kesimpulan hasil kajian itu adalah termasuk pemeliharaan CO2 dan bahan karbon di dalam tanah akan memberi manfaat kepada tanaman sawit dalam aspek peningkatan pengeluaran hasil sawit awalan. Di dalam tanah, bahan karbon wujud dalam bentuk soil organic matter, SOM dan soil organic carbon, SOC. Kedua-dua bahan ini telah disahkan dapat meningkatkan kesuburan dan keberkesanan tanah.

Peningkatan suhu permukaan tanah didapati telah juga meningkatkan kadar pelepasan CO2 daripada tanah. Oleh itu, penanaman tumbuhan kekacang penutup bumi akan dapat mengurangkan kadar pelepasan CO2 daripada tanah selain kesan serupa yang juga boleh dibawakan melalui amalan melonggok pelepah pangkasan di perantaraan barisan pokok sawit. Pengurangan membajak tanah juga dapat mengelakkan pelepasan CO2 daripada tanah melebihi kadar sepatutnya.

Memandangkan bahan karbon di dalam tanah mempunyai kaitan positif dengan peningkatan hasil sawit, maka pemeliharaan bahan tersebut ataupun penggunaan baja yang kaya dengan bahan karbon adalah berpotensi untuk membantu penanam sawit meningkatkan hasil sawit awalan mereka. Oleh kerana kajian ini dijalankan di tanah gambut, maka kesimpulan yang diperolehi daripadanya hanya merujuk kepada penanaman di jenis tanah itu. Namun begitu, ia mungkin juga sesuai untuk diaplikasikan di tanah mineral tetapi mungkin memerlukan pengesahan selanjutnya.

 

Bahan rujukan :

Nur Maisarah Jantan et al., “Effect of Different Types of Ground Cover on Soil CO2 Flux and FFB Yield from Oil Palm on Peat Area”, MPOB & UPM, PIPOC 2017 Poster.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :